twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, December 28, 2009

Berkorban Apa saja...

Walaupun Hari Raya Korban telah lebih kurang sebulan berlalu, namun hikmah dan semangat berkorban itu tidak harus dilupakan. Mengimbau kembali saat-saat menyambut Hari Raya Korban, hati ini terasa sayu kerana mengenangkan betapa indahnya malam raya tersebut. Takbir telah bergema dan masing-masing sibuk menyediakan juadah raya yang bakal dihidangkan pada keesokkan harinya.
...................................................................................................................

“Tapi bila mengenangkan nasib diri ini, aku terasa sedih. Sanggupkah aku berkorban pada esok hari. Di saat semua mata melihat aku dan di saat takbir dialunkan. Silau cahaya besi amat menggerunkan jiwa ini. Tapi bila kufikirkan kembali, aku hanyalah makhluk Allah yang lemah dan tidak berdaya. Demi mereka, aku harus tetapkan tekad. Biarlah apa sekalipun yang terjadi, tiada akan ada perkara yang dapat menghalang azamku ini. Semangat Aidil Adha telah tersemat di daging dan di tulangku. Siapakah aku? Apakah aku? Itu semua sudah tidak menjadi sebarang masalah. Kerana telah termaktub dan telah ditentukan aku akan terkorban di sini. Tali dileherku akan menjadi saksi betapa aku Redha akan segala ketentuan Allah.”

“Hoi Bancik, tengok-tengokkanlah kawan kau tu. Aku tengok dia, sorang-sorang je. Dari semalam kita kena jaga kawan kita ni, janganlah biar dia macam tu je. Walaupun rupa dia tidaklah sekacak mana, tapi aku tahu hati dia baik.”tegur Along kepada Bancik.

“Aku malaslah nak kacau dia Along, aku tengok muka dia sedih je. Tak sampai hati aku nak ganggu dia. Walaupun baru 24 jam kenal dia, tapi aku tau dia ni lain sikit. Dia ni sensetif sikit, tengok muka pun tahu.”balas Bancik.

“Wan, raya kali ni ayah kau ada ambik bahagian ke dalam korban esok ni? Aku tengok ayah kau ngan ayah Hafiz tu bukan main sibuk berbincang tadi.”tanya Angah.

“Ada, ayah aku beria benar nak ambik bahagian. Dia kata tahun ni kene buat korban, murah rezeki katanya.”jawab Wan.

“Berapa ekor Wan?”tanya Bancik pula.

“Ish kau ni Angah, tak kanlah sampai ekor. Ayah aku korban 3 bahagian je. Tu pun dah ok sangat dah tu.”jawab Wan lagi.
Tiba-tiba Azan Isyak pun berkumandang menandakan sudah masuknya waktu Solat Fardhu Isyak bagi Kawasan Parit Sungai Laut dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Bergeraklah mereka berempat ke surau yang kedudukannya betul-betul di hadapan mereka. Kelihatan para jemaah berpusu-pusu menuju ke surau.

Keesokan harinya.......

“Bancik, ooo Bancik. Bangunlah. Dah pukul berapa dah ni. Lepas Subuh tadi semua orang buat keje, tak macam kau ni asik tidur saja. Bangunlah cepat, tengok-tengokkan kawan kau tu.”kata Along kepada Bancik.

“Yalah. Kacau betullah kau ni Along. Baru aku nak tidur lama sikit.”balas Bancik malas.

Maka segeralah Bancik menuju ke arah belakang surau untuk menemani kawan barunya itu. Kelihatannya Lambu keseorangan tanpa sesiapa menemaninya.

“Kesiannya aku tangok kau ni Lambu. Asik sorang-sorang je aku tangok kau ni. Nasib baiklah kau ada kawan macam aku ni, kalau tak macam manalah nasib kau nanti. Sabar lah Lambu ya.”tegur Bancik .

“Aku macam nilah Bancik, nak tak nak aku kene turutkan jugak kemahuan dia orang. Tak kan aku nak mengamuk pulak.”kata Lambu di dalam hati.
...................................................................................................................

Selepas Solat Jumaat, penduduk-penduduk Kampung Parit Sungai Laut beramai-ramai datang ke perkarangan Surau untuk turut serta dalam acara Korban walaupun mereka bukanlah peserta yang melakukan ibadah tersebut.
Pada waktu dan ketikanya, Lambu ditarik dan diikat. Parang tajam diletakkan dilehernya dan upacara korban pun berlangsung. Dengan kalimah Allah dan laungan Takbir. Maka Lambu selamat dikorbankan.

“Hai Bancik, aku tengok kau macam sedih je. Tak kan merana sebab berpisah dengan kawan baru kau tu.”seloroh Angah.

“Taklah Angah, aku sedih mengenangkan betapa besarnya pengorbanan Lambu untuk menjadi binatang korban. Kalau akulah, mesti aku dah lari dah.”balas Bancik.

“Takpelah Bancik, kita-kita ni kan ada. Kawan kau.”sampuk Along.

“Ermm, betul lah tu......