twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, July 11, 2010

Balik Kampung, Part 3..... 4MB...


Sekembali Mohd di rumah sewanya, hatinya sayu. Manakan tidak, hari yang bakal ditempuhi akan dihadapi seorang diri tanpa teman. Masih segar dalam ingatannya selama seminggu di kampung. Bukan mahu meratap, namun hati siapa yang sanggup meninggalkan keluarga di kampung. Mahu tak mahu dia perlu meneruskan pengajian di UILM. Walaupun dia hanya seorang pelajar yang biasa, itu tidak akan sekali-kali melemahkan semangatnya untuk terus menyambung pengajian. Langkah pertama diangkat memasuki rumah sewanya, bahang mula terasa di kaki, lantas dengan kadar yang segera suiz kipas dihidupkan dan sejurus kemudian kipas mula berputar mengurangkan sedikit bahang yang terasa. .....

"Huh, sampai jugak aku. Dahlah kena jalan kaki jauh-jauh. Ni kalau ada air kopi ais ni, sedap jugak,"bisik Mohd sendiri.

Dia pun masuk ke bilik dan mula mengemas barang-barang yang dibawa dari kampung. Kek coklat ada, karipap ada, Kuew Tiau ada, macam-macam ada. Akhir sekali barulah Mohd mengemas Notebooknya. Selesai suiz Notebook dihidupkan, jari telunjuk Mohd diarahkan ke butang Wireless. Namun harapannya hampa tatkala melihat signal internetnya menunjukkan tanda X. Tiba-tiba,...

"Lah, memanglah tak boleh. Modem streamix aku tak pasang. Kalau tak pasang sampai raya cina tahun depan pun internet tak ada. Waduh-waduh," telatah Mohd sendiri.

Dengan pantas, dia pun mengambil modem streamix dan mula memasang modem streamix tersebut. Dia ada misi. Modem streamix itu perlu dihidupkan dengan kadar yang pantas, jika tidak Mohd akan ketinggalan melihat rancangan yang kini sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia, " Germany VS Uruguay ". Misinya sudah selesai dan bila dilihat signal internet di Notebooknya, tulisan EXCELLENT terpampang. Terasa puas bila misi besar itu berjaya dilaksanakan.

Sejurus selepas itu, dia mula melayari internet berbekalkan speed Streamixnya yang mencecah 4MB sesaat. Kelajuan yang tidak terkata ini memberi peluang kepada Mohd memuat turun perlawanan bola sepak tersebut dengan kadar yang sangat pantas. Sementara menunggu video perlawanan bola tersebut dimut turun, Mohd mengambil keputusan untuk mengambil angin petang di luar rumah.

"Eh, banyaknya daun kering kat rumah aku ni,"bisik Mohd.

Menggunakan sebatang penyapu yang tersandar di dinding rumah, Mohd mula menyapu. Seketika kemudian, muncul suatu kereta wira yang dipandu seorang gadis meluncur dihadapan rumahnya dan berhenti untuk membuat Pusingan U. Tiba-tiba,..

"Hai... Awak.."tegur Gadis berkenaan.
"Alamak, ada aweklah pulak. Buat tak tahu je, kata hati Mohd."Eh, tak boleh macam ni. Hai, Assalamualaikum, Mohd membalas.
"Hehe, Waalaikumsalam, balas gadis tersebut.

Dengan seberapa pantas yang mungkin, kereta wira berkenaan laju meninggalkan Mohd, penyapunya dan sampah yang sedang disapu.

Selesai menyapu sampah, Mohd bergegas menuju Notebooknya dan melihat perkembangan muat turunnya, dan dia tersenyum melihat Video perlawanan penuh Germany VS Uruguay menunjukkan status COMPLETE. Tapi...

Bersambung...
(Cerita ini diubah dan diedit daripada hasil Nukilan Asli Pak Mat)