twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, December 28, 2009

Berkorban Apa saja...

Walaupun Hari Raya Korban telah lebih kurang sebulan berlalu, namun hikmah dan semangat berkorban itu tidak harus dilupakan. Mengimbau kembali saat-saat menyambut Hari Raya Korban, hati ini terasa sayu kerana mengenangkan betapa indahnya malam raya tersebut. Takbir telah bergema dan masing-masing sibuk menyediakan juadah raya yang bakal dihidangkan pada keesokkan harinya.
...................................................................................................................

“Tapi bila mengenangkan nasib diri ini, aku terasa sedih. Sanggupkah aku berkorban pada esok hari. Di saat semua mata melihat aku dan di saat takbir dialunkan. Silau cahaya besi amat menggerunkan jiwa ini. Tapi bila kufikirkan kembali, aku hanyalah makhluk Allah yang lemah dan tidak berdaya. Demi mereka, aku harus tetapkan tekad. Biarlah apa sekalipun yang terjadi, tiada akan ada perkara yang dapat menghalang azamku ini. Semangat Aidil Adha telah tersemat di daging dan di tulangku. Siapakah aku? Apakah aku? Itu semua sudah tidak menjadi sebarang masalah. Kerana telah termaktub dan telah ditentukan aku akan terkorban di sini. Tali dileherku akan menjadi saksi betapa aku Redha akan segala ketentuan Allah.”

“Hoi Bancik, tengok-tengokkanlah kawan kau tu. Aku tengok dia, sorang-sorang je. Dari semalam kita kena jaga kawan kita ni, janganlah biar dia macam tu je. Walaupun rupa dia tidaklah sekacak mana, tapi aku tahu hati dia baik.”tegur Along kepada Bancik.

“Aku malaslah nak kacau dia Along, aku tengok muka dia sedih je. Tak sampai hati aku nak ganggu dia. Walaupun baru 24 jam kenal dia, tapi aku tau dia ni lain sikit. Dia ni sensetif sikit, tengok muka pun tahu.”balas Bancik.

“Wan, raya kali ni ayah kau ada ambik bahagian ke dalam korban esok ni? Aku tengok ayah kau ngan ayah Hafiz tu bukan main sibuk berbincang tadi.”tanya Angah.

“Ada, ayah aku beria benar nak ambik bahagian. Dia kata tahun ni kene buat korban, murah rezeki katanya.”jawab Wan.

“Berapa ekor Wan?”tanya Bancik pula.

“Ish kau ni Angah, tak kanlah sampai ekor. Ayah aku korban 3 bahagian je. Tu pun dah ok sangat dah tu.”jawab Wan lagi.
Tiba-tiba Azan Isyak pun berkumandang menandakan sudah masuknya waktu Solat Fardhu Isyak bagi Kawasan Parit Sungai Laut dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Bergeraklah mereka berempat ke surau yang kedudukannya betul-betul di hadapan mereka. Kelihatan para jemaah berpusu-pusu menuju ke surau.

Keesokan harinya.......

“Bancik, ooo Bancik. Bangunlah. Dah pukul berapa dah ni. Lepas Subuh tadi semua orang buat keje, tak macam kau ni asik tidur saja. Bangunlah cepat, tengok-tengokkan kawan kau tu.”kata Along kepada Bancik.

“Yalah. Kacau betullah kau ni Along. Baru aku nak tidur lama sikit.”balas Bancik malas.

Maka segeralah Bancik menuju ke arah belakang surau untuk menemani kawan barunya itu. Kelihatannya Lambu keseorangan tanpa sesiapa menemaninya.

“Kesiannya aku tangok kau ni Lambu. Asik sorang-sorang je aku tangok kau ni. Nasib baiklah kau ada kawan macam aku ni, kalau tak macam manalah nasib kau nanti. Sabar lah Lambu ya.”tegur Bancik .

“Aku macam nilah Bancik, nak tak nak aku kene turutkan jugak kemahuan dia orang. Tak kan aku nak mengamuk pulak.”kata Lambu di dalam hati.
...................................................................................................................

Selepas Solat Jumaat, penduduk-penduduk Kampung Parit Sungai Laut beramai-ramai datang ke perkarangan Surau untuk turut serta dalam acara Korban walaupun mereka bukanlah peserta yang melakukan ibadah tersebut.
Pada waktu dan ketikanya, Lambu ditarik dan diikat. Parang tajam diletakkan dilehernya dan upacara korban pun berlangsung. Dengan kalimah Allah dan laungan Takbir. Maka Lambu selamat dikorbankan.

“Hai Bancik, aku tengok kau macam sedih je. Tak kan merana sebab berpisah dengan kawan baru kau tu.”seloroh Angah.

“Taklah Angah, aku sedih mengenangkan betapa besarnya pengorbanan Lambu untuk menjadi binatang korban. Kalau akulah, mesti aku dah lari dah.”balas Bancik.

“Takpelah Bancik, kita-kita ni kan ada. Kawan kau.”sampuk Along.

“Ermm, betul lah tu......

Friday, November 13, 2009

Tukang Kebun Zaman Baru... Part 1,..


Minggu peperiksaan telah pun berada pada minggu yang ketiga. Kebanyakan pelajar UJM4 lebih gemar menelaah pelajaran di rumah sahaja. Tidak kurang juga para pelajar yang berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Setelah satu semester menjalani kuliah, tiba masanya mereka menghadapai peperiksaan akhir bagi semester kali ini. Terlihat jelas pelajar-pelajar di UJM4 amat menitikberatkan pelajaran mereka sehinggakan makan pun sambil membaca buku. Tidak terkecuali bagi Li dan kawan-kawannya. Mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan anugerah Timbalan Naib Canselor pada semester kali ini. Sedang mereka berlima menyusuri laluan di Blog E, tiba-tiba Zoew yang kebetulan lalu di situ menegur mereka,

"Assalammualaikum kawan-kawan, jauh aku cari korang, kat sini rupanya. Cari kat CC tak ada, kat KMS tak ada, kat Masjid tak ada, rupenya kat sini."tegur Zoew.

"Eh, Zoew. Aku ingat mamat kacak mana tadi. Huh, rambut baru tu. Ooo, tu yang kau pergi pekan tadi tu? Rupanya nak potong rambut."sambut Li.

"Hah Zoew, yang kau cari sangat kami ni kenapa?"tanya Edy.

"Aku bukan apa, aku dengar cerita dekat dalam Internet ada satu peluang kerja baik punya. Ni pun Suraya yang bagi tau. Kalau tak aku pun tak tau."jawab Zoew.

"Kerja apa?"soal Shiba.

"Nama laman web tu, kalau tak silap aku, Muka Buku. Tapi aku dengar banyak dah orang jadi kaya. Siap boleh naik-naik level lagi. Macam main game lah pulak. Tapi yang pastinya memang kerja ni sangat-sangat menguntungkan. Kerjanya, kita kena jadi tukang kebun. Tanam pokok, jaga binatang, erm.. banyak lagilah, aku dah lupa apa yang Suraya cakap tadi."terang Zoew panjang lebar.

"Tukang kebun? Boleh percaya ke ni Zoew? Tak kan kerja Tukang Kebun boleh jadi kaya kot? Mushkil betul la."tiba-tiba Edy meragui apa yang dikatakan Zoew tadi.

"Entahlah, aku dengar je. Tu yang aku nak balik tengok laman web tu. Aku ingat nak cuba Osha tengok apa yang ada dalam laman web tu. Hah tu bas dah sampai tu, jom balik. Aku dah tak sabar nak konpemkan betul tak apa yang Suraya cakap tu."tambah Zoew lagi sambil mereka berenam meluru mendapatkan bas untuk pulang ke Asrama masing-masing.

Di dalam bas....

Kathy: Eh Aishah, kau dah hervest belum kebun kau pagi tadi. Dah level berapa dah? Aku dah level 35 dah. Satu hari adalah dalam 100 000 income aku. Takla banyak sangat. Kau?

Aishah: Amboi banyaknya income kau. Aku baru level 20. Entah berapa income aku. Ish.. kayalah kau macam ni kan Kathy.

Kebetulan mereka berenam duduk betul-betul di belakang Aishah dan Kathy. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

"Eh, Zoew. biar betul apa yang dah jadi ni. Sampai 100 000 satu hari. Mak datuk, kayanya. Kalau macam tu aku pun nak keje jadi tukang kebun tu jugak."sergah Faz tiba-tiba.

"Tulah, aku dengar menyirap betul. Mana boleh dibiarkan ni. Tak kan kita nak tengok orang lain kaya, sedangkan kita langsung tak dapat apa-apa."tambah Toni pula.

"Ok, balik ni kita terus mengadap lap top, pastu kita cari apa agaknya yang ada dalam laman web Muka Buku tu."tekad Zoew semakin membara.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Petani Moden")

Thursday, September 17, 2009

Maaf Zahir dan Batin....


Sempena dengan Lebaran yang menjelang tiba, Penulis ingin menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon ampun jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, terlanjur bicara. Semoga anda semua terus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah hendaknya.


Mediafire link...
D'Masiv - Mohon Ampun (Special Edition)

Sunday, September 13, 2009

Ujian Allah kepada Hambanya......


Selepas kelas Pengurusan Alam Sekitar, mereka berenam berpisah dengan Geng Kancil dan menuju ke masjid untuk menunaikan Solat Zohor. Kelihatannya jemaah pada hari itu agak ramai. Begitu meriahnya suasana di masjid dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang tekun beribadat. Ada yang membaca Al-Qur'an, ada yang berzikir dan tidak kurang juga ada pelajar-pelajar yang bersolat sunat. Terasa damai tatkala kaki melangkah masuk ke dalam Rumah Allah itu. Sesungguhnya tiada tempat yang lebih mendamaikan jiwa selain di masjid atau surau, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar kepada hamba yang mengimarahkan rumahNya. Lebih-lebih lagi ketika ini berada di bulan Ramadhan di mana bulan untuk ummat Islam melakukan ibadat sebanyak mungkin.

Mereka berenam terus berIktikaf di masjid hingga ke waktu Asar. Banyak sungguh Ibadat yang dilakukan sehinggakan mereka tidak menyedari sudah hampir masuknya waktu Asar. Mereka terpaksa berada di kampus hingga malam nanti untuk menghadiri Ujian Subjek Dota di bangunan F12 yang kedudukannya betul-betul bersebelahan dengan Dataran Kura-kura pada pukul 9 malam. Selesai sahaja Solat Asar, mereka berenam pun bergegas menuju ke Bilik Seminar F9 di Blok L untuk menghadiri Kelas Reka Cipta. Sampai sahaja di Bilik Seminar F9, Encik Zainol sudah pun tercegat di hadapan kelas sambil menunggu pelajar-pelajar masuk ke dalam kelas.

"Assalammualaikum. Semua pelajar dah masuk kelas? Baiklah, saya nak awak semua bentangkan proposal projek Reka Cipta awak."arah Encik Zainol.

Menurut Encik Zainol, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta suatu ciptaan yang baru dan kreatif yang boleh memudahkan kehidupan seharian manusia. Kumpulan demi kumpulan membentangkan proposal mereka. Tetapi malangnya tidak ada satu pun proposal yang diterima. Akhir sekali barulah Kumpulan Faz dan kawan-kawan membentangkan proposal mereka. Dengan berbekalkan kegeniusan Faz dan kecerdikan Li, mereka membentangkan proposal mengenai rekaan Tandas Bergerak. Mereka bernasib baik kerana Encik Zainol menerima proposal mereka memandangkan rekaan itu agak hebat jika nak dibandingkan dengan rekaan kumpulan-kumpulan yang lain.

Kelas Reka Cipta tamat pada pukul 6.30. Mereka tidak sempat untuk pulang ke Asrama memandangkan Bas tiada pada masa tersebut. Jadi, mereka berenam mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Masjid sementara menunggu 9 malam nanti. Suasana majlis berbuka puasa pada hari itu agak meriah dan diserikan lagi dengan juadah berbuka puasa yang enak. Hidangan pada hari itu adalah kari ayam.

Setelah azan Maghrib berkumandang, masing-masing terus berbuka puasa diselangi gelak ketawa dan kegembiraaan kerana dapat menyempurnakan puasa pada hari itu.

"Erm, Alhamdulillah. Sedap betul juadah hari ni kan Edy."sapa Zoew.

"Alhamdulillah. Berkat puasa yang telah disempurnakan, dan ditambah pulak dengan suasana masjid yang di penuhi dengan keberkatan dan keredhaan Allah, sekalipun kita hanya makan sebiji kurma, itu sudah mampu untuk mengenyangkan perut kita Zoew."jawab Edy panjang lebar.

Selesai Solat Maghrib, mereka bergegas menuju ke Bangunan F12 untuk menduduki Ujian Dota. Walaupun hari itu merupakan hari yang agak memenatkan, mereka redha dengan segala kepayahan kerana ia juga merupakan salah satu ujian yang Allah berikan kepada hambaNya.

Selesai sudah Ujian Dota, mereka pulang ke Asrama dengan menaiki Bas....


Syawal semakin hampir... saat Aidi Fitri diraikan....pasti kami akan merinduimu Ramadhan....

Saturday, September 12, 2009

Kelas dah Start.. Part 8, Tragedi ...


Seperti biasanya, 6 sekawan iaitu Faz, Toni, Edy, Zoew, Li dan Shiba perlu menghadiri kelas Pengurusan Alam Sekitar di Dewan Kuliah Z. Tambahan pula, rakan serumah mereka iaitu Amran, Samad dan Rizal yang digelarkan Geng Kancil pun masuk ke kelas yang sama. Seperti selalunya, Puan Rosmah akan masuk ke Dewan Kuliah agak lambat memandangkan jarak yang agak jauh dari tempat meletak kereta ke Dewan Kuliah Z.

"Selamat pagi semua. Baiklah. Sebelum saya meneruskan pembelajaran kita pada hari ini, saya nak Edy dan Samad datang ke depan. Baiklah, erm awak berdua perlu bina satu projek yang berkaitan dengan pokok-pokok dan bagaimana pokok itu dapat diuruskan berdasarkan apa yang awak dah belajar setakat ini."panjang lebar arahan Poan Rosmah.

"Baiklah Puan."sambut Edy dan Samad serentak.

"Ok, Edy. Samad. Awak boleh duduk di tempat awak."arah Puan Rosmah.

"Terima kasih Puan."kata Edy.

"Baiklah, hari ini saya ingin menerangkan tentang bagaimana sesuatu projek itu dilaksanakan. Saya nak, awak semua sila beri perhatian. Taufik, saya tak nak tengok awak tidur atau main-main dalam kelas saya."tiba-tiba nama Taufik dibangkitkan.

Setelah setengah jam kelas berjalan, kelihatan perhatian para pelajar ketika itu semakin berkurangan. Shiba dilihat berbual-bual dengan Zulkefli. Edy pula lebih selesa duduk di sebelah Samad. Kebetulan, buah hati Amran iaitu Ziana duduk di hadapan Edy.

"Eh, Amran. Aku tengok awek kau ni senyap je. Kau gaduh dengan dia ke?"tiba-tiba Samad memulakan perbualan tanpa menghiraukan Puan Rosmah yang sedang sibuk mengajar di depan.

"Issh, kau ni Samad. Kau janganlah kacau si Amran tu. Dia tengah tension sebab motor dia hampir kene langgar dengan kereta tadi."sampuk Rizal.

"Ha? Biar betul Amran. Bukan tadi kau ada Kelas Bahasa Perancis ke?"tanya Samad lagi.

"Yelah Samad. Balik dari Kelas Bahasa Perancis tadi, terus aku pergi kat tempat biasa aku parking motor aku, kau tau kan yang dekat dengan CIMBANK tu. Lepas tu baru aku nak cucuk kunci kat motor aku, tiba-tiba ada kereta dari depan tengah reverse nak langgar motor aku. Aku apa lagi, jeritlah kat kereta tu. Macam mana ambik lesen kereta dia orang ni. Macam tu pun boleh tak nampak."panjang lebar cerita Amran.

"Ooo, macam tu. Patutla ketat semacam je muka kau. Aku ingat kau gaduh ngan Ziana tadi."sempat lagi Samad berseloroh.

Tiba-tiba, kedengaran ada pensel jatuh di hadapan Shiba. Edy turut menyedari hal itu kerana dia terperasan pensel Ziana yang jatuh di hadapan Shiba. Tanpa dipinta, Shiba dengan pantas mengambil pensel tersebut dan menyerahkan pensel tersebut kepada Ziana. Pada mulanya, Shiba tidak menyedari siapa gerangan yang duduk di belakangnya. Semasa ingin menyerahkan pensel itu kepada Ziana, Shiba berpaling ke belakang dan di saat pensel itu bertukar tangan Shiba sekali lagi memandang Ziana.

"Terima kasih."kata Ziana.

"Sama-sama."balas Shiba.

Amran yang ketika itu menyedari apa yang berlaku cuba untuk berlagak tenang. Tapi, Edy dapat menghidu cemburu yang tiba-tiba menyala dari mata Amran. Masakan tidak cemburu, di mata Amran, Ziana bagaikan bidadari syurga yang turun dari kayangan dan diciptakan untuknya. Perwatakan Ziana yang sopan, cara pakaian yang menutup aurat sudah cukup untuk membuktikan Zianalah gadis idaman yang menjadi buah hati Amran. Cuma Amran dah Ziana tidak pernah dilihat berdua kerana Ziana merupakan gadis yang tidak suka dengan cara begitu. Ziana lebih selesa jika mereka hanya berhubung melalui Yahoo Messenger sahaja. Hati lelaki mana yang tidak cemburu melihat buah hatinya dipandang sebegitu rupa. Tetapi, hakikatnya Shiba tidak pernah untuk mengambil kisah tentang insiden itu. Rupa-rupanya sebab mengapa dia berpaling buat kali kedua hanyalah kerana dia tidak menyangka Ziana duduk betul-betul di belakangnya. Tidak terlintas di benak Shiba untuk mengkhianati persahabatan yang terjalin antara dia dan kawan-kawan serumahnya memandangkan mereka bertuduh di bawah bumbung yang sama.

"Baiklah, saya harap awak semua faham dengan apa yang saya terangkan sebentar tadi. Edy! Apa yang awak sibukkan tu? Saya tengok awak ni asyik berbual saja. Apa masalah awak sebenarnya? Kalau awak tak faham, awak boleh bertanya pada saya. Bukan berborak kat belakang tu."Puan Rosmah tiba-tiba menegur Edy yang sedang menyerahkan Borang Kedatangan kepada Li.

Edy tidak menyangka hanya kerana menyerahkan borang tadi dia diherdik sebegitu rupa. Taufik yang ketika itu sedar dengan suasana tersebut ketawa menyindir Edy. Edy tidak menyangka sampai begitu sekali dia dibenci. Sedangkan selama ini dia tidak pernah untuk bermain-main di kelas Puan Rosmah kerana dia amat meminati subjek ini. Semua mata mula terarah kepada Edy. Dan yang paling menyedihkan, Yaya juga turut ketawa seolah-olah menyindir Edy.

"Yaya, sampai hati awak ketawakan saya. Di manakah rasa simpati yang dulu saya kagumi dalam diri awak. Bukankah kita kawan baik. Ya Allah, sesungguhnya Ramadhan ini banyak mengajar aku apa itu Sabar. Terlalu banyak ujian yang kau berikan kepadaku. Aku hanyalah Hamba yang lemah lagi hina yang amat-amat memerlukan bantuanmu Ya Allah. "desis hati Edy meratap.

Edy tetap bersabar dengan segala ujian yang diberikan kepadanya. Dia sedar siapalah dia untuk dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia hanyalah budak kampung yang dilahirkan dalam keluarga yang susah. Apatah lagi Edy bukanlah pelajar yang bijak. Dia seringkali tercicir jika pelajaran di dalam kelas sedang berjalan. Biarlah semua ini berlalu, hanya sabar yang disisipkan di hati Edy.

"Ok, kita ada masa lagi setengah jam. Saya nak awak semua bentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang untuk Assignment kedua ni. Saya nak sebelum kelas berakhir semua pelajar dah ada kumpulan. Lagi satu saya nak setiap kumpulan campur, ada lelaki dan ada perempuan."arah Puan Rosmah lagi.

Para pelajar di Dewan Kuliah Z mula bertempiaran mencari ahli yang dikehendaki. Setelah semuanya selesai, tinggallah Edy dan Shiba yang tidak mempunyai ahli kumpulan yang cukup.

"Eh, tak kan tak ada perempuan yang nak satu kumpulan dengan kita Edy?"tanya Shiba.

"Entahlah Shiba, mungkin sebab ada aku. Tu yang budak perempuan tak nak masuk kumpulan kau. Sorilah Shiba, disebabkan aku tak ada perempuan yang nak masuk kumpulan kau."jawab Edy sambil memandang pilu ke arah kumpulan-kumpulan yang sudah lengkap dengan ahli masing-masing.

"Eh, aku tak kisahlah Edy. Aku tak kisah pun. Nanti adalah tu perempuan yang nak masuk kumpulan kita."pujuk Shiba.

"Erm, Edy. Kumpulan awak ada kosong lagi tak?"tiba-tiba ada suara di belakang Edy.

"Eh, Syafiqah. Awak tak ada kumpulan lagi ke?"tanya Edy sejurus menoleh Syafiqah yang kelihatan ayu berbaju kurung hijau.

"Belum lagilah Edy. Tu yang saya nak masuk kumpulan awak tu. Ermm, tapi kalau awak tak sudi, takpelah. Saya cari kumpulan lain. Mungkin tak ada orang yang nak satu kumpulan dengan saya."rajuk Syafiqah tiba-tiba.

"Erm, yelah Syafiqah. Tu pun kalau awak tak kisah satu kumpulan dengan saya."pancing Edy.

"Ala, kenapa awak cakap macam tu. Saya lagi suka satu kumpulan dengan awak."tambah Syafiqah lagi.

"Er, kalau macam tu siapa lagi seorang yang nak jadi kumpulan kita ni?"tanya Edy lagi.

"Aisyah, tu dia ada kat sana tu."jawab Syafiqah sambil menuding ke arah gadis bertudung hijau di belakang Dewan Kuliah.

"Oo, yelah. Nanti saya bagitahu Shiba. Terima kasihlah Syafiqah sebab nak masuk kumpulan saya."tambah Edy penuh makna. Dia tidak menyangka Syafiqah begitu baik dan tidak pernah mementingkan diri sendiri.

"Sama-sama. Ni nombor phone saya. Nanti kalau awak nak buat meeting call lah saya. Ok."jawab Syafiqah sambil berlalu ke tempat duduknya.

"Eh, Edy. Apa yang kau bualkan dengan Syafiqah tadi? Ada apa-apa ke ni?"tegur Shiba tiba-tiba.

"Ish, kau ni. Mana ada. Dia nak masuk kumpualan kita lah Shiba dengan budak perempuan tudung hijau tu."jawab Edy.

"Haa, kan aku dah cakap. Mesti ada punya budak perempuan yang nak masuk kumpulan kita."tambah Shiba.

"Betullah kata kau Shiba. Sesungguhnya sabar itu pasti akan dibalas dengan rahmat dan nikmat."fikir Edy.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Tuesday, September 8, 2009

Kelas dah Start.. Part 7, Meniru dan 'Adik'nya...


Pagi itu seperti biasa, Faz, Shiba, Toni, Li, Zoew dan Edy bersama-sama menaiki bas ke Kampus UJM4 untuk menghadiri kelas Sistematik Analogi di Makmal Biologi. Menurut Encik Johan, kelas pada pagi ini akan membincangkan topik Carta Gantt. Masih melekat kata-kata Encik Johan dalam kepala Edy,

"Baiklah, minggu depan saya nak awak semua datang pada masa yang sepatutnya. Jangan saya dah sampai setengah jam, awak semua baru sampai. Lebih-lebih lagi kumpulan awak Edy. Awak dengan kawan-kawan awak selalu lambat ke makmal. Saya tak mahu tahu apa masalahnya. Apa yang saya nak, awak semua kena ada di makmal sebelum pukul 10."panjang lebar ceramah Encik Johan.

"Balik-balik nama aku jugak yang dia sebut. Nama orang lain dia tak nak sebut."ngomel Edy sendiri.

"Hoi Edy, dah sampai dah ni. Kau tak nak turun ke? Dah, cepat turun. Erm, terima kasih bang."tegur Shiba sambil turun dari bas dan mengucapkan terima kasih kepada Abang Driver Bas.

"Takdela Shiba, aku teringat apa yang Encik Johan cakap hari tu."tegur Edy sebaik sahaja turun dari bas.

"Ala Edy, takpela. Dah memang kita yang selalu lambat kan."sampuk Toni tiba-tiba.

"Aku kadang-kadang cemburu tengok Taufik. Dahlah markah Quis dia tinggi, assignment tak pernah lambat hantar. Aku rasa sebab tulah Lecturer semua suka kat dia kan."tambah Edy lagi.

Sebaik sahaja sampai di pintu Makmal, Faz pun memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam makmal. Ternyata ramai lagi pelajar yang belum sampai. Mereka pun duduk di tempat biasa yang menjadi port mereka.

Lima minit kemudian, makmal tersebut mulai penuh dengan pelajar-pelajar yang baru sampai. Tiba-tiba tersembul muka Taufik bersama dengan kawan baiknya Hapiji. Taufik pun duduk di belakang Shiba. Hapiji terpaksa duduk di bahagian depan kerana tiada tempat kosong di tempat lain.

Lama Taufik merenung komputernya. Rupa-rupanya komputer tersebut rosak. Dengan sepantas kilat, Taufik mengubah tempat duduk di sebelah Shiba. Shiba yang ketika itu sedang menyiapkan kerjanya terkejut ayam melihat Taufik tiba-tiba duduk di sebelahnya.

Sedang leka menyiapkan kerjanya, Shiba tersedar yang jawapan Taufik lebih kurang sama dengan jawapannya. Shiba mula berasa tidak sedap hati. Dia merasakan yang Taufik telah meniru jawapannya. Dengan kemahiran komputer yang tinggi serta kebijaksanaan yang ada dalam diri, Shiba bertungkus lumus menyiapkan kerjanya sepantas mungkin. Taufik pula terkial-kial membuat kerjanya. Setelah selesai semua kerja, Shiba dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Leman di perhentian bas.

"Eh Leman, kau tunggu siapa ni? Kau kan tak ada kelas hari ni."tegur Edy.

"Erm, aku ada kerja kat Library. Korang gerak dulula."jawab Leman.

Semenjak dua menjak ini, Leman sering dilihat memegang handsetnya. Menurut Li, Leman kini sudah berkenalan dengan seorang gadis. Yang peliknya, mereka tidak tahu gadis mana yang dimaksudkan. Cuma setiap kali melihat Leman berSMS, dia asti akan mengatakan,'aku tengah mesej ngan adik aku'.

"Eh Li, aku tengok Leman asyik mesej ngan adik dia je. Tak kan banyak sangat cerita yang nak dia cerita kat adik dia tu. Setahu aku, sebelum ni, jarang pulak aku tengok dia mesej dengan adik dia."tanya Edy melihat perbezaan kelakuan Leman.

"Ala Edy, tu bukan adik dia. Tu 'Adik' dia. Nama dia aku tak tau. Yang aku tahu 'Adik' dia tu suka wanra pink, yang lain aku tak tahu. Kau tanyalah sendiri dengan Leman."jawab Li.

"Erm, takpelah. Pandai-pandaila Leman tu. Dah besar dah kan."tambah Edy."Eh, Li. Aku tak nampak Zoew dengan Faz pun, mana dia pergi?"tanya Edy lagi.

"Entahlah, aku pun tak tahu. Dah lah, aku nak pergi bazar ni. Kau nak ikut tak? Kalau nak ikut, cepat sikit. Aku dah lambat dah ni. Nanti habis pulak karipap kat kedai mak cik hujung bazar tu."sambung Li lagi.

"Yelah, tunggu kejap. Aku nak ambik duit aku kejap."jawab Edy.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Monday, August 31, 2009

Ramadhan ini Mengajar Kita Tentang Sabar....


Ramadhan telah pun memasuki hari ke lima belas. Cepat sekali masa berlalu dan sudah melepasi separuh Ramadhan. Banyakkah ibadat yang telah dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita renung-renungkan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, manusia sibuk berlumba-lumba untuk melakukan sebanyak ibadah yang mungkin. Tidak terkecuali bagi Shiba, Edy, Zoew, Faz, Toni, Li, dan Leman. Mereka merasakan betapa ruginya jika bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dihabiskan begitu sahaja. Peluang ini digunakan mereka untuk mempertingkatkan ibadah dan amal Soleh yang selama ini jarang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Ini termasuklah Solat Sunat Tarawikh, Solat Sunat Witir, dan Solat Sunat Rawatib. Mereka juga sering berbuka puasa di surau dengan niat untuk mengimarahkan lagi surau di universiti mereka selain salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah yang Maha Esa.

Pada tepat hari ke lima belas Bulan Ramadhan, seluruh UJM4 telah dijemput untuk satu majlis berbuka puasa bersama Ayahanda mereka iaitu Encik Said di surau UJM4. Melihatkan juadah berbuka puasa pada hari itu, kelihatannya 15 ramadhan ini merupakan hari yang paling bermakna buat mereka kerana dapat berbuka puasa bersama Ayahanda tercinta.

"Eh Leman, kita makan apa hari ini?"tanya Edy.
"Hari ni makan sedap Edy, Nasi tomato dengan Ayam Kurma. Aku nampak ayahanda bawak masuk dalam dewan makan tadi."jawab Leman."Eh, dah pukul 7.16 ni. Dah nak berbuka dah ni. Tapi, Ayahanda tak sampai lagi ni."sambung Leman lagi.
"Ala Leman, biasalah tu. Orang dah ada keluarga, memangla macam tu."tambah Toni.

"Assalammualaikum semua. Apalah yang dibincangkan tu, entah-entah kutuk saya tak."tiba-tiba Encik Said muncul di depan pintu Dewan Makan.
"Eh, tak ada apalah Ayahanda. Saja, borak-borak pasal raya."belit Zoew.

Tiba-tiba, Azan Maghrib berkumandang menandakan sudah masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa.

"Anak-anak, ha tunggu apa lagi. Tapi sebelum tu, Abang Dan tolong imamkan bacaan Doa sebelum kita berbuka ni."pinta Encik Said.

Mereka pun makan dengan suasana yang sungguh harmoni. Bukan selalu mereka dapat berbuka puasa bersama Ayahanda mereka. Peluang ini tidak sesekali disia-siakan malah mereka begitu seronok dapat berbuka puasa bersama.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Sudah tiba masanya mereka menunaikan Solat Tarawikh secara Berjamaah selepas Solat Isyak sebentar tadi. Walaupun ia hanyalah sekadar ibadah Sunat, namun tidak tergambar betapa hati mereka terasa damai menghadap Tuhan sekalian alam terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.

****************************************************************

Esoknya, ketika kelas Pendidikan Islam sedang berjalan, kelihatan Edy, Shiba, Faz, dan Toni sedang tekun mendengar Kuliah dari Ustad Man.

"Bulan Ramadhan mengajar kita tentang sabar. Sabar dari segala bentuk ujian. Janganlah kita bermusuh sesama kita dan benci membenci sesama sendiri. Kita sepatutnya bersatu dan bersama dalam melakukan apa jua aktiviti. Sebab itulah kita dituntut untuk selalu ke surau atau masjid supaya kita dapat menjalin Ikatan Persaudaraan antara Ummat Islam. Jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian kepada orang lain."panjang lebar penerangan Ustad Man pada hari itu. Sesungguhnya tajuk Puasa amat dititikberatkan memandangkan betapa Bulan Ramadhan ini merupakan Bulan Keberkatan yang penuh dengan Nikmat dan Rahmat.

Selesai sahaja kelas Pendidikan Islam pada pagi itu, mereka merasakan betapa Bulan Ramadhan ini mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Ramadhan ini mengajar kita erti Sabar. Sabar, sabar, sabar. Perkataan yang tiba-tiba bermain di benak Zoew.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Saturday, August 29, 2009

Kelas dah Start.. Part 6, Betul ke?...

Tepat jam 4 petang, kelihatan Zoew, Edy dan Toni bergegas menuju ke blok D4 untuk menghadiri kelas Statistik Lanjutan.

"Edy, cepatlah sikit. Dah pukul berapa dah ni? Kau tak tengok jam ke? Nanti tak pasal-pasal mengamuk pulak Encik Lim tu. Kau bukan tak kenal dengan dia."Toni bersuara tiba-tiba melihatkan Edy jauh tertinggal di belakang. Mereka terlambat ke kelas kerana ketinggalan bas.

"Aduhai, sabarlah Toni. Puasa-puasa ni aku tak larat sikitla. Sahur tadi pun aku makan roti je. Tu yang badan lemah semacam je."balas Edy.

"Edy, orang lain pun puasa jugak, bukan kau sorang yang puasa. Biasalah, ni semua hanya ujian Tuhan buat kita ni sebagai hambaNya. Ni baru sikit je Edy."celah Zoew.

"Yelah."balas Edy tak bersemangat.


"Baiklah, saya nak bagi balik kertas Quiz yang awak semua buat minggu lepas. Apa yang saya lihat prestasi awak semua menurun. Saya pun tak faham kenapa jadi macam ni. Tapi nasib baik dalam kalangan awak masih ada yang dapat markah yang tinggi. Ermm, Zoew. Awak ambik kertas-kertas ni, lepas tu bagi kat kawan-kawan awak."panjang lebar celoteh Encik Lim dan mengarahkan Zoew membahagikan kertas-kertas tersebut.

"Terima kasih, Encik Lim."balas Zoew. Dia pun membahagikan kertas Quiz kawan-kawannya seorang demi seorang.

"Aduh, aku takut betul la Toni. Quiz hari tu, aku main hentam je. Mana taknya soalannya susah bukan main. Tapi kau tak apalah, setakat soalan-soalan macam tu kacang je kan."kata Edy.

"Kacang apa bendanya. Susahla jugak. Pening jugak aku nak buat Quiz tu. Sapelah agaknya yang dapat markah tinggi tu kan."tambah Toni.

"Entahlah, aku pun tak tahu. Mesti bijak pandai punyalah budak tu."kata Edy lagi.

Akhirnya, selesai sudah tugas Zoew membahagikan kertas-kertas tadi. Wajahnya menampakkan sedikit kecewa.

"Eh, kenapa di Zoew? Monyok je. Berapa markah kau?"tanya Toni.

"Ermm, tak banyak pun. 8 1/2 per 20 je. Sikit sangat la. Aku jeles betula la dengan Taufik tu. Dia dapat 18 per 20 tu."jawab Zoew.

Edy dan Toni berpandangan sesama sendiri seakan tidak percaya dengan apa yang terkeluar dari mulut Zoew.

"Betul ke Zoew. Eh, kenapa tinggi sangat markah si Taufik tu. Jauh sangat kalau nak dibanding dengan kita. Macam mana dia dapat markah tinggi macam tu? Tu yang aku tengah pelik ni."kata Toni. Dia terkejut kerana Taufik kurang memberi perhatian di dalam kelas tapi masih mampu untuk memperolehi markah yang tinggi dalam Quiz tersebut.

"Erm, biasalah tu Toni. Aku tak heran sangat. Taufik tu memang genius. Tapi, kalau nak kira-kira genius dia tu, dia tetap genius no 2 sebab Faz lagi genius daripada dia."tambah Edy. Bagi Edy, belum ada kawan-kawannya yang dapat menandingi kegeniusan Faz.

"Tulah, apa boleh buat. Alhamdulillah jela dengan apa yang aku dapat ni. Nanti Quiz 2 nanti aku kenalah buat betul-betul."tambah Zoew.

"Ha, betul tu. Aku ingat aku nak buat study grouplah dengan si Taufik tu. Mana tau, aku pun boleh dapat markah tinggi macam dia."seloroh Edy. "Eh, Toni. Suraya dapat berapa? Aku rasa mesti tinggi jugak tu. Aku tengok die bual-bual dengan Taufik tu, mesti markah dia dekat-dekat dengan markah Taufik tu. Markah Suraya berapa Zoew?"tanye Edy pada Zoew.

"17, kurang satu je dengan Taufik."terang Zoew.

"Dekatnya markah diorang. Macam ada jodoh je. Haha."ketawa Edy sambil menjeling ke arah Toni yang sedang bermasam.

"Berani la si Taufik tu nak dekat dengan Suraya. Nanti aku piat telinga dia sampai pekak baru dia tahu.Suraya pun satu, suka sangat dekat ngan Taufik tu."balas Toni dengan sedikit perasaan marahnya.

"Eh, Toni. Tak baik kau cakap macam tu kat Suraya. Suraya tu setia kat kau tu. Dia kawan je dengan taufik tu. Taufik tu je yang lebih-lebih. Jangan pulak kau marah kat Suraya pulak. Kesian aku tengok dia. Kau kene jaga sikit hati die tu Toni. Jangan samapai dia betul-betul suka kat Taufik. Masa tu baru kau nak menyesal tak sudah."panjang lebar nasihat Edy. Dia mengharapkan Toni dapat menghargai Suraya dengan sebaik-baiknya. Dia tak mahu Toni mengalami nasib yang sama sepertinya. Dia amat meminati Yaya, tapi Yaya seakan-akan tidak menyedari hal itu. Edy tahu Yaya lebih meminati Faz. Dia sedar sejauh mana kelebihannya jika nak dibandingkan dengan kegeniusan Faz. Dia hanya mampu berdoa agar Yaya akan berjaya dengan apa yang diusahakannya.

Setelah mendengar nasihat Edy yang panjang lebar itu, Toni mula menyedari betapa pentingnya Suraya di dalam hidupnya. Betul lah kata Edy, 'benda paling berharga bagi seorang lelaki adalah hati seorang perempuan'.......

Wednesday, August 26, 2009

Kelas dah Start.. Part 5, Naik cuti...


Hari ini, bermulalah kelas pertama selepas UJM4 ditutup selama sebulan. Kelas Dota bersama Prof Amir menjadi kelas pertama bagi Edy dan kawan-kawan selepas sebulan berehat di rumah. Pagi Isnin yang ceria diselangi dengan gelak tawa dari para pelajar perempuan di pintu pagar sesekali menarik perhatian Edy, apakah agaknya yang diketawakan sangat tu. Edy berjalan pantas menghala ke kelas. Dia tidak mahu terlewat. Meskipun berada di bulan Ramadhan, ini tidak bermakna mereka menjadikan itu sebagai alasan untuk datang lambat ke kelas.

"Eh, korang. Cepatla sikit. Nanti Prof marah nanti." sergah Edy tiba-tiba.

"Sabarlah Edy, kau ni macam tak sabar sangat je nak pergi kelas? Ada apa-apa ke?" usik Shiba melihatkan kesungguhan Edy untuk hadir ke kelas Dota pagi itu. Dia tahu Edy ingin cepat sampai ke kelas supaya dia dapat duduk di sebelah Yaya. Bukan Shiba tidak tahu, setiap kali kelas Dota pasti Edy akan duduk di sebelah Yaya.

Sampai sahaja di kelas, mata Edy liar mencari Yaya. Tiba-tiba matanya terarah kepada seorang gadis berbaju kurung kuning duduk di tengah-tengah kelas.

"Ha, tu pun buah hati aku. Pakai baju kurung kuning dia hari ni. Cantik betul."desis hati Edy.

"Ermm, Assalammualaikum Yaya. Tempat ni ada orang tak? Kalau tak ada saya nak duduk kat sini."pinta Edy dengan nada yang lembut.

"O, Edy. Eh, duduklah. Tak ada orang pun."jelas Yaya.

"Terima kasih."tambah Edy lagi.

*********************************************************

"Baiklah, saya nak awak semua siapkan kerja berkumpulan yang ada dalam tugasan 4 tu. Saya nak, sebelum pukul 10, awak semua dah hantar apa-apa yang patut. Kalau ada yang hantar lebih dari masa yang saya nak, alamatnya kosong la markahnya. Ingat tu."kata-kata Prof Amir amat berkesan dalam hati para pelajarnya. Meskipun tegas, Prof Amir amat prihatin dengan perkembangan pelajaran para pelajarnya. Dia tidak lokek untuk membantu para pelajarnya terutamanya dalam pelajaran.

"Eh, Li. Kita tak ada buku teks ni. Macam mana kita nak buat kerja tu?"tanya Zoew tiba-tiba.

"Entahlah, aku pun tak tahu nak buat macam mana."balas Li.

Sejurus kemudian kelihatan, Zoew membawa buku teks Dota di tangannya.

"Nah. ni aku dah pinjamkan dari akak baju biru tu."kata Zoew sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah seorang gadis manis berbaju biru di sebelah pintu kelas.

"Eh, pandai jugak kau ni Zoew. Berani pulak kau pinjam ngan akak tu. Memang Zoew lah kau ni."Edy tiba-tiba bersuara.

"Tak adalah, aku tengok akak tu tak pakai pun buku dia, aku pinjam je lah."tambah Zoew lagi.

**************************************************

Selesai sahaja kelas Dota, Edy dan kawan-kawannya turun ke bawah dan duduk di pondok kecil sementara menunggu masa yang sesuai untuk masuk ke kelas yang seterusnya di Makmal Savy.

Tiba-tiba, Edy terlihat Yaya sedang turun dari kelas Dota dan terus sahaja duduk di kerusi di sebelah tangga kelas. Dengan secepat kilat, Edy pun bangun dengan niat untuk berbual dengan Yaya. Namun, langkahnya terhenti melihat Taufik lebih dulu menghampiri Yaya dan duduk di sebelah Yaya. Edy membatalkan niatnya dan duduk semula.

"Eh, kenapa dengan kau ni Edy? Aku tengok kejap diri kejap duduk. Apa hal?"tegur Shiba menyedari kelainan tingkah laku Edy sejak dari tadi.

"Tu, kau nampak tu. Taufik tengah berbual ngan Yaya tu. Siap ketawa-ketawa lagi. Cemburu betul aku tengok. Ikutkan hati, nak aje aku tumbuk si Taufik tu. Tak kan dia tak tau aku minat gila kat Yaya. Entah apa yang dia kelentong kat Yaya tu. Yaya tu pulak layan je si Taufik tu. Hai.. sedih betul."panjang lebar marah Edy. Memang dia berang dengan tindakan Taufik. Rancangan dia untuk lebih rapat dengan Yaya terbantut dek kehadiran Taufik yang tiba-tiba itu.

"Sabarlah Edy, mungkin bukan rezeki kau nak berbual dengan Yaya tadi. Itu semua ujian dari Allah Edy."nasihat Shiba terus menyelami jiwa Edy. Sesungguhnya Edy sangat bersyukur mempunyai kawan seperti Shiba yang tidak jemu menasihatinya siang dan malam terutamanya ketika Edy dilanda masalah.

"Aku faham Shiba, aku ni taklah handsome macam Taufik. Macam Taufik tu, tinggi, handsome. Lagi satu Taufik tu anak orang kaya. Pakai handset bukan main canggih. Setakat aku ni, pakai 33 seposen je manalah ada perempuan nak dekat dengan aku. Tapi, aku tak sanggup nak biarkan Yaya jatuh ke tangan Taufik. Aku takut Taufik tu nak mainkan Yaya. Yaya tu baik Shiba. Tapi, kalau dah takdir tertulis semua ini terjadi, aku redha. Tak apalah. Aku sabar jelah."rintih Edy. mungkin terlalu sukar untuk Edy meluahkan segalanya. Tapi itulah rasa yang tersimpan di benaknya selama ini. Terlalu besar makna Yaya dalam hidupnya. Walaupun sekadar kawan, namun banyak ilmu dan tunkuk ajar yang diberikan oleh Yaya kepadanya. Hanya Yaya...

***********************************************

Petang itu tepat jam 6 petang, Edy, Shiba, Faz, Zoew, Li dan Toni pergi ke surau untuk majlis berbuka puasa. Memandangkan mereka berenam sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Asrama mereka, Warden Asrama Encik Said yang dibahasakan sebagai Ayahanda oleh mereka berenam menjemput mereka untuk berbuka puasa di surau.

"Astaghfirullahalazim... Eh Edy, cuba pelan-pelan ambik lauk tu."sergah En Said melihat gelagat Edy yang sibuk benar mencedok lauk ke pinggannya.

"Eh, ayahanda. Ala, sekali sekala berbuka kat surau. Apa salahnya."jawab Edy.

Di asrama mereka, En Said bagaikan ayah kepada mereka. Lebih-lebih lagi mereka berjiran, segala masalah mereka kongsikan bersama. Pernah suatu hari, ketika Encik Said tiada di rumah kerana pulang ke kampung. Zoew lah yang selalu menyiram pokok bunga di halaman rumah Encik Said.

Kadangkala, Encik Said akan menghantar sedikit lauk pauk untuk mereka makan. Memang terlalu besar jasa dan pengorbanan Encik Said. Susah senang mereka berenam tidak pernah sekali Encik Said melupakan mereka. Encik Said lah Ayahanda mereka....

Monday, August 24, 2009

Apa itu TAG?...

Salam
Apa itu TAG?
Saye kurang reti dengan benda2 canggih mcm ni..
buat jela ape yg patut...

1-Anda rasa anda hot?
Saya kurang pandai Bahasa Inggeris. Hot tu ape?
Kepada mereka yg bijak pandai, ajarlah saye

2-Upload gambar ke sayangan anda!


3-Kenapa Anda Suka Gambar Ini?
Mula2 gambar kesayangan,
pastu suke plak?
Mane satu ni?
Saye pening....

4-Bila kali terakhir anda makan pizza?
Pizza? Pizza Hut tu ke? Nama adik saya Piza.. Same ke?

5-Lagu terakhir yang anda dengar?
Lagu ape eak? Lagu untukmu...tk pun lagu kita..

6-Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Menekan keyboard sambil mata melihat kearah screen...
Betul... tak tipu maa...

7-Selain dari nama anda sendiri,Anda suka dipanggil dengan nama ape?
Saudara atau encik

8-Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori..
Orang 1 - Orang yg men'tag' saya
Orang 2 - Faz
Orang 3 - Edy
Orang 4 - Shiba
Orang 5 - Zoew
Orang 6 - Tony

Saya up lagi satu..

Orang 7 - Li


Tuesday, August 11, 2009

Balik Kampung Lagi.... Cuti awal...


Penularan wabak H1N1 menggemparkan UJM4. Tidak disangka universiti mereka turut terdedah kepada wabak merbahaya itu. Bukan untuk ditakuti, namun ia seakan-akan satu fenomena yang menimbulkan kegusaran dalam hati para pelajar UJM4. Lebih-lebih lagi Toni dan kawan-kawannya. Baru-baru ini, asrama mereka telah dijadikan markas sementara untuk menempatkan para pelajar yang disyaki mempunyai simptom H1N1 ini. Apa yang lebih menakutkan ialah apabila penempatan yang dijadikan markas sementara itu berada betul-betul di belakang rumah mereka. Pengerusi Asrama mereka Abang Dan sudah berkali-kali memohon pihak asrama supaya mempertimbangkan semula cadangan beliau supaya semua pelajar yang disyaki ditempatkan di satu tempat sahaja.

Selepas mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi Pertubuhan Pelajar-pelajar Genius Malaysia, Faz yang juga Yang Dipertua pertubuhan itu mengambil keputusan sebulat suara untuk membenarkan semua pelajar UJM4 untuk pulang ke kampung lebih awal daripada cuti yang sepatutnya memandangkan hanya itu sahaja jalan penyelesaian yang ada untuk membendung masalah yang sedang menular ini.

"Saya sebagai Yang Dipertua Majlis Tertinggi, membuat keputusan ini setelah meneliti segala implikasi dan diskrimanasi. Saya dengan tegas mengarahkan semua pelajar supaya pulang awal ke kampung masing-masing. Saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan semasa yang semakin meruncing. Saya sudah mencuba segala jalan penyelesaian yang ada. Hanya ini saja jalan yang kita ada. Pihak kami tidak mempunyai jalan lain selain bertindak menutup UJM4. Jadi, para pelajar akan diberi cuti selama sebulan bermula dari tarikh 2 Januari 2008 hingga 1 Februari 2008. Selain itu, pihak universiti akan memberikan kemudahan bas kepada sesiapa yang tidak dapat menempah tiket, terutamanya dari negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur."

Bagi Faz dan Li, ini merupakan berita baik yang perlu diberitahu kepada keluarga mereka di kampung. Lebih-lebih lagi pada pertengahan cuti itu nanti, akan bermulanya bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mewajibkan seluruh Umat Islam berpuasa. Sudah pastinya Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dengan kehadiran mereka di kampung.

"Assalamaualaikum mak, ni che dok beli tiket la ni. Ni mak nak kirim apa-apa ka? Kotla, mana tau mak ngidam makan tempe ka. Nanti che pi beli."tanya Faz kepada mak kesayangannya itu.

"Tak yah la hang susah-susah Faz. Tempe yang hang bawak balik sem lepas pun tak abih lagi. Mak bukan apa, tak nak la hang balik bawak beg berat-berat. Kesian kat hang."Mak Cik Senah menjawab. Dia tidak mahu menyusahkan anak kesayangannya itu.

"Tak palah mak. Che pi dulu na.... Assalammualaikum mak..."

Faz dan Li telah membeli tiket bas Mayang Seri dan akan bertolak pada jam 9 malam esok.

Sementara itu, Shiba yang belum membeli tiket bas mula merasakan kegelisahan yang melanda takut-takut kalau tiket untuk ke Bangi sudah habis. Terasa rindu tiba-tiba hatinya pada kampung halaman, pada bonda dan ayahanda serta keluarga tercinta di Bangi. Turut tak dilupakan ialah jiran sebelah rumahnya yang selalu diingati. Namun tak siapa tahu siapa gerangan gadis bertuah itu.

Bagi Edy pula, saat inilah yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke kampung memandangkan dia telah bercadang untuk membuka Bazar Ramadhan pada Ramadhan nanti. Dia bercadang untuk membuka gerai air. Ligat di kepalanya memikirkan air apa yang akan dijualnya nanti. Tembikai, soya, mata kucing, asam boi, tembikai susu, cincau, dan banyak lagi. Sesungguhnya Ramadhan ini akan lebih bermakna jika Lina turut sama-sama menolongnya di Bazar nanti.

Zoew pastinya akan pulang ke negeri asalnya, di Pahang. Tiket bas sudah dibeli dan rasanya tidak sabar untuk pulang ke kampung. Pada petang sebelum dia pulang, Zoew masih sempat untuk membeli DVD game PS2 yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Dari permainan aksi, lumba kereta, kamen raider, Gi Joe, semua dibelinya memandangkan adik-adiknya di rumah amat berharap agar dia dapat membeli permainan-permainan tersebut untuk mereka. Sesungguhnya Zoew merupakan abang yang baik dan mengambil berat akan adik-adiknya.

Bagi Toni, cuti kali ini sangat bermakna dan bererti kerana sebelum pulang dari kelas tadi, dia sempat berbual dengan Suraya. Walaupun berat hati Toni untuk berpisah dengan Suraya, namun dia tetap mengukir senyuman buat buah hatinya itu. Tiada langsung riak wajah sedih yang terpancar di wajah Toni.

"Eh, kenapa saya log in internet ni tak boleh pulak. Ermm, Su. Boleh tak awak tolong tengok-tengokkan komputer saya ni. Tak bleh log in la. Su... Cepatla. Saya nak buat assignment ni."pujuk Toni. Sesungguhnya dia sengaja berbuat begitu untuk bermanja dengan Suraya.

"Laa, apanya ni? Macam nilah."ligat jari jemari Suraya menekan papan kekunci sambil menerangkan kepada Toni bagaimana caranya untuk log in. "Haa, kan dah boleh tu. Awak ni kan, saja je tau. Padahal kan awak yang ajar saya macam mana nak log in hari tu. Mula la tu nak manja-manja dengan Su. Eeee, gatal betul."tambah Suraya lagi sambil mencebikkan bibirnya.

"Ala, yelah. Nak bermanja sikit pun tak boleh. Takpela, saya bermanja dengan Yaya lah macam ni."Toni mengugut.

"Ha, pergilah. Awak nak kene marah dengan Li. Tak kan awak tak tahu yang Yaya tu makwe Li. Nanti tak pasal-pasal awak kena penampar Siam dengan dia. Baru tau."ejek Suraya. Ada saja caranya untuk memperli Toni.

"Yelah, habis tu. Ada makwe pun saya nak bermanja pun tak boleh. Baik saya cari lain."Toni cuba menduga hati Suraya.

"Ermm, yelah. Saya silap. Dah, dah, sambuang buat kerja tu. Nanti Puan Pensyarah masuk nanti, tak siap pulak."....

-----------------------------------------------------

Keesokkannya, Faz, Edy, Li, Toni, Shiba, dan Zoew pun berangkat ke Terminal Bas untuk mendapatkan bas. Mereka pun bergerak ke bas masing-masing sambil bersalaman.......

(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kampung Kat Mana?")

Sunday, August 9, 2009

D'masiv - Di antara kalian


Di Antara Kalian - d Masiv

click READ MORE for download link...

4shared:-
D'masiv - Di Antara Kalian


Kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
Tapi kini ku sadar ku di antara kalian

Aku tak mengerti
Ini semua harus terjadi

Kuakui ku sangat sangat mengharapkanmu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti
Ini semua harus terjadi

Reff:
Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa-siapa untukmu
Kucintaimu tak bererti bahawa
Ku harus memilikimu selamanya

Aaaa aaa…

Kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
Tapi kini ku sadar ku di antara kalian
Aku tak mengerti

Saturday, August 8, 2009

H1N1 bukan mainan.... cegah sebelum parah...


WABAK yang menjadi igauan manusia kini sudah mula menunjukkan taringnya...
Banyak kes telah dilaporkan di negara kita. Berhati-hatilah.
Di sini saya ingin berkongsi langkah-langkah yang boleh, perlu atau mesti diambil untuk mencegah diri kita dari dijangkiti H1N1....

Fikirkan, renungkan dan amalkan:-

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk. Jauhi disini bukan bermaksud menyisihkan. Cuma elakkan diri dari terlalu rapat dengan mereka. Nanti kite dituduh sombong pulak. Nanti kita pulak yang kene wabak ni, baru tau.

• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun. Cuci sampai bersih dan suci, jangan asal cuci je tapi tak bersih. Nak bagus lagi ambil Wuduk terus...

• Jika berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada ditempat awam yang sesak. Ini kerana virus itu sangat aktif dalam keadaan persekitaran yang macam tu.

• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Tengok-tengoklah maklumat tentang wabak ini seperti dalam lawan web, surat khabar, poster, flyer atau apa-apa sahaja media yang berkenaan.

• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal. Selalulah bersenam atau melakukan aktiviti yang menyihatkan badan. Jangan asyik tidur je.


Tiada rawatan khusus untuk wabak ini. Rawatan yang diberikan adalah rawatan simptomatik sahaja.

Kawan-kawan semua dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

• Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit kepala. Jangan ambil melebihi dos yang disyorkan. Ini bukanlah iklan racun perosak.

• Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk. Jangan terlalu kerap minum minuman sejuk, nanti sakit tekak dan batuk akan bertambah parah.

• Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya. Makan mengikut waktu dan perlulah berkhasiat. Lebih penting, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

• Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan. Amalkan cara hidup yang ceria dan gembira.

• Jika tanda dan gejala berlarutan atau bertambah teruk, dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Tindakan ini perlu dilakukan dengan kadar yang sangat segera. Jika dilengahkan, ditakuti kawan-kawan semua sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Wednesday, July 29, 2009

ST12 - Jangan Pernah Berubah


Jangan Pernah Berubah - ST12
download link... click READ MORE....

4shared download link:-
ST12 - Jangan Pernah Berubah

mediafire download link:-
ST12 - Jangan Pernah Berubah


Lirik...

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Reff:
Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Tuesday, July 28, 2009

Kelas dah Start.. Part 2, Yaya...

Pelajar-pelajar kelas Kejuruteraan Bendalir dikehendaki menghantar Laporan Makmal 1 yang telah dilakukan pada minggu lepas. Semua pelajar tidak mempunyai masalah, kecuali Edy. Ada saja masalah yang Puan Pensyarah bangkitkan. Tetapi, bila berhadapan dengan pensyarah, Edy tak pernah mencuba untuk melawan. Meskipun di hati, hanya Tuhan yang tahu betapa memberontak jiwanya. Kerja yang disiapkan dengan mengorbankan waktu tidurnya ditolak mentah-mentah tanpa diteliti terlebih dahulu.

"Edy, awak datang ke depan ni."pinta Puan Pensyarah.

"Ermm, ye puan. Ada apa-apa masalah dengan laporan saya tu? Setahu saya, semua dah ok dah. Saya buat laporan sampai tak tidur malam puan."terang Edy.

"Saya dah cakap minggu lepas yang Laporan ni kena menggunakan kertas berwarna merah jambu. Saya tak suruh awak pakai kertas hitam ni. Mana nak nampak tulisannya. Ni lagi satu, saya dah suruh dah supaya buat Lampiran untuk Rujukan pada helaian yang akhir sekali. Tapi, awak campur adukkan rujukan dengan kerja awak. Nampak berserabut. Apa masalah awak sebenarnya ni? Cuba bagitahu saya. Dahlah masuk makmal lambat."marah Puan Pensyarah.

"Maafkan saya puan. Saya terlupa puan pasal rujukan dan kertas warna tu. Saya tau puan saya ni bukannya pelajar yang genius macam kawan-kawan saya tu."permintaan maaf daripada Edy diiringi satu penyesalan yang amat sangat.

"Yelah, yelah. Lepas ni, sayu tak nak awak buat perkara macam ni lagi. Ingat tu. Dah, duduk kat tempat awak.

"Terima kasih puan....

Edy pun duduk ditempatnya dan menyambung kerjanya. Dia menoleh ke arah Toni. Kelihatannya, Toni sedang rancak berbual dengan Suraya. Faz tidak dapat menghadirkan diri ke makmal hari ini disebabkan dia menyertai Pertandingan Dam Bistari yang bertempat di KLCC Kuala Lumpur.

Edy menjeling ke arah Li. Ternyata Li sedang khusyuk menyiapkan kejanya. Sesekali terlihat Yaya yang duduk di sebelah Li mencuba untuk berbual dengan Li.

"Awak, tengah buat apa tu?" Yaya memulakan bicara.
"Ermm, buat nilah. Buat apa lagi."Li membalas.
"Owh, yang no 2 ni macam mana eak. Saya tak paham sangatla."
"Yang ni, carik je kat wikipedia. Mesti ada punya."terang Li.
"Ermm, macam tu rupanya. Thanks tau."

Melihatkan keceriaan Yaya jelas menerangkan dia agak gembira dapat berbual dengan Li. Walaupun dilayan dengan agak dingin, tapi dia tak pernah menyesal. Mungkin ada sesuatu yang tersimpan di hati. Hanya Yaya saja yang tahu. Edy menggeleng kepala melihat sikap Li yang acuh tak acuh dengan kehadiran Yaya. Seingat Edy, tatkala Yaya masuk ke dalam Makmal, dia terus duduk di sebelah Li sedangkan pada masa itu masih banyak lagi tempat duduk yang kosong.

Dalam diam, rupanya Edy menyimpan perasaan terhadap Yaya. Ramah, baik, sopan dan manis. Tafsiran yang mengungkapkan segala kelebihan yang ada dalam diri Yaya. Wanita muslimah yang berjaya menambat hati Edy. Walaupun masih ramai lagi pelajar perempuan yang ada di UJM4, Edy tetap tertarik dengan keperibadian Yaya yang santun dan ramah. Terlalu sukar untuk dia menemui perempuan yang seperti Yaya di UJM4.

Dia berasa terkilan dengan sikap Li yang seakan-akan tidak mempedulikan kehadiran Yaya. Terpaksalah Yaya bertanya soalan kepada Taufik. Walhal, Edy amat runsing seandainya Yaya akan jatuh hati pada Taufik. Edy tidak mahu Yaya tersalah pilih orang. Edy sudah masak benar dengan perangai Taufik yang entah apa-apa.

"Yaya, pandai-pandailah jaga diri. Sesungguhnya saya tak pernah berhenti untuk mendoakan kebahagiaan awak. Tiada perkara yang lebih indah di dunia ni, selain melihat awak bahgia bersama dengan orang yang awak sayang."hati Edy menangis mengenangkan Yaya yang kini ingin rapat dengan Li. Mungkin sukar untuk diterima. Namun itulah pahit yang harus ditelan sebagai pengorbanan Edy terhadap Yaya.

Bersambung...
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Thursday, July 23, 2009

Kelas dah Start.. Part 1, Mengapa..?


Hari ini, tidak seperti biasanya. Setelah dua minggu permulaan semester dipenuhi dengan kelas cancel, akhirnya minggu ketiga membuka lembaran baru dengan bermulanya kelas System Architecture. Melihatkan beberapa orang pelajar menunjukkan riak wajah yang ceria kerana Puan Pensyarah memberi makluman bahawa kelas akan bermula pada minggu ketiga memberi gambaran jelas, mahasiswa-mahasiswa di UJM4 amat rajin dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka. Jelas terasa betapa kelas ini amat dinantikan kerana mereka merasakan masa yang ada tidak terlalu mencukupi untuk menghabiskan syllibus subjek.

Turut kelihatan gembira ialah para pelajar genius iaitu Zoew, Faz, Toni, Li, Edy dan Shiba. Meskipun Edy kurang genius jika dibandingkan dengan yang lain, tapi dia tak pernah disisihkan oleh rakan-rakannya.

"Dalam konteks ini, kita perlu memastikan segala yang berkaitan dengan system adalah synchronize dengan methodology yang akan dilakukan dalam sesuatu system." kata Puan Pensyarah dengan lantang. Beliau amat mengharapkan agar para pelajar yang hadir di dalam kelasnya dapat memberikan sepenuh perhatian untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma.

Bagi Toni, inilah masanya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun tumpuannya agak terganggu melihat Suraya dan Taufik begitu seronok bergelak ketawa. Pada hal Puan Pensyarah di hadapan sedang tekun memberikan kuliah, namun tidak sedikit pun Suraya menyedari hal itu. Dia terlalu sibuk bergurau senda dengan Taufik.

"Eh, Toni. Apesal Su tu. Aku tengok bukan main mesra lagi ngan Taufik tu. Pelik betul la. Tak kau nak biarkan je. Kalau akula....."kelihatan Edy turut merasakan ada yang tidak betul antara mereka berdua.

"Tulah, aku pun sakit mata tengok diorang. Bukan main sakan lagi ketawa. Pada hal bukannya puan ada buat kelakar pun."Toni mula merasa tidak puas hati. Terasa dirinya bagai sampah tatkala Suraya sanggup memperlakukan dirinya sebegitu rupa di depan matanya. Lebih-lebih lagi dengan Taufik. Terasa benci yang bertan-tan beratnya melanda jiwa Toni tiba-tiba.

Selesai saja kelas, Toni lekas-lekas mendapatkan Suraya.
"Su, Su, tunggu sekejap. Ada benda yang saya nak cakap ni."pinta Toni dengan nada sedikit marah.

"Ermm, eh Toni. Su ingat siapa tadi. Apa yang penting sangat tu. Kenapa macam marah je"tambah Suraya ingin tahu.

"Takdela. Saya tengok awak bukan main happy lagi dengan Taufik tu. Awak ada apa-apa ke dengan dia?"Toni ingin kepastian.

"Eh, mana ada. Awak ni, suka fikir yang bukan-bukan. Bukannya saya ada apa-apa pun dengan dia."Suraya menafikan.

"Boleh percaya ke ni? Awak tau tak saya cemburu sangat tengok awak mesra dengan Taufik tu. Awak tau kan perasaan saya ni macam mana. Tergamak awak buat saya macam ni."sedih mula menguasai diri Toni. Terlalu besar makna Suraya dalam hidupnya.

"Toni, janganlah awak fikir yang bukan-bukan. Saya tak pernah pun berniat nak buat awak macam tu. Awaklah yang pertama dan terakhir. Tak tergamak saya nak menduakan awak. Percayalah."Suraya menerangkan apa sebenarnya yang terpendam di hatinya. Dia tidak menyangka Toni terlalu cemburu melihat dia bergurau dengan Taufik.

"Kalau betul apa yang Su cakap tu, baguslah. Takpelah, saya balik dulu."

"Eh, Toni. Kan kita nak makan sama-sama hari ni. Awak dah lupa ke janji kita."

"Erm, tak jadilah. Saya tak ada seleralah. Awak pergilah dengan kawan-kawan awak."Toni berlalu pergi meninggalkan Suraya sendirian.

"Toni. Toni. Toni."panggilan Suraya tidak dihiraukan Toni. Suraya mula sedar dia telah melakukan kesilapan besar. Di dalam hati dia berfikir,

"Maafkan Su, Toni. Su tak sangka Toni cemburu pasal hal ni. Su janji, Su tak kan buat macam tu lagi.....

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Thursday, July 16, 2009

Kelas Cancel.. Part 7, Ikhlas...

Jam sudah pun menunjukkan pukul 10.30 pagi. Tapi kelibat Edy dan Shiba masih tidak kelihatan.

Zoew: Eh, dah pukul berapa dah ni. Lambatnya mamat dua orang ni. Oi Toni, kau dah SMS ke budak Edy ngan Shiba tu? Diorang tau tak kita ada kelas hari ini. Entah-entah tidur lagi kat rumah.

Toni: Takpelah, kita masuk kelas dulu.

Edy: Zoew, Toni. Sabarlah.

Toni: Ha, tu diorang dah sampai dah tu. Dah, dah, jom masuk kelas.

Masa berlalu dengan pantas. Tidak terasa dua jam telah berlalu dan Mr. Lau membenarkan pelajar-pelajarnya pulang.

Mr. Lau: Baiklah, saya harap cuti hujung minggu ni awak dapat menyiapkan Assignment yang saya bagi semalam.

Tergopoh-gapah pelajar-pelajar keluar dari Dewan Kuliah 28. Tapi tidak bagi Toni. Toni sabar dan menunggu semua pelajar keluar, selepas itu barulah dia akan keluar. Tiba-tiba,

Suraya: Assalammualaikum Toni. Ermm, boleh tak kalau saya nak cakap sikit dengan awak. Sekejap je.

Toni: Ermm, yeke. Penting ke? Yelah, tak elok kalau kita berbual kat sini je. Apa kata kita pergi kat Cafe Tanjung tu.

Suraya: Ok.

Selepas memesan air, Suraya memulakan bicara,

Suraya: Ermm, Toni. Sebenarnya saya nak pinjam Handphone awak. Handphone saya rosaklah. Boleh tak kalau saya nak pinjam hanphone awak? Sebab saya tau awak ada dua handphone kan. Boleh tak?

Toni: Oh, pasal ni je rupanya. Boleh, boleh, boleh. Lagipun handphone saya yang satu lagi tu tak pakai pun. Yelah nanti esok saya bagi awak.

Suraya: Thanks Toni.

Ucapan terima kasih yang diiringi senyuman paling manis dilemparkan buat Toni menandakan betapa gembiranya hati Suraya. Suraya tidak menyangka Toni begitu baik.
Kalaulah...

...........................................

Keesokkan harinya Toni pun menyerahkan handphone yang dijanjikan.
Sebulan berlalu, dengan handphone yang dipinjam, Suraya sering mengirim SMS kepada Toni. Mungkin itu sebabnya Suraya beria benar ingin meminjam handphone Toni. Lebih-lebih lagi hanphone miliknya juga rosak.

Suatu petang, Suraya sedang bergegas ke Makmal Teknologi Kejuruteraan untuk menghadiri kelas. Sampai sahaja di kelas, dia menyedari handphone kepunyaan Toni yang dipinjam sebulan lalu, tiada dalam begnya. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil keputusan membatalkan hajatnya untuk menghadiri kelas dan bertekad untuk mencari handphone Toni.

Suraya: Eh, mana pulak handphone Toni ni. Tadi aku ingat aku letak hanphone tu kat dalam beg ni. Alamak, macam mana ni. Tak kanlah hilang pulak. Ish, macam mana aku nak jawab dengan Toni nanti. Lagipun, aku dah baik dengan dia. Aku takut dia marah kat aku pulak. Macam manalah boleh hilang.

Otak Suraya ligat berfikir mengenai handphone Toni. Walaupun telah mencari di mana-mana, namun handphone itu tetap tak dapat ditemui. Setelah berputus asa, Suraya mengambil keputusan untuk memberitahu Toni tentang kejadian sebenar.

................................

Sedang asyik Toni membelek buku Matematik Kejuruteraan di perpustakaan, Suraya duduk di sebelah dan memberi salam,

Suraya: Assalammualaikum Toni. Penat saya cari awak, rupanya kat library.

Toni: Waalaikumsalam. Eh, Su. Laa, kenapa tak mesej je. Kan dah penat. Kesian kat awak.

Suraya: Ermm, tulah masalahnya. Sebenarnya handphone awak tu dah hilang. Penat saya cari merata-rata tapi tetap tak jumpa. Saya harap awak tak marah, kalau awak nak saya ganti, tak apa. Nanti bila pinjaman MARA dah masuk, saya ganti.

Toni: Haha. Laa, itu rupanya masalahnya. Tak apa lah Su. Benda nak jadi tetap akan jadi jugak. Tak ada benda yang kekal dalam dunia ni. Mesti akan Hilang jugak. Tak payahlah awak ganti. Saya tak kisah pun pasal handphone tu. Handphone tu handphone lama. Saya ikhlas bagi kat awak. Habis tu, handphone awak dah repair belum?

Suraya: Ermm, dah tanya kedai handphone. Tapi tuan kedai tu kata, handphone Su tu dah tak boleh nak repair. Dah teruk sangat rosaknya. Sori la Toni, saya tak sangka pulak handphone awak boleh hilang. Saya betul-betul tak sengaja.

Toni: Su, janganlah awak cakap macam tu. Saya tak kisah pun. Bagi saya, awak lagi penting dari handphone tu.

Suraya: Ha?

Muka Suraya tiba-tiba merah padam tersipu malu. Sama ada gurauan atau pun kebenaran hanya Toni yang tau. Tapi, hakikatnya Suraya sungguh terharu dengan keikhlasan Toni. Jarang sekali dia dapat bertemu dengan lelaki sebaik Toni. Kalau lelaki lain, mungkin sudah diminta diganti dengan handphone yang baru.

Toni: Ermm, Su. Kalau macam tu, awak tak ada handphone la sekarang ni.

Suraya: Tak ada la nampaknya.

Toni: Ok, kalau macam tu awak ambiklah hanphone saya ni. Pakailah, saya ada satu lagi.

Suraya: Ha? Eh, Toni. Saya tak naklah menyusahkan awak lagi. Handphone yang dulu tu pun dah hilang. Saya takut yang ini pun hilang jugak. Tak apalah Toni, terima kasihlah.

Toni: Laa, janganlah macam tu, saya langsung tak kisah. Ambiklah, kalau yang ni hilang jugak, saya belikan yang lain pulak. Saya ikhlas ni.

Suraya: Ermm, saya tak tau nak cakap apa. Saya rasa bersalah sangat kat awak. Dah lah hilangkan handphone awak, ni awak kene bagi handphone yang baru pulak.

Toni: Takpe .......................

Bersambung...
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Tuesday, July 14, 2009

Kelas Cancel.. Part 6, Trauma...


Berbalik kepada Toni, dia tidak menyedari tingkah lakunya dengan Suraya tadi diperhatikan Taufik. Sejak dari awal lagi Taufik sudah memerhatikan gerak geri Toni dan Suraya. Tapi, tak siapa tahu apa yang tersimpan di kepala otaknya. Toni bangun dari tempat duduknya dan ternampak Taufik di belakangnya. Dia mula berfikir,” Eh, sejak bila dia ada kat belakang aku ni. Tadi tak ada, kenapalah dengan si Taufik ni.”

Setahu Toni, Taufik merupakan pelajar yang misteri. Sering berjalan seorang diri memandangkan dia tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi sejak kebelakangan ini, Taufik sering dilihat cuba untuk mendekatkan diri dengan Toni dan kawan-kawannya. Lebih-lebih lagi, cara Taufik berkomunikasi agak pelik. Pernah suatu ketika dulu, sedang Toni dan kawan-kawannya duduk berehat sambil menunggu kelas bermula, tiba-tiba Taufik datang dan bersembunyi di belakang tempat mereka duduk. Menyedari hal itu, Shiba mengajak semua beredar dari situ. Bertambah menakutkan apabila Taufik turut mengekori mereka, tidak kira ke mana pun mereka pergi. Memandangkan kelas telah pun bermula, mereka mengambil keputusan untuk masuk ke kelas. Tiba-tiba, Taufik pun masuk dan duduk di sebelah Leman. Sedang asyik Leman membuat Kerja Dotanya, tiba-tiba terlihat satu pancaran cahaya seolah-olah flash dari kamera datang dari sebelah kirinya. Apabila ditoleh, kelihatan Taufik sedang menyimpan kameranya ke dalam poket seluarnya. Setelah kelas selesai,

Leman: Eh, Shiba. Kau perasan tak Taufik ambik gambar kita tadi. Aku nampak macam ada flash kamera tadi.

Shiba: Eh, yeke. Aku macam perasan tadi. Ish, gambar kita dia nak ambik . Nak buat apa. Eh, aneh-anehlah si Taufik tu. Ish seramla aku tengok dia.

Edy: Habisla Leman. Aku rasa, si Taufik tu ada hati kat kau tu.

Semua: Hahahahaha.......

Kelas Cancel.. Part 5, Pengganti...

Hari ke hari, minggu ke minggu. Kesihatan Suraya semakin pulih. Dia kini mampu berjalan sendiri. Itu pun berkat kesabaran dan bantuan Zubaidah selain pergi berubat di kampung-kampung. Suraya kini selalu tersenyum dan sudah tentu Zubaidah lah orang yang paling gembira melihat keadaan Suraya yang semakin sembuh. Kawan-kawan yang selama ini menjauhkan diri, mula berbaik-baik semula. Tapi, bukanlah sifat Suraya untuk menyimpan dendam. ”Sedangkan Nabi maafkan umat, tak kan aku yang biasa ni nak berdendam,” fikir Suraya.

Kathy: Sorilah Su. Aku menyesal sangat sebab buat kau macam tu dulu. Aku ni memang kawan yang tak guna langsung.

Suraya: Ala Kathy, aku tak kisah pun. Aku tak pernah ambil hati dengan kawan-kawan aku. Aku faham keadaan korang. Jangan risaulah, aku dah maafkan kau.

Kathy: Thanks Su.

Suraya: Oklah, aku nak pergi library sekejap. Aku nak pinjam buku Statistics.


Suraya pun berlalu ke perpustakaan yang terletak di sebelah surau universiti. Kelihatannya, begitu ramai pelajar berada di perpustakaan memandangkan masing-masing rajin-rajin belaka.

Suraya: Ermm, kak. Saya nak pinjam buku ni kak.

Kakak Kaunter: O, yeke. Ermm, sekejap ya. Ok, ni bukunya, ni resitnya.

Suraya: Terima kasih kak.

Kakak Kaunter: Sama-sama.

Suraya pun berjalan menuju meja belajar betul-betul disebelah pintu keluar perpustakaan. Pada masa yang sama, Suraya tidak menyedari yang dia sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang duduknya tidak jauh dari tempat duduk Suraya. Selepas lebih setengah minit memerhatikan Suraya, lelaki itu pun bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah suraya dan duduk betul-betul di sebelah Suraya.

“Hai Su, apa khabar? Sihat?”tiba-tiba Toni bertanya.
“Eh, Toni. Khabar baik, sihat. Kau buat apa kat sini?”tanya Suraya.
”Aku? Aku belajar Statistics tadi. Yelah kan, Test 2 dah dekat. Aku kena la belajar. Lagipun, Statistics ni susah sikit la.” agak panjang jawapan Toni.
”O, macam tu.”balas Suraya.

Sekali imbas, Suraya kelihatan anggun disaluti baju kurung hijau. Senyumnya, lesung pipitnya, matanya membuatkan hati Toni berdebar-debar tiba-tiba. ”Cantik juga si Suraya ni, kenapa la si Zoew tu tak layan dia. Hai, ni kalau aku tak cuba ni rugi aku.” hati Toni ligat berkata.

”Aku tengah belajar Statistics ni. Bab 4 ni susah sikitla Su, bolah tak kalau kau ajar aku?” Toni memulakan langkah pertama.
”Oh, yang ni. Senang saja ni, kau kamirkan dulu lepas tu kau samakan penyebutnya dengan persamaan yang satu lagi. Kemudian, kau cari nilai x yang ada dalam persamaan tu. Macam mana? Faham?” panjang lebar penerangan Suraya.
”Oh, macam tu rupanya. Wau, kau ni Su, dah lah lawa genius pulak tu.” puji Toni.
“Eh, kau ni Toni lebih-lebih pulak. Tak payahlah kau nak puji-puji aku. Bukannya aku tak tau lidah buaya kau tu.” kata Suraya dengan nada mengejek.
“Peh, sampai hati kau cakap aku macam tu Su. Yelah, aku tau aku ni siapa.” balas Toni, sedih.
”Ala, touching pulak mamat ni. Aku gurau jelah. Yang kau nak ambil hati sangat apa hal. Dah lah aku nak balik ni. Kalau layan kau ni, sampai esok pun tak habis.” kata Suraya.

Suraya mengemaskan buku-bukunya dan berlalu pergi. Dalam hatinya, Suraya berfikir. ”Kenapa dia nak tanya soalan senang macam tu, sedangkan dia lagi pandai dari aku. Tak kan dia suka kat.......” Muka Suraya tiba-tiba menjadi merah padam. Setahu Suraya, Toni merupakan pelajar genius yang mempunyai karisma dan matlamat sendiri. Toni juga pernah mewakili universiti dalam futsal dan pernah memenangi Piala Razak selama dua tahun berturut-turut. Dia tidak mahu membuat andaian sendiri. Biarlah Tuhan menentukan segalanya.

Bersambung...
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Monday, July 13, 2009

Blog Hangat di Laman Web....

>>Oleh Mohd Zaidi Oxford.
zaidi_oxford@hariannitro.com.my

BATU PAHAT: Kehadiran beberapa blog di laman web seperti infinitesane.blogspot.com telah memberi satu fenomena baru di mana blog ini telah menjadi salah satu blog yang agak popular di peringkat global. Pengisian yang mantap serta isu-isu semasa yang terkini dan hangat menjadi salah satu sajian buat pembaca-pembaca blog di luar sana. "Saya mesti baca blog beliau setiap hari kerana banyak input-input berguna yang dapat saya perolehi." kata Encik Zoew yang merupakan salah satu pembaca setia blog tersebut.

Turut menjadi kegemaran ialah blog seorang pelajar genius dari Kedah, iaitu Belley yang menggunakan url belleysterritory.blogspot.com. Tip-tip berguna dijadikan medium utama untuk mengenengahkan idea beliau kepada pelajar-pelajar khususnya dan masyarakat umumnya.

Selain itu, zowtakefive.blogspot.com yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar mengenengahkan idea-idea mengenai isu-isu hangat dan isu-isu yang jarang diberi perhatian media. Pemilik blog ini yang namanya tidak dapat disiarkan berpendapat idea-idea seperti ini dapat menggalakkan generasi muda masa kini untuk mengamalkan gaya hidup sihat. "Saya harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat."katanya.

Friday, July 10, 2009

Kelas Cancel.. Part 4, Kawan...

Semua orang ingin berjaya. Tidak kira kecil atau besar, tua atau muda. Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak dapat lepas daripada melakukan kesilapan. Bagi Suraya, mungkin pengalaman pahit yang ditempuhi dulu akan dianggap sebagai panduan dan ujian yang disajikan untuk makhluk bergelar manusia. Sukar untuk ditelan dan payah untuk diluah segala kepedihan yang melanda. Bermula dengan itu, Suraya semakin bersemangat. Pelbagai anugerah akademik diperolehi sebagai bukti kebangkitan diri dan iltizamnya. Dari Anugerah Dekan ke Anugerah Timbalan Naib Canselor memperlihatkan betapa Suraya tidak lagi menoleh ke belakang dalam usahanya mengejar impian. Terima kasih kepada rakan karibnya, Zubaidah yang selama ini memberi galakkan dan dorongan kepada Suraya sehingga dia mampu untuk bersaing kembali dalam pelajaran.

Tapi, semua itu hanyalah sementara. Suraya tiba-tiba diserang demam panas melampau dan ini memberi kesan terhadap sistem dalaman badannya. Kini, dia tidak secergas dahulu. Tiada lagi gurau senda dan tiada lagi hilai tawa bersama teman-teman sekampus. Suraya tidak mampu berjalan dengan baik dan memerlukan orang lain untuk berjalan. Zubaidah lah yang menjadi teman, membantu Suraya berjalan.

Kathy: Eh, Zubed. Aku tengok kau asyik tolong si Suraya je. Aku bukan apa, kesian tengok kau ni. Disebabkan dia, kau kena pulak bersusah payah.

Zubaidah: Eh Kathy, tak baik kau cakap macam tu. Dulu masa kita susah, Su lah yang banyak tolong kita. Sekarang ni masa dia perlukan kita, tak kan kita nak biarkan dia susah payah sorang-sorang.

Kathy: Tu dulu Zubed. Sekarang ni, dia dah tak mapu buat apa-apa. Dia dah tak ada masa depan. Dah tak ada harapan dah.

Zubaidah: Tak Kathy. Bagi aku dialah kawan aku dunia akhirat. Selagi aku mampu, aku akan bantu apa yang terdaya. Mungkin hari ni dia susah, mana tau esok lusa aku pulak yang susah.

Kathy: Suka hati kaula Zubed.

Tanpa mereka sedari, Suraya terdengar perbualan mereka tadi. Air mata kesedihan mula bertakung di kelopak matanya. Tidak dapat digambarkan betapa dia rasa hidup ini tidak bererti lagi apabila teman-teman yang selama ini ketawa bersamanya hilang entah kemana. Mujurlah ada Zubaidah. Teman menangis yang menjadi peneman dan pendorong dalam hidupnya. Air mata yang kini menitis ke pipi dikesat dan kesedihan hatinya tiba-tiba dipendam melihatkan betapa besarnya keikhlasan Zubaidah terhadap dirinya yang serba menyusahkan.

Zubaidah: Eh Su, bila kau turun. Aku ingat kelas kau habis lambat lagi.

Suraya: Baru je habis. Erm, jomlah kita balik. Dah pukul berapa dah ni. Perut aku dah bunyi keroncong dah ni.

Zubaidah: Hehe. Kau ni Su, ada-ada je. Dari dulu asyik buat kelakar je. Erm Su, kau dengar ke apa yang aku dengan Kathy bualkan tadi?

Suraya: Aku dengar Zubed. Tapi aku faham, aku ni banyak menyusahkan korang. Yelah, sepatutnya aku tak boleh nak bebankan korang dengan masalah aku. Lagipun, Final Exam dah dekat. Aku tak nak la disebabkan aku, result korang tak ok.

Zubaidah: Jangan kau cakap macam tu Su. Walaupun sepayah mana pun aku, aku tetap kawan kau. Dan sebagai kawan, aku akan bantu apa yang aku mampu. Aku tak sanggup nak biarkan kau menanggung payah sendiri. Janganla kau risau pasal aku. Lagipun, kau yang banyak tolong aku dalam pelajaran. Tak kan sekali-kali aku akan biarkan kau tanggung semua ni sorang-sorang.

Suraya: Thanks Zubed.

Zubaidah: Tak ada hal punya.

Bersambung...
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")



Naruto Soundtracks... Opening...

Naruto Opening 4 [Haruka Kanata]

Haruka Kanata - Asian Kung-Fu Generation
Asian Kung-fu Generation - Haruka Kanata Lyrics @ LyricsTime.com
Click READ MORE for mediafire and 4shared download links...

Mediafire:-
Opening Songs:

Naruto 1 [ROCKS]
Naruto 2 [Wind]
Naruto 3 [Haruka Kanata]
Naruto 4 [Harmonia]
Naruto 5 [Kanashimi Wo Yasashisa Ni]
Naruto 6 [Viva Rock - Japanese Side-]
Naruto 7 [Alive]
Naruto 8 [Go!]
Naruto 9 [Ima Made Nandomo]

4shared:-

Naruto 1 [ROCKS]
Naruto 2 [Wind]

Naruto 3 [Haruka Kanata]
Naruto 4 [Harmonia]

Naruto 5 [Kanashini Wo Yasashina Ni]

Naruto 6 [Viva Rock - Japanese Side-]

Naruto 7 [Alive]

Naruto 8 [Go!]

Naruto 9 [Ima Made Nandomo]

Kelas Cancel ... Part 3, Belajarlah...


Sudah seminggu semester baru sesi 2008/2009 bermula. Terlihat pelajar-pelajar baru sudah mula terbiasa dengan suasana universiti dan semakin bersemangat untuk belajar. Tetapi bagi pelajar-pelajar kanan, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap permulaan semester.

Begitu juga dengan Suraya. Walaupun sudah seminggu berlalu, dia masih tidak dapat melupakan kejadian yang menimpa dirinya tempoh hari. Bagi Suraya, tindakan Zoew amat tidak dijangka memandangkan dia amat mengagumi Zoew kerana kehebatan Zoew dalam pelbagai perkara terutamanya dalam pelajaran. Tapi, nasi sudah pun menjadi bubur. Hati yang luka sukar untuk diubati. Dia teringat kata-kata kawan baiknya, Zubaidah;

Zubaidah: Sabarlah Su, memang tak ada jodoh kau dengan si Zoew tu. Apa yang kau peningkan. Banyak lagi lelaki yang lagi baik dari Zoew tu. Sudahla. Jangan kau ikutkan sangat hati perempuan kau tu. Nanti kau juga yang merana.

Suraya: Aku bukan apa Zubed, tapi aku betul-betul tak sangka semua ni akan berlaku. Aku tak sangka Zoew macam tu.

Zubaidah: Sudahlah. Tak guna kau sedih-sedih macam ni. Sebagai kawan, aku nasihatkan kau, lupakanlah dia. Sekarang ni, tumpukan sepenuh perhatian kau pada pelajaran. Kesian aku tengok mak dengan ayah kau. Susah payah diorang bekerja nak menampung belanja kau kat sini.

Suraya: Thanks Zubed. Kau la kawan aku. Susah senang kau selalu dengan aku. Kalau kau tak ada, aku tak taula apa yang jadi.

Zubaidah: Ala, tak kisahla. Kita kan kawan dari tadika lagi. Tapi kalau kau tak keberatan makan malam nanti kau belanja. Ok tak? Haha. Gurau je.

Suraya: Laa, macam tu pulak. Takpela, kau punya pasal aku on je...

Begitulah nasihat Zubaidah kepada Suraya. Walaupun pedih, Zoew terpaksa dilupakan. Mengenangkan harapan mak dan ayahnya, Suraya bertekad. Pelajaran perlu diutamakan dan cita-cita yang melangit perlu diusahakan.

“Jangan risau mak, ayah. Su akan belajar baik-baik. Su tak kan sesekali kecewakan mak dan ayah. Desis hati Suraya.

Bersambung…..
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Tuesday, July 7, 2009

Q & A ...


































Maklumat anda...




Nama Anda *




Email *




Perkara *




Mesej *







Saturday, July 4, 2009

Kelas Cancel.. Part 1, Dota?

(Sekadar gambar hiasan)

Di saat bermulanye semester baru, 5 sekawan Faz, Edy, Li , Zoew dan Toni sedang berjalan menuju ke Makmal Penyelidikan Sastera. Terlihat beberapa orang pelajar baru sedang berbual tentang aktiviti mereka sepanjang seminggu mengharungi Minggu Laluan Mahasiswa(MLM) di UJM4.

Tiba-tiba, mereka dapati pintu Makmal tersebut terkunci dan memanggil Abang Technician untuk membuka pintu itu. Setelahg diselidiki, ternyata hari ni kelas dibatalkan memandangkan Puan Pensyarah masih lagi sedang bercuti. Tapi demi tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan minat yang sangat mendalam terhadap Subjek Dota, mereka tetap berada di makmal tersebut untuk menguasai Subjek itu.

Bagi Faz dan Zoew, subjek Dota merupakan subjek kegemaran mereka memandangkan mereka pernah mengambil subjek itu semasa di Matriks dulu. Bagi Li dan Toni pula, subjek Dota merupakan subjek baru yang perlu diambil perhatian kerana mereka belum pernah mengambilnya semasa diploma dulu. Tetapi bagi Edy, dia merasa kagum dengan kehebatan rakan-rakannya dalam Dota. Sesungguhnya, Edy hanyalah pelajar biasa dan seringkali diejek kerana mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Setelah menyedari kelas Dota sepatutnya sudah pun berakhir, mereka pun pulang dengan menaiki Van yang telah disediakan pihak Universiti...

To be continued...
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Thursday, June 25, 2009

Hati-hati di jalan raya.....


Semester 3 sudah pun berada di penghujungnya. Kelihatan pelajar-pelajar UJM4 sedang sibuk berkemas untuk pulang ke kampung masing-masing. Bagi Faz dan Li, pengalaman ngeri bas rosak di Lebuhraya Air Hitam pada cuti yang lalu, masih segar dalam ingatan. Tapi demi keluarga tercinta di kampung, semua pengalaman pahit itu dipendam dengan hasrat untuk menjenguk mak dan ayah.

Dalam perjalanan ke perhentian bas, Li terpandang papan iklan bertulis..

"Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan yang disayang”
”Tunggang dan pandu kenderaan dengan cermat”
”Pakai tali pinggang dan topi keledar dengan betul”
”Bace doa naik kenderaan kepada yang Islam”
”Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan”

Dalam hati kecil Li,
”Wah bagus jugak papan iklan ni, macam nilah ciri-ciri negara Malaysia yang aman dan harmoni”.

Faz dan Li pun duduk di perhentian bas sambil menunggu bas ke terminal bas.

Nota tangan: Kepada mereka2 yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Kalau naik bas, hati-hatilah naik bas. Arios...

Tamat...