twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, July 4, 2009

Kelas Cancel.. Part 1, Dota?

(Sekadar gambar hiasan)

Di saat bermulanye semester baru, 5 sekawan Faz, Edy, Li , Zoew dan Toni sedang berjalan menuju ke Makmal Penyelidikan Sastera. Terlihat beberapa orang pelajar baru sedang berbual tentang aktiviti mereka sepanjang seminggu mengharungi Minggu Laluan Mahasiswa(MLM) di UJM4.

Tiba-tiba, mereka dapati pintu Makmal tersebut terkunci dan memanggil Abang Technician untuk membuka pintu itu. Setelahg diselidiki, ternyata hari ni kelas dibatalkan memandangkan Puan Pensyarah masih lagi sedang bercuti. Tapi demi tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan minat yang sangat mendalam terhadap Subjek Dota, mereka tetap berada di makmal tersebut untuk menguasai Subjek itu.

Bagi Faz dan Zoew, subjek Dota merupakan subjek kegemaran mereka memandangkan mereka pernah mengambil subjek itu semasa di Matriks dulu. Bagi Li dan Toni pula, subjek Dota merupakan subjek baru yang perlu diambil perhatian kerana mereka belum pernah mengambilnya semasa diploma dulu. Tetapi bagi Edy, dia merasa kagum dengan kehebatan rakan-rakannya dalam Dota. Sesungguhnya, Edy hanyalah pelajar biasa dan seringkali diejek kerana mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Setelah menyedari kelas Dota sepatutnya sudah pun berakhir, mereka pun pulang dengan menaiki Van yang telah disediakan pihak Universiti...

To be continued...
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

4 comments:

Belley said...

kelas cancel<<<'ayat power'

Belley said...

PA jepon cancel klas
sebab jepon mintak sain
tkur seksyen sepelastik

akuzow said...

Edy merendah diri. Pada hakikatny markah beliau adalah paling top antara mereka. Xpe lah, tu mungkin sifat tawaduk. Baguslah...

Sem ni azam baru, mungkin nak kurangkan sket stdy DOTAstruct,hahaha... gila ah, sem 2 hari tu sok dah nak exam pun aku msh leh main Dota n wat menda merepek2 yang lain...

Edy merendah diri, padahal antara mereka hanya edy yg ada komputer yang boleh support map fight of character. Hahaha... nvidia ge force.

Tape2... walaupun aku azam nak stdy tol2, tp aku ttp akan study dota struct. korg jaga la, especially jeepon. Kerek eh?

Epull D. Luffy said...

Peh die sindir aku tgk....