twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, August 26, 2009

Kelas dah Start.. Part 5, Naik cuti...


Hari ini, bermulalah kelas pertama selepas UJM4 ditutup selama sebulan. Kelas Dota bersama Prof Amir menjadi kelas pertama bagi Edy dan kawan-kawan selepas sebulan berehat di rumah. Pagi Isnin yang ceria diselangi dengan gelak tawa dari para pelajar perempuan di pintu pagar sesekali menarik perhatian Edy, apakah agaknya yang diketawakan sangat tu. Edy berjalan pantas menghala ke kelas. Dia tidak mahu terlewat. Meskipun berada di bulan Ramadhan, ini tidak bermakna mereka menjadikan itu sebagai alasan untuk datang lambat ke kelas.

"Eh, korang. Cepatla sikit. Nanti Prof marah nanti." sergah Edy tiba-tiba.

"Sabarlah Edy, kau ni macam tak sabar sangat je nak pergi kelas? Ada apa-apa ke?" usik Shiba melihatkan kesungguhan Edy untuk hadir ke kelas Dota pagi itu. Dia tahu Edy ingin cepat sampai ke kelas supaya dia dapat duduk di sebelah Yaya. Bukan Shiba tidak tahu, setiap kali kelas Dota pasti Edy akan duduk di sebelah Yaya.

Sampai sahaja di kelas, mata Edy liar mencari Yaya. Tiba-tiba matanya terarah kepada seorang gadis berbaju kurung kuning duduk di tengah-tengah kelas.

"Ha, tu pun buah hati aku. Pakai baju kurung kuning dia hari ni. Cantik betul."desis hati Edy.

"Ermm, Assalammualaikum Yaya. Tempat ni ada orang tak? Kalau tak ada saya nak duduk kat sini."pinta Edy dengan nada yang lembut.

"O, Edy. Eh, duduklah. Tak ada orang pun."jelas Yaya.

"Terima kasih."tambah Edy lagi.

*********************************************************

"Baiklah, saya nak awak semua siapkan kerja berkumpulan yang ada dalam tugasan 4 tu. Saya nak, sebelum pukul 10, awak semua dah hantar apa-apa yang patut. Kalau ada yang hantar lebih dari masa yang saya nak, alamatnya kosong la markahnya. Ingat tu."kata-kata Prof Amir amat berkesan dalam hati para pelajarnya. Meskipun tegas, Prof Amir amat prihatin dengan perkembangan pelajaran para pelajarnya. Dia tidak lokek untuk membantu para pelajarnya terutamanya dalam pelajaran.

"Eh, Li. Kita tak ada buku teks ni. Macam mana kita nak buat kerja tu?"tanya Zoew tiba-tiba.

"Entahlah, aku pun tak tahu nak buat macam mana."balas Li.

Sejurus kemudian kelihatan, Zoew membawa buku teks Dota di tangannya.

"Nah. ni aku dah pinjamkan dari akak baju biru tu."kata Zoew sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah seorang gadis manis berbaju biru di sebelah pintu kelas.

"Eh, pandai jugak kau ni Zoew. Berani pulak kau pinjam ngan akak tu. Memang Zoew lah kau ni."Edy tiba-tiba bersuara.

"Tak adalah, aku tengok akak tu tak pakai pun buku dia, aku pinjam je lah."tambah Zoew lagi.

**************************************************

Selesai sahaja kelas Dota, Edy dan kawan-kawannya turun ke bawah dan duduk di pondok kecil sementara menunggu masa yang sesuai untuk masuk ke kelas yang seterusnya di Makmal Savy.

Tiba-tiba, Edy terlihat Yaya sedang turun dari kelas Dota dan terus sahaja duduk di kerusi di sebelah tangga kelas. Dengan secepat kilat, Edy pun bangun dengan niat untuk berbual dengan Yaya. Namun, langkahnya terhenti melihat Taufik lebih dulu menghampiri Yaya dan duduk di sebelah Yaya. Edy membatalkan niatnya dan duduk semula.

"Eh, kenapa dengan kau ni Edy? Aku tengok kejap diri kejap duduk. Apa hal?"tegur Shiba menyedari kelainan tingkah laku Edy sejak dari tadi.

"Tu, kau nampak tu. Taufik tengah berbual ngan Yaya tu. Siap ketawa-ketawa lagi. Cemburu betul aku tengok. Ikutkan hati, nak aje aku tumbuk si Taufik tu. Tak kan dia tak tau aku minat gila kat Yaya. Entah apa yang dia kelentong kat Yaya tu. Yaya tu pulak layan je si Taufik tu. Hai.. sedih betul."panjang lebar marah Edy. Memang dia berang dengan tindakan Taufik. Rancangan dia untuk lebih rapat dengan Yaya terbantut dek kehadiran Taufik yang tiba-tiba itu.

"Sabarlah Edy, mungkin bukan rezeki kau nak berbual dengan Yaya tadi. Itu semua ujian dari Allah Edy."nasihat Shiba terus menyelami jiwa Edy. Sesungguhnya Edy sangat bersyukur mempunyai kawan seperti Shiba yang tidak jemu menasihatinya siang dan malam terutamanya ketika Edy dilanda masalah.

"Aku faham Shiba, aku ni taklah handsome macam Taufik. Macam Taufik tu, tinggi, handsome. Lagi satu Taufik tu anak orang kaya. Pakai handset bukan main canggih. Setakat aku ni, pakai 33 seposen je manalah ada perempuan nak dekat dengan aku. Tapi, aku tak sanggup nak biarkan Yaya jatuh ke tangan Taufik. Aku takut Taufik tu nak mainkan Yaya. Yaya tu baik Shiba. Tapi, kalau dah takdir tertulis semua ini terjadi, aku redha. Tak apalah. Aku sabar jelah."rintih Edy. mungkin terlalu sukar untuk Edy meluahkan segalanya. Tapi itulah rasa yang tersimpan di benaknya selama ini. Terlalu besar makna Yaya dalam hidupnya. Walaupun sekadar kawan, namun banyak ilmu dan tunkuk ajar yang diberikan oleh Yaya kepadanya. Hanya Yaya...

***********************************************

Petang itu tepat jam 6 petang, Edy, Shiba, Faz, Zoew, Li dan Toni pergi ke surau untuk majlis berbuka puasa. Memandangkan mereka berenam sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Asrama mereka, Warden Asrama Encik Said yang dibahasakan sebagai Ayahanda oleh mereka berenam menjemput mereka untuk berbuka puasa di surau.

"Astaghfirullahalazim... Eh Edy, cuba pelan-pelan ambik lauk tu."sergah En Said melihat gelagat Edy yang sibuk benar mencedok lauk ke pinggannya.

"Eh, ayahanda. Ala, sekali sekala berbuka kat surau. Apa salahnya."jawab Edy.

Di asrama mereka, En Said bagaikan ayah kepada mereka. Lebih-lebih lagi mereka berjiran, segala masalah mereka kongsikan bersama. Pernah suatu hari, ketika Encik Said tiada di rumah kerana pulang ke kampung. Zoew lah yang selalu menyiram pokok bunga di halaman rumah Encik Said.

Kadangkala, Encik Said akan menghantar sedikit lauk pauk untuk mereka makan. Memang terlalu besar jasa dan pengorbanan Encik Said. Susah senang mereka berenam tidak pernah sekali Encik Said melupakan mereka. Encik Said lah Ayahanda mereka....

2 comments:

dr.todak said...

belajar rajin2 supaya tidak menyesal dikemudian hari.semoga berjaya.

Ini Iqbal Nasir said...

baik btul En Said tu kan?