twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, August 31, 2009

Ramadhan ini Mengajar Kita Tentang Sabar....


Ramadhan telah pun memasuki hari ke lima belas. Cepat sekali masa berlalu dan sudah melepasi separuh Ramadhan. Banyakkah ibadat yang telah dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita renung-renungkan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, manusia sibuk berlumba-lumba untuk melakukan sebanyak ibadah yang mungkin. Tidak terkecuali bagi Shiba, Edy, Zoew, Faz, Toni, Li, dan Leman. Mereka merasakan betapa ruginya jika bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dihabiskan begitu sahaja. Peluang ini digunakan mereka untuk mempertingkatkan ibadah dan amal Soleh yang selama ini jarang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Ini termasuklah Solat Sunat Tarawikh, Solat Sunat Witir, dan Solat Sunat Rawatib. Mereka juga sering berbuka puasa di surau dengan niat untuk mengimarahkan lagi surau di universiti mereka selain salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah yang Maha Esa.

Pada tepat hari ke lima belas Bulan Ramadhan, seluruh UJM4 telah dijemput untuk satu majlis berbuka puasa bersama Ayahanda mereka iaitu Encik Said di surau UJM4. Melihatkan juadah berbuka puasa pada hari itu, kelihatannya 15 ramadhan ini merupakan hari yang paling bermakna buat mereka kerana dapat berbuka puasa bersama Ayahanda tercinta.

"Eh Leman, kita makan apa hari ini?"tanya Edy.
"Hari ni makan sedap Edy, Nasi tomato dengan Ayam Kurma. Aku nampak ayahanda bawak masuk dalam dewan makan tadi."jawab Leman."Eh, dah pukul 7.16 ni. Dah nak berbuka dah ni. Tapi, Ayahanda tak sampai lagi ni."sambung Leman lagi.
"Ala Leman, biasalah tu. Orang dah ada keluarga, memangla macam tu."tambah Toni.

"Assalammualaikum semua. Apalah yang dibincangkan tu, entah-entah kutuk saya tak."tiba-tiba Encik Said muncul di depan pintu Dewan Makan.
"Eh, tak ada apalah Ayahanda. Saja, borak-borak pasal raya."belit Zoew.

Tiba-tiba, Azan Maghrib berkumandang menandakan sudah masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa.

"Anak-anak, ha tunggu apa lagi. Tapi sebelum tu, Abang Dan tolong imamkan bacaan Doa sebelum kita berbuka ni."pinta Encik Said.

Mereka pun makan dengan suasana yang sungguh harmoni. Bukan selalu mereka dapat berbuka puasa bersama Ayahanda mereka. Peluang ini tidak sesekali disia-siakan malah mereka begitu seronok dapat berbuka puasa bersama.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Sudah tiba masanya mereka menunaikan Solat Tarawikh secara Berjamaah selepas Solat Isyak sebentar tadi. Walaupun ia hanyalah sekadar ibadah Sunat, namun tidak tergambar betapa hati mereka terasa damai menghadap Tuhan sekalian alam terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.

****************************************************************

Esoknya, ketika kelas Pendidikan Islam sedang berjalan, kelihatan Edy, Shiba, Faz, dan Toni sedang tekun mendengar Kuliah dari Ustad Man.

"Bulan Ramadhan mengajar kita tentang sabar. Sabar dari segala bentuk ujian. Janganlah kita bermusuh sesama kita dan benci membenci sesama sendiri. Kita sepatutnya bersatu dan bersama dalam melakukan apa jua aktiviti. Sebab itulah kita dituntut untuk selalu ke surau atau masjid supaya kita dapat menjalin Ikatan Persaudaraan antara Ummat Islam. Jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian kepada orang lain."panjang lebar penerangan Ustad Man pada hari itu. Sesungguhnya tajuk Puasa amat dititikberatkan memandangkan betapa Bulan Ramadhan ini merupakan Bulan Keberkatan yang penuh dengan Nikmat dan Rahmat.

Selesai sahaja kelas Pendidikan Islam pada pagi itu, mereka merasakan betapa Bulan Ramadhan ini mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Ramadhan ini mengajar kita erti Sabar. Sabar, sabar, sabar. Perkataan yang tiba-tiba bermain di benak Zoew.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Saturday, August 29, 2009

Kelas dah Start.. Part 6, Betul ke?...

Tepat jam 4 petang, kelihatan Zoew, Edy dan Toni bergegas menuju ke blok D4 untuk menghadiri kelas Statistik Lanjutan.

"Edy, cepatlah sikit. Dah pukul berapa dah ni? Kau tak tengok jam ke? Nanti tak pasal-pasal mengamuk pulak Encik Lim tu. Kau bukan tak kenal dengan dia."Toni bersuara tiba-tiba melihatkan Edy jauh tertinggal di belakang. Mereka terlambat ke kelas kerana ketinggalan bas.

"Aduhai, sabarlah Toni. Puasa-puasa ni aku tak larat sikitla. Sahur tadi pun aku makan roti je. Tu yang badan lemah semacam je."balas Edy.

"Edy, orang lain pun puasa jugak, bukan kau sorang yang puasa. Biasalah, ni semua hanya ujian Tuhan buat kita ni sebagai hambaNya. Ni baru sikit je Edy."celah Zoew.

"Yelah."balas Edy tak bersemangat.


"Baiklah, saya nak bagi balik kertas Quiz yang awak semua buat minggu lepas. Apa yang saya lihat prestasi awak semua menurun. Saya pun tak faham kenapa jadi macam ni. Tapi nasib baik dalam kalangan awak masih ada yang dapat markah yang tinggi. Ermm, Zoew. Awak ambik kertas-kertas ni, lepas tu bagi kat kawan-kawan awak."panjang lebar celoteh Encik Lim dan mengarahkan Zoew membahagikan kertas-kertas tersebut.

"Terima kasih, Encik Lim."balas Zoew. Dia pun membahagikan kertas Quiz kawan-kawannya seorang demi seorang.

"Aduh, aku takut betul la Toni. Quiz hari tu, aku main hentam je. Mana taknya soalannya susah bukan main. Tapi kau tak apalah, setakat soalan-soalan macam tu kacang je kan."kata Edy.

"Kacang apa bendanya. Susahla jugak. Pening jugak aku nak buat Quiz tu. Sapelah agaknya yang dapat markah tinggi tu kan."tambah Toni.

"Entahlah, aku pun tak tahu. Mesti bijak pandai punyalah budak tu."kata Edy lagi.

Akhirnya, selesai sudah tugas Zoew membahagikan kertas-kertas tadi. Wajahnya menampakkan sedikit kecewa.

"Eh, kenapa di Zoew? Monyok je. Berapa markah kau?"tanya Toni.

"Ermm, tak banyak pun. 8 1/2 per 20 je. Sikit sangat la. Aku jeles betula la dengan Taufik tu. Dia dapat 18 per 20 tu."jawab Zoew.

Edy dan Toni berpandangan sesama sendiri seakan tidak percaya dengan apa yang terkeluar dari mulut Zoew.

"Betul ke Zoew. Eh, kenapa tinggi sangat markah si Taufik tu. Jauh sangat kalau nak dibanding dengan kita. Macam mana dia dapat markah tinggi macam tu? Tu yang aku tengah pelik ni."kata Toni. Dia terkejut kerana Taufik kurang memberi perhatian di dalam kelas tapi masih mampu untuk memperolehi markah yang tinggi dalam Quiz tersebut.

"Erm, biasalah tu Toni. Aku tak heran sangat. Taufik tu memang genius. Tapi, kalau nak kira-kira genius dia tu, dia tetap genius no 2 sebab Faz lagi genius daripada dia."tambah Edy. Bagi Edy, belum ada kawan-kawannya yang dapat menandingi kegeniusan Faz.

"Tulah, apa boleh buat. Alhamdulillah jela dengan apa yang aku dapat ni. Nanti Quiz 2 nanti aku kenalah buat betul-betul."tambah Zoew.

"Ha, betul tu. Aku ingat aku nak buat study grouplah dengan si Taufik tu. Mana tau, aku pun boleh dapat markah tinggi macam dia."seloroh Edy. "Eh, Toni. Suraya dapat berapa? Aku rasa mesti tinggi jugak tu. Aku tengok die bual-bual dengan Taufik tu, mesti markah dia dekat-dekat dengan markah Taufik tu. Markah Suraya berapa Zoew?"tanye Edy pada Zoew.

"17, kurang satu je dengan Taufik."terang Zoew.

"Dekatnya markah diorang. Macam ada jodoh je. Haha."ketawa Edy sambil menjeling ke arah Toni yang sedang bermasam.

"Berani la si Taufik tu nak dekat dengan Suraya. Nanti aku piat telinga dia sampai pekak baru dia tahu.Suraya pun satu, suka sangat dekat ngan Taufik tu."balas Toni dengan sedikit perasaan marahnya.

"Eh, Toni. Tak baik kau cakap macam tu kat Suraya. Suraya tu setia kat kau tu. Dia kawan je dengan taufik tu. Taufik tu je yang lebih-lebih. Jangan pulak kau marah kat Suraya pulak. Kesian aku tengok dia. Kau kene jaga sikit hati die tu Toni. Jangan samapai dia betul-betul suka kat Taufik. Masa tu baru kau nak menyesal tak sudah."panjang lebar nasihat Edy. Dia mengharapkan Toni dapat menghargai Suraya dengan sebaik-baiknya. Dia tak mahu Toni mengalami nasib yang sama sepertinya. Dia amat meminati Yaya, tapi Yaya seakan-akan tidak menyedari hal itu. Edy tahu Yaya lebih meminati Faz. Dia sedar sejauh mana kelebihannya jika nak dibandingkan dengan kegeniusan Faz. Dia hanya mampu berdoa agar Yaya akan berjaya dengan apa yang diusahakannya.

Setelah mendengar nasihat Edy yang panjang lebar itu, Toni mula menyedari betapa pentingnya Suraya di dalam hidupnya. Betul lah kata Edy, 'benda paling berharga bagi seorang lelaki adalah hati seorang perempuan'.......

Wednesday, August 26, 2009

Kelas dah Start.. Part 5, Naik cuti...


Hari ini, bermulalah kelas pertama selepas UJM4 ditutup selama sebulan. Kelas Dota bersama Prof Amir menjadi kelas pertama bagi Edy dan kawan-kawan selepas sebulan berehat di rumah. Pagi Isnin yang ceria diselangi dengan gelak tawa dari para pelajar perempuan di pintu pagar sesekali menarik perhatian Edy, apakah agaknya yang diketawakan sangat tu. Edy berjalan pantas menghala ke kelas. Dia tidak mahu terlewat. Meskipun berada di bulan Ramadhan, ini tidak bermakna mereka menjadikan itu sebagai alasan untuk datang lambat ke kelas.

"Eh, korang. Cepatla sikit. Nanti Prof marah nanti." sergah Edy tiba-tiba.

"Sabarlah Edy, kau ni macam tak sabar sangat je nak pergi kelas? Ada apa-apa ke?" usik Shiba melihatkan kesungguhan Edy untuk hadir ke kelas Dota pagi itu. Dia tahu Edy ingin cepat sampai ke kelas supaya dia dapat duduk di sebelah Yaya. Bukan Shiba tidak tahu, setiap kali kelas Dota pasti Edy akan duduk di sebelah Yaya.

Sampai sahaja di kelas, mata Edy liar mencari Yaya. Tiba-tiba matanya terarah kepada seorang gadis berbaju kurung kuning duduk di tengah-tengah kelas.

"Ha, tu pun buah hati aku. Pakai baju kurung kuning dia hari ni. Cantik betul."desis hati Edy.

"Ermm, Assalammualaikum Yaya. Tempat ni ada orang tak? Kalau tak ada saya nak duduk kat sini."pinta Edy dengan nada yang lembut.

"O, Edy. Eh, duduklah. Tak ada orang pun."jelas Yaya.

"Terima kasih."tambah Edy lagi.

*********************************************************

"Baiklah, saya nak awak semua siapkan kerja berkumpulan yang ada dalam tugasan 4 tu. Saya nak, sebelum pukul 10, awak semua dah hantar apa-apa yang patut. Kalau ada yang hantar lebih dari masa yang saya nak, alamatnya kosong la markahnya. Ingat tu."kata-kata Prof Amir amat berkesan dalam hati para pelajarnya. Meskipun tegas, Prof Amir amat prihatin dengan perkembangan pelajaran para pelajarnya. Dia tidak lokek untuk membantu para pelajarnya terutamanya dalam pelajaran.

"Eh, Li. Kita tak ada buku teks ni. Macam mana kita nak buat kerja tu?"tanya Zoew tiba-tiba.

"Entahlah, aku pun tak tahu nak buat macam mana."balas Li.

Sejurus kemudian kelihatan, Zoew membawa buku teks Dota di tangannya.

"Nah. ni aku dah pinjamkan dari akak baju biru tu."kata Zoew sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah seorang gadis manis berbaju biru di sebelah pintu kelas.

"Eh, pandai jugak kau ni Zoew. Berani pulak kau pinjam ngan akak tu. Memang Zoew lah kau ni."Edy tiba-tiba bersuara.

"Tak adalah, aku tengok akak tu tak pakai pun buku dia, aku pinjam je lah."tambah Zoew lagi.

**************************************************

Selesai sahaja kelas Dota, Edy dan kawan-kawannya turun ke bawah dan duduk di pondok kecil sementara menunggu masa yang sesuai untuk masuk ke kelas yang seterusnya di Makmal Savy.

Tiba-tiba, Edy terlihat Yaya sedang turun dari kelas Dota dan terus sahaja duduk di kerusi di sebelah tangga kelas. Dengan secepat kilat, Edy pun bangun dengan niat untuk berbual dengan Yaya. Namun, langkahnya terhenti melihat Taufik lebih dulu menghampiri Yaya dan duduk di sebelah Yaya. Edy membatalkan niatnya dan duduk semula.

"Eh, kenapa dengan kau ni Edy? Aku tengok kejap diri kejap duduk. Apa hal?"tegur Shiba menyedari kelainan tingkah laku Edy sejak dari tadi.

"Tu, kau nampak tu. Taufik tengah berbual ngan Yaya tu. Siap ketawa-ketawa lagi. Cemburu betul aku tengok. Ikutkan hati, nak aje aku tumbuk si Taufik tu. Tak kan dia tak tau aku minat gila kat Yaya. Entah apa yang dia kelentong kat Yaya tu. Yaya tu pulak layan je si Taufik tu. Hai.. sedih betul."panjang lebar marah Edy. Memang dia berang dengan tindakan Taufik. Rancangan dia untuk lebih rapat dengan Yaya terbantut dek kehadiran Taufik yang tiba-tiba itu.

"Sabarlah Edy, mungkin bukan rezeki kau nak berbual dengan Yaya tadi. Itu semua ujian dari Allah Edy."nasihat Shiba terus menyelami jiwa Edy. Sesungguhnya Edy sangat bersyukur mempunyai kawan seperti Shiba yang tidak jemu menasihatinya siang dan malam terutamanya ketika Edy dilanda masalah.

"Aku faham Shiba, aku ni taklah handsome macam Taufik. Macam Taufik tu, tinggi, handsome. Lagi satu Taufik tu anak orang kaya. Pakai handset bukan main canggih. Setakat aku ni, pakai 33 seposen je manalah ada perempuan nak dekat dengan aku. Tapi, aku tak sanggup nak biarkan Yaya jatuh ke tangan Taufik. Aku takut Taufik tu nak mainkan Yaya. Yaya tu baik Shiba. Tapi, kalau dah takdir tertulis semua ini terjadi, aku redha. Tak apalah. Aku sabar jelah."rintih Edy. mungkin terlalu sukar untuk Edy meluahkan segalanya. Tapi itulah rasa yang tersimpan di benaknya selama ini. Terlalu besar makna Yaya dalam hidupnya. Walaupun sekadar kawan, namun banyak ilmu dan tunkuk ajar yang diberikan oleh Yaya kepadanya. Hanya Yaya...

***********************************************

Petang itu tepat jam 6 petang, Edy, Shiba, Faz, Zoew, Li dan Toni pergi ke surau untuk majlis berbuka puasa. Memandangkan mereka berenam sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Asrama mereka, Warden Asrama Encik Said yang dibahasakan sebagai Ayahanda oleh mereka berenam menjemput mereka untuk berbuka puasa di surau.

"Astaghfirullahalazim... Eh Edy, cuba pelan-pelan ambik lauk tu."sergah En Said melihat gelagat Edy yang sibuk benar mencedok lauk ke pinggannya.

"Eh, ayahanda. Ala, sekali sekala berbuka kat surau. Apa salahnya."jawab Edy.

Di asrama mereka, En Said bagaikan ayah kepada mereka. Lebih-lebih lagi mereka berjiran, segala masalah mereka kongsikan bersama. Pernah suatu hari, ketika Encik Said tiada di rumah kerana pulang ke kampung. Zoew lah yang selalu menyiram pokok bunga di halaman rumah Encik Said.

Kadangkala, Encik Said akan menghantar sedikit lauk pauk untuk mereka makan. Memang terlalu besar jasa dan pengorbanan Encik Said. Susah senang mereka berenam tidak pernah sekali Encik Said melupakan mereka. Encik Said lah Ayahanda mereka....

Monday, August 24, 2009

Apa itu TAG?...

Salam
Apa itu TAG?
Saye kurang reti dengan benda2 canggih mcm ni..
buat jela ape yg patut...

1-Anda rasa anda hot?
Saya kurang pandai Bahasa Inggeris. Hot tu ape?
Kepada mereka yg bijak pandai, ajarlah saye

2-Upload gambar ke sayangan anda!


3-Kenapa Anda Suka Gambar Ini?
Mula2 gambar kesayangan,
pastu suke plak?
Mane satu ni?
Saye pening....

4-Bila kali terakhir anda makan pizza?
Pizza? Pizza Hut tu ke? Nama adik saya Piza.. Same ke?

5-Lagu terakhir yang anda dengar?
Lagu ape eak? Lagu untukmu...tk pun lagu kita..

6-Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Menekan keyboard sambil mata melihat kearah screen...
Betul... tak tipu maa...

7-Selain dari nama anda sendiri,Anda suka dipanggil dengan nama ape?
Saudara atau encik

8-Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori..
Orang 1 - Orang yg men'tag' saya
Orang 2 - Faz
Orang 3 - Edy
Orang 4 - Shiba
Orang 5 - Zoew
Orang 6 - Tony

Saya up lagi satu..

Orang 7 - Li


Tuesday, August 11, 2009

Balik Kampung Lagi.... Cuti awal...


Penularan wabak H1N1 menggemparkan UJM4. Tidak disangka universiti mereka turut terdedah kepada wabak merbahaya itu. Bukan untuk ditakuti, namun ia seakan-akan satu fenomena yang menimbulkan kegusaran dalam hati para pelajar UJM4. Lebih-lebih lagi Toni dan kawan-kawannya. Baru-baru ini, asrama mereka telah dijadikan markas sementara untuk menempatkan para pelajar yang disyaki mempunyai simptom H1N1 ini. Apa yang lebih menakutkan ialah apabila penempatan yang dijadikan markas sementara itu berada betul-betul di belakang rumah mereka. Pengerusi Asrama mereka Abang Dan sudah berkali-kali memohon pihak asrama supaya mempertimbangkan semula cadangan beliau supaya semua pelajar yang disyaki ditempatkan di satu tempat sahaja.

Selepas mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi Pertubuhan Pelajar-pelajar Genius Malaysia, Faz yang juga Yang Dipertua pertubuhan itu mengambil keputusan sebulat suara untuk membenarkan semua pelajar UJM4 untuk pulang ke kampung lebih awal daripada cuti yang sepatutnya memandangkan hanya itu sahaja jalan penyelesaian yang ada untuk membendung masalah yang sedang menular ini.

"Saya sebagai Yang Dipertua Majlis Tertinggi, membuat keputusan ini setelah meneliti segala implikasi dan diskrimanasi. Saya dengan tegas mengarahkan semua pelajar supaya pulang awal ke kampung masing-masing. Saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan semasa yang semakin meruncing. Saya sudah mencuba segala jalan penyelesaian yang ada. Hanya ini saja jalan yang kita ada. Pihak kami tidak mempunyai jalan lain selain bertindak menutup UJM4. Jadi, para pelajar akan diberi cuti selama sebulan bermula dari tarikh 2 Januari 2008 hingga 1 Februari 2008. Selain itu, pihak universiti akan memberikan kemudahan bas kepada sesiapa yang tidak dapat menempah tiket, terutamanya dari negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur."

Bagi Faz dan Li, ini merupakan berita baik yang perlu diberitahu kepada keluarga mereka di kampung. Lebih-lebih lagi pada pertengahan cuti itu nanti, akan bermulanya bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mewajibkan seluruh Umat Islam berpuasa. Sudah pastinya Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dengan kehadiran mereka di kampung.

"Assalamaualaikum mak, ni che dok beli tiket la ni. Ni mak nak kirim apa-apa ka? Kotla, mana tau mak ngidam makan tempe ka. Nanti che pi beli."tanya Faz kepada mak kesayangannya itu.

"Tak yah la hang susah-susah Faz. Tempe yang hang bawak balik sem lepas pun tak abih lagi. Mak bukan apa, tak nak la hang balik bawak beg berat-berat. Kesian kat hang."Mak Cik Senah menjawab. Dia tidak mahu menyusahkan anak kesayangannya itu.

"Tak palah mak. Che pi dulu na.... Assalammualaikum mak..."

Faz dan Li telah membeli tiket bas Mayang Seri dan akan bertolak pada jam 9 malam esok.

Sementara itu, Shiba yang belum membeli tiket bas mula merasakan kegelisahan yang melanda takut-takut kalau tiket untuk ke Bangi sudah habis. Terasa rindu tiba-tiba hatinya pada kampung halaman, pada bonda dan ayahanda serta keluarga tercinta di Bangi. Turut tak dilupakan ialah jiran sebelah rumahnya yang selalu diingati. Namun tak siapa tahu siapa gerangan gadis bertuah itu.

Bagi Edy pula, saat inilah yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke kampung memandangkan dia telah bercadang untuk membuka Bazar Ramadhan pada Ramadhan nanti. Dia bercadang untuk membuka gerai air. Ligat di kepalanya memikirkan air apa yang akan dijualnya nanti. Tembikai, soya, mata kucing, asam boi, tembikai susu, cincau, dan banyak lagi. Sesungguhnya Ramadhan ini akan lebih bermakna jika Lina turut sama-sama menolongnya di Bazar nanti.

Zoew pastinya akan pulang ke negeri asalnya, di Pahang. Tiket bas sudah dibeli dan rasanya tidak sabar untuk pulang ke kampung. Pada petang sebelum dia pulang, Zoew masih sempat untuk membeli DVD game PS2 yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Dari permainan aksi, lumba kereta, kamen raider, Gi Joe, semua dibelinya memandangkan adik-adiknya di rumah amat berharap agar dia dapat membeli permainan-permainan tersebut untuk mereka. Sesungguhnya Zoew merupakan abang yang baik dan mengambil berat akan adik-adiknya.

Bagi Toni, cuti kali ini sangat bermakna dan bererti kerana sebelum pulang dari kelas tadi, dia sempat berbual dengan Suraya. Walaupun berat hati Toni untuk berpisah dengan Suraya, namun dia tetap mengukir senyuman buat buah hatinya itu. Tiada langsung riak wajah sedih yang terpancar di wajah Toni.

"Eh, kenapa saya log in internet ni tak boleh pulak. Ermm, Su. Boleh tak awak tolong tengok-tengokkan komputer saya ni. Tak bleh log in la. Su... Cepatla. Saya nak buat assignment ni."pujuk Toni. Sesungguhnya dia sengaja berbuat begitu untuk bermanja dengan Suraya.

"Laa, apanya ni? Macam nilah."ligat jari jemari Suraya menekan papan kekunci sambil menerangkan kepada Toni bagaimana caranya untuk log in. "Haa, kan dah boleh tu. Awak ni kan, saja je tau. Padahal kan awak yang ajar saya macam mana nak log in hari tu. Mula la tu nak manja-manja dengan Su. Eeee, gatal betul."tambah Suraya lagi sambil mencebikkan bibirnya.

"Ala, yelah. Nak bermanja sikit pun tak boleh. Takpela, saya bermanja dengan Yaya lah macam ni."Toni mengugut.

"Ha, pergilah. Awak nak kene marah dengan Li. Tak kan awak tak tahu yang Yaya tu makwe Li. Nanti tak pasal-pasal awak kena penampar Siam dengan dia. Baru tau."ejek Suraya. Ada saja caranya untuk memperli Toni.

"Yelah, habis tu. Ada makwe pun saya nak bermanja pun tak boleh. Baik saya cari lain."Toni cuba menduga hati Suraya.

"Ermm, yelah. Saya silap. Dah, dah, sambuang buat kerja tu. Nanti Puan Pensyarah masuk nanti, tak siap pulak."....

-----------------------------------------------------

Keesokkannya, Faz, Edy, Li, Toni, Shiba, dan Zoew pun berangkat ke Terminal Bas untuk mendapatkan bas. Mereka pun bergerak ke bas masing-masing sambil bersalaman.......

(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kampung Kat Mana?")

Sunday, August 9, 2009

D'masiv - Di antara kalian


Di Antara Kalian - d Masiv

click READ MORE for download link...

4shared:-
D'masiv - Di Antara Kalian


Kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
Tapi kini ku sadar ku di antara kalian

Aku tak mengerti
Ini semua harus terjadi

Kuakui ku sangat sangat mengharapkanmu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti
Ini semua harus terjadi

Reff:
Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa-siapa untukmu
Kucintaimu tak bererti bahawa
Ku harus memilikimu selamanya

Aaaa aaa…

Kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
Tapi kini ku sadar ku di antara kalian
Aku tak mengerti

Saturday, August 8, 2009

H1N1 bukan mainan.... cegah sebelum parah...


WABAK yang menjadi igauan manusia kini sudah mula menunjukkan taringnya...
Banyak kes telah dilaporkan di negara kita. Berhati-hatilah.
Di sini saya ingin berkongsi langkah-langkah yang boleh, perlu atau mesti diambil untuk mencegah diri kita dari dijangkiti H1N1....

Fikirkan, renungkan dan amalkan:-

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk. Jauhi disini bukan bermaksud menyisihkan. Cuma elakkan diri dari terlalu rapat dengan mereka. Nanti kite dituduh sombong pulak. Nanti kita pulak yang kene wabak ni, baru tau.

• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun. Cuci sampai bersih dan suci, jangan asal cuci je tapi tak bersih. Nak bagus lagi ambil Wuduk terus...

• Jika berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada ditempat awam yang sesak. Ini kerana virus itu sangat aktif dalam keadaan persekitaran yang macam tu.

• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Tengok-tengoklah maklumat tentang wabak ini seperti dalam lawan web, surat khabar, poster, flyer atau apa-apa sahaja media yang berkenaan.

• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal. Selalulah bersenam atau melakukan aktiviti yang menyihatkan badan. Jangan asyik tidur je.


Tiada rawatan khusus untuk wabak ini. Rawatan yang diberikan adalah rawatan simptomatik sahaja.

Kawan-kawan semua dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

• Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit kepala. Jangan ambil melebihi dos yang disyorkan. Ini bukanlah iklan racun perosak.

• Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk. Jangan terlalu kerap minum minuman sejuk, nanti sakit tekak dan batuk akan bertambah parah.

• Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya. Makan mengikut waktu dan perlulah berkhasiat. Lebih penting, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

• Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan. Amalkan cara hidup yang ceria dan gembira.

• Jika tanda dan gejala berlarutan atau bertambah teruk, dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Tindakan ini perlu dilakukan dengan kadar yang sangat segera. Jika dilengahkan, ditakuti kawan-kawan semua sudah tidak dapat diselamatkan lagi.