twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, June 25, 2009

Hati-hati di jalan raya.....


Semester 3 sudah pun berada di penghujungnya. Kelihatan pelajar-pelajar UJM4 sedang sibuk berkemas untuk pulang ke kampung masing-masing. Bagi Faz dan Li, pengalaman ngeri bas rosak di Lebuhraya Air Hitam pada cuti yang lalu, masih segar dalam ingatan. Tapi demi keluarga tercinta di kampung, semua pengalaman pahit itu dipendam dengan hasrat untuk menjenguk mak dan ayah.

Dalam perjalanan ke perhentian bas, Li terpandang papan iklan bertulis..

"Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan yang disayang”
”Tunggang dan pandu kenderaan dengan cermat”
”Pakai tali pinggang dan topi keledar dengan betul”
”Bace doa naik kenderaan kepada yang Islam”
”Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan”

Dalam hati kecil Li,
”Wah bagus jugak papan iklan ni, macam nilah ciri-ciri negara Malaysia yang aman dan harmoni”.

Faz dan Li pun duduk di perhentian bas sambil menunggu bas ke terminal bas.

Nota tangan: Kepada mereka2 yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Kalau naik bas, hati-hatilah naik bas. Arios...

Tamat...

Wednesday, June 24, 2009

Balik kampung Part 2...


Setelah sebulan bercuti, Faz dan Li akhirnya perlu pulang ke Sungai Raja untuk menyambung pengajian dalam semester 5 pula. Mereka telah merancang dengan Leman untuk bersama-sama mendaftar di asrama pada jam 11 pagi.

Leman: Faz, aku dah bertolak dah ni. Dalam pukul 10 sampai la. Ko tunggu aku kat terminal bas. Cakap ngan Li sekali.

Faz: Ha yelah. Jangan kau takde plak.

Disaat sedang dalam perjalanan ke Sungai Raja, Faz dan Li sempat melihat pemandangan di luar tingkap terutama sekali ketika bas yang mereka naiki melalui SDAR iaitu sebuah sekolah yang amat terkenal kerana kehebatan pelajar-pelajarnya dalam pelbagai bidang.

Sedang bas Mayang Seri meluncur laju, tiba-tiba pemandu bas memberhentikan bas, dan dengan segera turun dari bas dalam keadaan yang sungguh cemas. Setelah diperhatikan, rupa-rupanya dia ke tandas. Tapi, kalau dikira-kira, dah masuk 8 kali pemandu ni berhenti sebab ke tandas. Patutla bas kejap ke kiri, kejap ke kanan. Rupenye....

Setengah jam kemudian, dia keluar dari tandas dan mula menghidupkan enjin bas tersebut. Tapi sayangnya hanya penghawa dingin yang berfungsi, tetapi tidak enjin bas berkenaan. Terpaksalah Faz dan Li serta penumpang yang lain menunggu sehingga bas itu dibaiki.

Faz: Eh, Li kita kan ada kelas hari ni. Pukul 2 petang. Sekarang ni dah pukul 9, aku rasa tak sempat kita nak pergi kelas ni.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang. Mereka sudah pun sampai di perkarangan asrama, setelah 3 jam perjalanan apabila bas siap dibaiki pada jam 1 petang. Sampai di rumah,

Leman: Eh, Faz, Li, korang ni kenape lambat sangat. Lame aku tunggu kat terminal bas. Korang tak ingat ke hari ni ada kelas. Sampai aku pun terponteng sekali.

Faz: Eh, yeke Leman. Alamak, sorila. Tiba-tiba Li datang sambil berlari dengan gaya Charlie Chaplinnya,

Li: Eh, Faz, kelas takde hari ni. Puan Multimedia takde. Cuti bersalin. Aku tanya Abang Dan tadi.

Faz: Eh, yeke. Leman, kau bohong aku. Eh, mana Leman. Dah lari dah rupanya dia. Memang dasar Tonisen betul la.

Moral: Kesian Faz dan Li, dahla bas rosak, tak pergi kelas, kene tipu pulak. Eh susahla macam ni.

Kesimpulan: Janganla suke menipu, kelak anda akan dilabel penipu oleh rakan2 sampai abis sem, tak pun sampai bile2...

Tuesday, June 23, 2009

Anakku Leman....

Suatu pagi, Leman sedang bersiap ingin berangkat ke sekolah. Seperti biase, ayahnya Pak Seman turut bersiap untuk menghantar Leman yang kini berada dalam Tahun 2.

Pak Seman: Leman, cepat sikit. Dah lambat ni.

Leman: Kejap, Ayah.

Pak Seman: Dah, naik basikal cepat.


Leman naik ke atas basikal. Kerana Pak Seman hanyalah seorang penggali kubur, jadi keluarga mereka hanya mampu untuk mempunyai sebuah basikal copper berwarna biru. Pak Seman pun mengayuh basikal, tanpa mengeluh kerana tanggungjawabnya sebagai seorang ayah amatlah besar kerana kini mereka hidup hanya berdua selepas ibu Leman Mak Senah telah pergi meninggalkan mereka berdua dek mengejar kesenangan bersama lelaki lain. Walaupun jarak dari rumah ke sekolah Leman sejauh 15km, namun jarak itu tidak sedikitpun mematahkan jiwa seorang ayah yang ingin melihat seorang anaknya berjaya. Tiba-tiba, lalu sebuah kereta Kancil 660 berwarna biru di sebelah mereka.

Leman: Ayah, tu kereta apa?
Pak Seman: Kereta kancil nak.
Leman: Kancil apa?
Pak Seman: Kancil 660 nak.
Leman : 660 apa?
Pak Seman: Warna biru nak.
Leman : Biru apa?
Pak Seman: Biru macam kancil tu nak.
Leman: Kancil apa?
Pak Seman: Kancil 660 nak.

Begitulah, Leman berulang kali menyoal Pak Seman dengan soalan yang sama hingga mereka sampai di sekolah dan demi tidak mahu mengecewakan Leman, Pak Seman tidak jemu menjawabnya. Alangkah beruntungnya Leman mempunyai ayah seperti Pak Seman.

Begitulah seterusnya, hari ke hari jika kereta Saga yang lalu, kereta Sagalah yang ditanya. Jika kereta kancil yang lalu, kereta kancillah yang ditanya. Betapa besarnya jasa Pak Seman, hingga kini Leman mampu memakai kereta BMW warna biru.

Moral: Ayah, abah, bapak.... panggilan yang berbeza tapi makna yang sama. Orang no 2 terpenting selepas mak, ibu, umi kite...
Selamat Hari Bapa.....

Saturday, June 20, 2009

Balik kampung Part 1....

Esok merupakan hari terakhir para pelajar UJM4 berada di kampus kerana esok, mereka akan pulang ke kampung masing-masing. Ada yang akan pulang ke Kedah, Pahang, Selangor, malah tidak ketinggalan ada pelajar yang akan pulang ke Pantai Timur dan Kepulauan Borneo. Setelah berhempas pulas dan berjuang separuh mati, mereka akhirnya telah berjaya menamatkan semester pendek.

Tapi, bagi Faz dan Li(kedua-duanya bukan nama sebenar), dua kembar tidak seiras lain mak lain bapak, yang kedua-duanya berasal dari Jitra, Kedah merasakan inilah masa yang ditunggu-tunggu. Lebih2 lagi Faz dan Li sudah lama tak pulang ke kampung dan sudah pastinya banyak cerita yang ingin dikongsi dengan ahli keluarga masing2.

Terutamanya Faz yang terkenal dengan gelaran Albert Einstein Junior, akan pulang ke kampung dengan membawa sijil Pegawai Jemputan Pengakap untuk ditayangkan kepada keluarganya.

Li pula yang terkenal dengan kecerdikan dan kebijaksanaan memberi idea2 bernas telah berjaya mendapat sijil Catur Bestari dimana hanya pelajar yang betul2 bestari sahaja yang akan memperolehi sijil tersebut. Die sudah tidak sabar ingin menunjukkan sijil tersebut kepada tunangnya, Sya.

Tapi, bila malam terakhir sebelum mereka pulang, cerek air yang menjadi pemasak air mereka selama ini rosak tiba2. Entah dimana silapnya, walaupun sejam mereka meneliti cerek itu, langsung tak jumpa bahagian mana yang rosak.

Mereka bernasib baik kerana Pele(bukan nama sebenar) yang mempunyai kepakaran dalam bidang mekatronik, elektrik, elektronik, serta kronik muncul tiba2 lalu merepair cerek tersebut. Akhirnya cerek tersebut dapat diselamatkan.

Esoknya, Faz dan Li pulang ke kampung dengan hati yang tenang. Sekian.

ST12 - Aku Masih Sayang

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Mediafire download link:
ST12 - Aku Masih Sayang


Wednesday, June 17, 2009

Usia bukan penghalang...

Di suatu petang yang hening... dimana para pelajar kelas multimedia sedang asyik dengan kerja mereka, Leman(bukan nama sebenar) yang merupakan antara pelajar pintar sedang meneliti hasil kerjanya di skrin monitor.
Sebagai seorang pelajar yang dedikasi, bijak dan antara pelajar kanan yang sangat dihormati, Leman sering menjadi tajuk perbualan rakan sekampus. Apatah lagi, namanya seringkali disebut-sebut sebagai calon Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Tapi, terdapat beberapa orang pelajar pintar lain selalu memperlekehkan kehebatan Leman hanya kerana usianya yang agak lanjut berbanding rakan-rakannya yang lain.

Sedang asyik dengan kerjanya, tiba-tiba, Rizal(bukan nama sebenar) menyergah dari belakang,

Rizal: Hoi, orang tua. Engkau ni asyik buat kerja je. Kerja lain takde ke?

Leman :
Peh, kau sindir aku. Eh, Rizal. Sorang je ke?

Rizal : Eh, takla. Sepuluh orang ni. Tak nampak ke aku sorang je. Hai, makin tua makin pelik la kau ni.

Leman : La, aku gurau je. Tak kan itu pun nak marah.

Rizal : Eh, dahla. Kalau layan kau ni, keje ape pun tak jadi. Baik aku balik rumah main ping pong. Lagi best.



Di meja ping pong terlihat Rizal sedang bertarung sengit dengan rakan segurunya iaitu Kamal(bukan nama sebenar). Tiba-tiba datang Leman menegur,

Leman : Eh, Rizal jom lawan ping pong dgn aku.

Rizal : Ping pong? Dengan kau. Mampu ke? Nanti tak pasal-pasal patah riuk tulang belakang kau nanti. Kau tu, usia dah lanjut. Nanti kalau apa-apa jadi, aku tak nak tanggung.

Leman : Belum cuba try, mane nak tahu.

Rupa-rupanya, Leman begitu hebat dalam sukan ping pong. Tidak hairanlah dia pernah mewakili universiti dalam pertandingan MASUM tahun lalu. Cuma Rizal yang tidak tahu akan hal tersebut kerana dia ketika itu sedang mengikuti rombongan ke Tampoi. Kalah teruk Rizal dibuatnya. Hinggakan Rizal jatuh tersungkur dalam usahanya untuk menampan pukulan Leman. Ternyata kehebatan Leman tidak dapat disangkal lagi.

Dalam hati kecil Rizal,"Huh, hebat betul orang tua ni. Kalah teruk aku dibuatnya. Ish, macam mane ni? Takpa-takpa, esok ada lagi. Tak kan aku nak jatuhkan imej aku sabagai jaguh Kampung Pisang. Ish, itu tidak akan sekali-kali berlaku. Tidak.

Rizal : Eh, nak Maghrib la. Aku balik dulu la Leman, tak elok main ping pong maghrib mcm ni. Esok, kita main lagi. Tak sangka hebat jugak kau eak. Tapi, ok jugak, aku main-main je tadi. Ngan orang tua tak payah nak serius sangat. Oklah. Assalammu'alaikum.

Leman : Wa'alaikumsalam

Dalam hati kecil Leman,"Erm, yelah tu Rizal. Dah tersungkur, tu pun kau cakap main-main. Suka hati kaulah Rizal. Dia tak tahu, tua aku ni, hebat jugak...heh...

Moralnya di sini... hormatilah orang yang lebih tua dari kita. Janganlah biadap atau bersikap bongkak terhadap mereka. The end.

Tuesday, June 16, 2009

Siapa yang paling tua?

Di sebuah universiti awam di selatan tanah air, seorang pensyarah sedang bertanya kepada pelajarnya,

Puan Pensyarah: Leman, awak ada berapa orang adik-beradik?

Leman : Saya ada 6 orang adik beradik puan. Saya anak yang sulung.

Untuk memastikan pelajarnya adalah pelajar yang bijak, Puan Pensyarah bertanya lagi,

Puan Pensyarah: Maknanya awaklah yang paling tua?

Leman : Eh, taklah Puan. Umur saya baru 19 tahun. Datuk saya yang paling tua.
Umurnya dah 65 tahun. Terima kasih Puan.

Maka, Leman pun duduk dengan perasaan yang bangga kerana dapat menjawab pertanyaan Puan Pensyarah itu tadi. Sama ada gurauan ataupun kenyataan, itulah yang berlaku.
Tapi, bagi Puan Pensyarah, beliau merasakan masih ada pelajarnya yang serba kekurangan dari segi kemahiran berfikir.



One Piece Soundtrack... Opening n Ending...

One Piece Opening 11 [Share The World]
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Click READ MORE for the link...

Opening Song:

One Piece OP 1 [We Are].mp3
One Piece OP 2 [Believe].mp3
One Piece OP 3 [Hikari E].mp3
One Piece OP 4 [Bon Voyage].mp3
One Piece OP 5 [Kokoro no Chizu].mp3
One Piece OP 6 [BRAND NEW WORLD].mp3
One Piece OP 7 [Crazy Rainbow].mp3
One Piece OP 8 [Jungle P].mp3
One Piece OP 10 [We Are].mp3
One Piece OP 11 [Share The World].mp3
One Piece OP SPECIAL [We Are- Straw Hat Version].mp3

Ending Song

One Piece ED 1 [Memories].mp3
One Piece ED 2 [Run! Run! Run!].mp3
One Piece ED 3 [Watashi ga iru Yo].mp3
One Piece ED 4 [Shouchi no Suke].mp3
One Piece ED 5 [Before Dawn].mp3
One Piece ED 6 [Fish].mp3
One Piece ED 7 [Glory~Kimi ga iru Kara].mp3
One Piece ED 8 [Shining Ray].mp3
One Piece ED 9 [Free Will].mp3
One Piece ED 10 [Faith].mp3
One Piece ED 11 [A-Z].mp3
One Piece ED 12 [Tsuki to Taiyou].mp3
One Piece ED 13 [Dreamship].mp3
One Piece ED 14 [Mirai Koukai].mp3
One Piece ED 15 [Eternal Pose].mp3
One Piece ED 16 [Dear Friends].mp3
One Piece ED 17 [asu-ga-kuru-kara].mp3
One Piece ED 18 [Adventure World].mp3

Friday, June 12, 2009

Naruto Shippuuden ..... Anime Download..


Naruto Shippuuden Anime Download...
Enjoy...


Click READ MORE for download links...


Naruto Shippuuden 043

Naruto Shippuuden 044

Naruto Shippuuden 050

Naruto Shippuuden 051,052

Naruto Shippuuden 053
Naruto Shippuuden 054

Naruto Shippuuden 055

Naruto Shippuuden 056

Naruto Shippuuden 057,058

Naruto Shippuuden 059

Naruto Shippuuden 060

Naruto Shippuuden 061

Naruto Shippuuden 062

Naruto Shippuuden 063

Naruto Shippuuden 064,065

Naruto Shippuuden 066

Naruto Shippuuden 067

Naruto Shippuuden 070

Naruto Shippuuden 072

Naruto Shippuuden 073

Naruto Shippuuden 074

Naruto Shippuuden 075

Naruto Shippuuden 085

Naruto Shippuuden 091

Naruto Shippuuden 092

Naruto Shippuuden 093

Naruto Shippuuden 094

Naruto Shippuuden 095

Naruto Shippuuden 096

Naruto Shippuuden 097

Naruto Shippuuden 098

Naruto Shippuuden 099

Naruto Shippuuden 100

Naruto Shippuuden 101

Naruto Shippuuden 102

Naruto Shippuuden 103
Naruto Shippuuden 104
Naruto Shippuuden 105
Naruto Shippuuden 106
Naruto Shippuuden 108

Wednesday, June 10, 2009

Cucur udang yang takde udang


Di suatu pagi, Leman pegi la beli kuih kat makcik Senah. Dia tengok semua cucur udang makcik Senah jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut…lalu Leman pun tanye….

Leman : Makcik Senah,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual cucur udang ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke tak bersalah…makcik Senah menjawab…

Makcik Senah : Eh, makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..jadi, makcik pun tak nak letak udang…
Leman : Laa...pulakk....

Nota kaki:-
Kadang-kadang, walaupun namanya mee kerang, belum tentu letak kerang...
ermmm...


Tuesday, June 9, 2009

Penjenayah yang Bijak...


Seorang Ibu mengirim sepucuk surat kepada anaknye yang ditahan di Penjara Dunia kerana disyaki terlibat dalam penghasilan mercun yang boleh meletupkan seluruh dunia....

Bunyinye lebih kurang seperti ini,"Leman, ayah kau ni dah tua, sekarang ni dah musim tanam tebu, tapi kau dah kena tangkap. Macam mana ayah kau nak cangkul tanah sorang-sorang?".

Leman membalas surat tersebut seminggu kemudian,"Ibu, jangan cangkul kebun tu sebab saya tanam semua mercun yang saya buat kat situ.

Sayangnya, surat tu telah dibaca dahulu oleh pihak Penjara Dunia, dan mengarahkan 10 platun tentera mencangkul dan mengorek kebun hingga seharian dan pulang selepas itu.

Kemudian, ayah Leman mengirim surat berbunyi," Leman, lepas ayah dapat surat kau, tentera-tentera datang mencangkul kebun di rumah kita, tapi tiada hasil. Sekarang ni, ape yang ayah perlu buat?".

Leman membalas surat ayahnya,"Apa tunggu lagi, ayah tanam jela tebu-tebunya, kan kebunnya dah dicangkul? Bila jumpa tentera-tentera tu, ucap terima kasih kat diorang.

Pihak Penjara Dunia yang membaca surat itu, menangis dua hari dua malam....