rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, July 7, 2011

Hijab Dunia ... Bahagian 1 ...

Sesekali Amir memandang screen computer yang berada dihadapannya. Terpandang olehnya wallpaper yang menghiasi desktop computer miliknya sejak setahun lalu. Raut gadis manis yang bergelar isteri dipandang dalam-dalam. Betapa wajah itu menenteramkan kalbu sendu yang sentiasa menyelubungi jiwa lelaki Amir. Seketika kemudian terdengar pintu rumah diketuk.

“Amir, Amir, buka pintu ni. Aku dah balik dah.” terdengar jerit pekik Wati di luar rumah.
“Sekejap sayang, abang datang buka pintu ni.” jerit Amir dari dalam.

Sejurus pintu dibuka, terpampang wajah bengis Wati.
“Aku ingat kau pekak, tak dengar aku ketuk pintu. Aku ni dah lah penat bekerja, kau pulak sedap lepak kat rumah kan. Ah, tak kuasa aku layan mamat ni.” keluh Wati sambil berlalu ke biliknya.

Tinggallah Amir terkebil-kebil seorang diri. Darjat seorang suami bagai dipijak-pijak bila dia diherdik sedemikian rupa. Namun, Istighfar dan Tasbih kepada Yang Esa sentiasa di bibir tatkala dia menghadapi situasi tersebut.
“Sayang, nak abang buatkan air tak?” Tanya Amir mempelawa Wati dengan niat menjernihkan keadaan.

“Erm, tak payahlah. Aku dah kenyang tadi makan kat luar. Dah, aku nak pergi tidur ni. Balik-balik penat dah kene melayan kau ni. Tak kuasa aku.” luah Wati penuh bisa. Lalu Wati merebahkan badannya ke katil tanpa mempedulikan perasaan Amir ketika itu. Dengan hampa Amir berlalu ke bilik bacaan dan kembali duduk di hadapan computer kesayangannya. Sekali lagi, wallpaper di desktop komputernya ditatap penuh syahdu. “Wati, ke mana menghilangnya senyum manja Wati pada abang dulu. Abang rindu sangat masa kita mula-mula kahwin dulu.” rintih hati kecil Amir diselangi bunyi cengkerik yang seolah-olah mengiringi kesedihan Amir.

Internet Download Manager 6.07 Build 5 FULL UPDATED [Mediafire LINK]



Download Link Mediafire yang serba pantas untuk IDM yang FULL Patch, disertakan dengan KEYGEN nya sekali....

IDM 6.07 Build 5 FULL Patch + Keygen


Sunday, July 11, 2010

Balik Kampung, Part 3..... 4MB...


Sekembali Mohd di rumah sewanya, hatinya sayu. Manakan tidak, hari yang bakal ditempuhi akan dihadapi seorang diri tanpa teman. Masih segar dalam ingatannya selama seminggu di kampung. Bukan mahu meratap, namun hati siapa yang sanggup meninggalkan keluarga di kampung. Mahu tak mahu dia perlu meneruskan pengajian di UILM. Walaupun dia hanya seorang pelajar yang biasa, itu tidak akan sekali-kali melemahkan semangatnya untuk terus menyambung pengajian. Langkah pertama diangkat memasuki rumah sewanya, bahang mula terasa di kaki, lantas dengan kadar yang segera suiz kipas dihidupkan dan sejurus kemudian kipas mula berputar mengurangkan sedikit bahang yang terasa. .....

"Huh, sampai jugak aku. Dahlah kena jalan kaki jauh-jauh. Ni kalau ada air kopi ais ni, sedap jugak,"bisik Mohd sendiri.

Dia pun masuk ke bilik dan mula mengemas barang-barang yang dibawa dari kampung. Kek coklat ada, karipap ada, Kuew Tiau ada, macam-macam ada. Akhir sekali barulah Mohd mengemas Notebooknya. Selesai suiz Notebook dihidupkan, jari telunjuk Mohd diarahkan ke butang Wireless. Namun harapannya hampa tatkala melihat signal internetnya menunjukkan tanda X. Tiba-tiba,...

"Lah, memanglah tak boleh. Modem streamix aku tak pasang. Kalau tak pasang sampai raya cina tahun depan pun internet tak ada. Waduh-waduh," telatah Mohd sendiri.

Dengan pantas, dia pun mengambil modem streamix dan mula memasang modem streamix tersebut. Dia ada misi. Modem streamix itu perlu dihidupkan dengan kadar yang pantas, jika tidak Mohd akan ketinggalan melihat rancangan yang kini sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia, " Germany VS Uruguay ". Misinya sudah selesai dan bila dilihat signal internet di Notebooknya, tulisan EXCELLENT terpampang. Terasa puas bila misi besar itu berjaya dilaksanakan.

Sejurus selepas itu, dia mula melayari internet berbekalkan speed Streamixnya yang mencecah 4MB sesaat. Kelajuan yang tidak terkata ini memberi peluang kepada Mohd memuat turun perlawanan bola sepak tersebut dengan kadar yang sangat pantas. Sementara menunggu video perlawanan bola tersebut dimut turun, Mohd mengambil keputusan untuk mengambil angin petang di luar rumah.

"Eh, banyaknya daun kering kat rumah aku ni,"bisik Mohd.

Menggunakan sebatang penyapu yang tersandar di dinding rumah, Mohd mula menyapu. Seketika kemudian, muncul suatu kereta wira yang dipandu seorang gadis meluncur dihadapan rumahnya dan berhenti untuk membuat Pusingan U. Tiba-tiba,..

"Hai... Awak.."tegur Gadis berkenaan.
"Alamak, ada aweklah pulak. Buat tak tahu je, kata hati Mohd."Eh, tak boleh macam ni. Hai, Assalamualaikum, Mohd membalas.
"Hehe, Waalaikumsalam, balas gadis tersebut.

Dengan seberapa pantas yang mungkin, kereta wira berkenaan laju meninggalkan Mohd, penyapunya dan sampah yang sedang disapu.

Selesai menyapu sampah, Mohd bergegas menuju Notebooknya dan melihat perkembangan muat turunnya, dan dia tersenyum melihat Video perlawanan penuh Germany VS Uruguay menunjukkan status COMPLETE. Tapi...

Bersambung...
(Cerita ini diubah dan diedit daripada hasil Nukilan Asli Pak Mat)

Monday, December 28, 2009

Berkorban Apa saja...

Walaupun Hari Raya Korban telah lebih kurang sebulan berlalu, namun hikmah dan semangat berkorban itu tidak harus dilupakan. Mengimbau kembali saat-saat menyambut Hari Raya Korban, hati ini terasa sayu kerana mengenangkan betapa indahnya malam raya tersebut. Takbir telah bergema dan masing-masing sibuk menyediakan juadah raya yang bakal dihidangkan pada keesokkan harinya.
...................................................................................................................

“Tapi bila mengenangkan nasib diri ini, aku terasa sedih. Sanggupkah aku berkorban pada esok hari. Di saat semua mata melihat aku dan di saat takbir dialunkan. Silau cahaya besi amat menggerunkan jiwa ini. Tapi bila kufikirkan kembali, aku hanyalah makhluk Allah yang lemah dan tidak berdaya. Demi mereka, aku harus tetapkan tekad. Biarlah apa sekalipun yang terjadi, tiada akan ada perkara yang dapat menghalang azamku ini. Semangat Aidil Adha telah tersemat di daging dan di tulangku. Siapakah aku? Apakah aku? Itu semua sudah tidak menjadi sebarang masalah. Kerana telah termaktub dan telah ditentukan aku akan terkorban di sini. Tali dileherku akan menjadi saksi betapa aku Redha akan segala ketentuan Allah.”

“Hoi Bancik, tengok-tengokkanlah kawan kau tu. Aku tengok dia, sorang-sorang je. Dari semalam kita kena jaga kawan kita ni, janganlah biar dia macam tu je. Walaupun rupa dia tidaklah sekacak mana, tapi aku tahu hati dia baik.”tegur Along kepada Bancik.

“Aku malaslah nak kacau dia Along, aku tengok muka dia sedih je. Tak sampai hati aku nak ganggu dia. Walaupun baru 24 jam kenal dia, tapi aku tau dia ni lain sikit. Dia ni sensetif sikit, tengok muka pun tahu.”balas Bancik.

“Wan, raya kali ni ayah kau ada ambik bahagian ke dalam korban esok ni? Aku tengok ayah kau ngan ayah Hafiz tu bukan main sibuk berbincang tadi.”tanya Angah.

“Ada, ayah aku beria benar nak ambik bahagian. Dia kata tahun ni kene buat korban, murah rezeki katanya.”jawab Wan.

“Berapa ekor Wan?”tanya Bancik pula.

“Ish kau ni Angah, tak kanlah sampai ekor. Ayah aku korban 3 bahagian je. Tu pun dah ok sangat dah tu.”jawab Wan lagi.
Tiba-tiba Azan Isyak pun berkumandang menandakan sudah masuknya waktu Solat Fardhu Isyak bagi Kawasan Parit Sungai Laut dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Bergeraklah mereka berempat ke surau yang kedudukannya betul-betul di hadapan mereka. Kelihatan para jemaah berpusu-pusu menuju ke surau.

Keesokan harinya.......

“Bancik, ooo Bancik. Bangunlah. Dah pukul berapa dah ni. Lepas Subuh tadi semua orang buat keje, tak macam kau ni asik tidur saja. Bangunlah cepat, tengok-tengokkan kawan kau tu.”kata Along kepada Bancik.

“Yalah. Kacau betullah kau ni Along. Baru aku nak tidur lama sikit.”balas Bancik malas.

Maka segeralah Bancik menuju ke arah belakang surau untuk menemani kawan barunya itu. Kelihatannya Lambu keseorangan tanpa sesiapa menemaninya.

“Kesiannya aku tangok kau ni Lambu. Asik sorang-sorang je aku tangok kau ni. Nasib baiklah kau ada kawan macam aku ni, kalau tak macam manalah nasib kau nanti. Sabar lah Lambu ya.”tegur Bancik .

“Aku macam nilah Bancik, nak tak nak aku kene turutkan jugak kemahuan dia orang. Tak kan aku nak mengamuk pulak.”kata Lambu di dalam hati.
...................................................................................................................

Selepas Solat Jumaat, penduduk-penduduk Kampung Parit Sungai Laut beramai-ramai datang ke perkarangan Surau untuk turut serta dalam acara Korban walaupun mereka bukanlah peserta yang melakukan ibadah tersebut.
Pada waktu dan ketikanya, Lambu ditarik dan diikat. Parang tajam diletakkan dilehernya dan upacara korban pun berlangsung. Dengan kalimah Allah dan laungan Takbir. Maka Lambu selamat dikorbankan.

“Hai Bancik, aku tengok kau macam sedih je. Tak kan merana sebab berpisah dengan kawan baru kau tu.”seloroh Angah.

“Taklah Angah, aku sedih mengenangkan betapa besarnya pengorbanan Lambu untuk menjadi binatang korban. Kalau akulah, mesti aku dah lari dah.”balas Bancik.

“Takpelah Bancik, kita-kita ni kan ada. Kawan kau.”sampuk Along.

“Ermm, betul lah tu......

Friday, November 13, 2009

Tukang Kebun Zaman Baru... Part 1,..


Minggu peperiksaan telah pun berada pada minggu yang ketiga. Kebanyakan pelajar UJM4 lebih gemar menelaah pelajaran di rumah sahaja. Tidak kurang juga para pelajar yang berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Setelah satu semester menjalani kuliah, tiba masanya mereka menghadapai peperiksaan akhir bagi semester kali ini. Terlihat jelas pelajar-pelajar di UJM4 amat menitikberatkan pelajaran mereka sehinggakan makan pun sambil membaca buku. Tidak terkecuali bagi Li dan kawan-kawannya. Mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan anugerah Timbalan Naib Canselor pada semester kali ini. Sedang mereka berlima menyusuri laluan di Blog E, tiba-tiba Zoew yang kebetulan lalu di situ menegur mereka,

"Assalammualaikum kawan-kawan, jauh aku cari korang, kat sini rupanya. Cari kat CC tak ada, kat KMS tak ada, kat Masjid tak ada, rupenya kat sini."tegur Zoew.

"Eh, Zoew. Aku ingat mamat kacak mana tadi. Huh, rambut baru tu. Ooo, tu yang kau pergi pekan tadi tu? Rupanya nak potong rambut."sambut Li.

"Hah Zoew, yang kau cari sangat kami ni kenapa?"tanya Edy.

"Aku bukan apa, aku dengar cerita dekat dalam Internet ada satu peluang kerja baik punya. Ni pun Suraya yang bagi tau. Kalau tak aku pun tak tau."jawab Zoew.

"Kerja apa?"soal Shiba.

"Nama laman web tu, kalau tak silap aku, Muka Buku. Tapi aku dengar banyak dah orang jadi kaya. Siap boleh naik-naik level lagi. Macam main game lah pulak. Tapi yang pastinya memang kerja ni sangat-sangat menguntungkan. Kerjanya, kita kena jadi tukang kebun. Tanam pokok, jaga binatang, erm.. banyak lagilah, aku dah lupa apa yang Suraya cakap tadi."terang Zoew panjang lebar.

"Tukang kebun? Boleh percaya ke ni Zoew? Tak kan kerja Tukang Kebun boleh jadi kaya kot? Mushkil betul la."tiba-tiba Edy meragui apa yang dikatakan Zoew tadi.

"Entahlah, aku dengar je. Tu yang aku nak balik tengok laman web tu. Aku ingat nak cuba Osha tengok apa yang ada dalam laman web tu. Hah tu bas dah sampai tu, jom balik. Aku dah tak sabar nak konpemkan betul tak apa yang Suraya cakap tu."tambah Zoew lagi sambil mereka berenam meluru mendapatkan bas untuk pulang ke Asrama masing-masing.

Di dalam bas....

Kathy: Eh Aishah, kau dah hervest belum kebun kau pagi tadi. Dah level berapa dah? Aku dah level 35 dah. Satu hari adalah dalam 100 000 income aku. Takla banyak sangat. Kau?

Aishah: Amboi banyaknya income kau. Aku baru level 20. Entah berapa income aku. Ish.. kayalah kau macam ni kan Kathy.

Kebetulan mereka berenam duduk betul-betul di belakang Aishah dan Kathy. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

"Eh, Zoew. biar betul apa yang dah jadi ni. Sampai 100 000 satu hari. Mak datuk, kayanya. Kalau macam tu aku pun nak keje jadi tukang kebun tu jugak."sergah Faz tiba-tiba.

"Tulah, aku dengar menyirap betul. Mana boleh dibiarkan ni. Tak kan kita nak tengok orang lain kaya, sedangkan kita langsung tak dapat apa-apa."tambah Toni pula.

"Ok, balik ni kita terus mengadap lap top, pastu kita cari apa agaknya yang ada dalam laman web Muka Buku tu."tekad Zoew semakin membara.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Petani Moden")

Thursday, September 17, 2009

Maaf Zahir dan Batin....


Sempena dengan Lebaran yang menjelang tiba, Penulis ingin menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon ampun jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, terlanjur bicara. Semoga anda semua terus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah hendaknya.


Mediafire link...
D'Masiv - Mohon Ampun (Special Edition)

Sunday, September 13, 2009

Ujian Allah kepada Hambanya......


Selepas kelas Pengurusan Alam Sekitar, mereka berenam berpisah dengan Geng Kancil dan menuju ke masjid untuk menunaikan Solat Zohor. Kelihatannya jemaah pada hari itu agak ramai. Begitu meriahnya suasana di masjid dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang tekun beribadat. Ada yang membaca Al-Qur'an, ada yang berzikir dan tidak kurang juga ada pelajar-pelajar yang bersolat sunat. Terasa damai tatkala kaki melangkah masuk ke dalam Rumah Allah itu. Sesungguhnya tiada tempat yang lebih mendamaikan jiwa selain di masjid atau surau, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar kepada hamba yang mengimarahkan rumahNya. Lebih-lebih lagi ketika ini berada di bulan Ramadhan di mana bulan untuk ummat Islam melakukan ibadat sebanyak mungkin.

Mereka berenam terus berIktikaf di masjid hingga ke waktu Asar. Banyak sungguh Ibadat yang dilakukan sehinggakan mereka tidak menyedari sudah hampir masuknya waktu Asar. Mereka terpaksa berada di kampus hingga malam nanti untuk menghadiri Ujian Subjek Dota di bangunan F12 yang kedudukannya betul-betul bersebelahan dengan Dataran Kura-kura pada pukul 9 malam. Selesai sahaja Solat Asar, mereka berenam pun bergegas menuju ke Bilik Seminar F9 di Blok L untuk menghadiri Kelas Reka Cipta. Sampai sahaja di Bilik Seminar F9, Encik Zainol sudah pun tercegat di hadapan kelas sambil menunggu pelajar-pelajar masuk ke dalam kelas.

"Assalammualaikum. Semua pelajar dah masuk kelas? Baiklah, saya nak awak semua bentangkan proposal projek Reka Cipta awak."arah Encik Zainol.

Menurut Encik Zainol, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta suatu ciptaan yang baru dan kreatif yang boleh memudahkan kehidupan seharian manusia. Kumpulan demi kumpulan membentangkan proposal mereka. Tetapi malangnya tidak ada satu pun proposal yang diterima. Akhir sekali barulah Kumpulan Faz dan kawan-kawan membentangkan proposal mereka. Dengan berbekalkan kegeniusan Faz dan kecerdikan Li, mereka membentangkan proposal mengenai rekaan Tandas Bergerak. Mereka bernasib baik kerana Encik Zainol menerima proposal mereka memandangkan rekaan itu agak hebat jika nak dibandingkan dengan rekaan kumpulan-kumpulan yang lain.

Kelas Reka Cipta tamat pada pukul 6.30. Mereka tidak sempat untuk pulang ke Asrama memandangkan Bas tiada pada masa tersebut. Jadi, mereka berenam mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Masjid sementara menunggu 9 malam nanti. Suasana majlis berbuka puasa pada hari itu agak meriah dan diserikan lagi dengan juadah berbuka puasa yang enak. Hidangan pada hari itu adalah kari ayam.

Setelah azan Maghrib berkumandang, masing-masing terus berbuka puasa diselangi gelak ketawa dan kegembiraaan kerana dapat menyempurnakan puasa pada hari itu.

"Erm, Alhamdulillah. Sedap betul juadah hari ni kan Edy."sapa Zoew.

"Alhamdulillah. Berkat puasa yang telah disempurnakan, dan ditambah pulak dengan suasana masjid yang di penuhi dengan keberkatan dan keredhaan Allah, sekalipun kita hanya makan sebiji kurma, itu sudah mampu untuk mengenyangkan perut kita Zoew."jawab Edy panjang lebar.

Selesai Solat Maghrib, mereka bergegas menuju ke Bangunan F12 untuk menduduki Ujian Dota. Walaupun hari itu merupakan hari yang agak memenatkan, mereka redha dengan segala kepayahan kerana ia juga merupakan salah satu ujian yang Allah berikan kepada hambaNya.

Selesai sudah Ujian Dota, mereka pulang ke Asrama dengan menaiki Bas....


Syawal semakin hampir... saat Aidi Fitri diraikan....pasti kami akan merinduimu Ramadhan....

Saturday, September 12, 2009

Kelas dah Start.. Part 8, Tragedi ...


Seperti biasanya, 6 sekawan iaitu Faz, Toni, Edy, Zoew, Li dan Shiba perlu menghadiri kelas Pengurusan Alam Sekitar di Dewan Kuliah Z. Tambahan pula, rakan serumah mereka iaitu Amran, Samad dan Rizal yang digelarkan Geng Kancil pun masuk ke kelas yang sama. Seperti selalunya, Puan Rosmah akan masuk ke Dewan Kuliah agak lambat memandangkan jarak yang agak jauh dari tempat meletak kereta ke Dewan Kuliah Z.

"Selamat pagi semua. Baiklah. Sebelum saya meneruskan pembelajaran kita pada hari ini, saya nak Edy dan Samad datang ke depan. Baiklah, erm awak berdua perlu bina satu projek yang berkaitan dengan pokok-pokok dan bagaimana pokok itu dapat diuruskan berdasarkan apa yang awak dah belajar setakat ini."panjang lebar arahan Poan Rosmah.

"Baiklah Puan."sambut Edy dan Samad serentak.

"Ok, Edy. Samad. Awak boleh duduk di tempat awak."arah Puan Rosmah.

"Terima kasih Puan."kata Edy.

"Baiklah, hari ini saya ingin menerangkan tentang bagaimana sesuatu projek itu dilaksanakan. Saya nak, awak semua sila beri perhatian. Taufik, saya tak nak tengok awak tidur atau main-main dalam kelas saya."tiba-tiba nama Taufik dibangkitkan.

Setelah setengah jam kelas berjalan, kelihatan perhatian para pelajar ketika itu semakin berkurangan. Shiba dilihat berbual-bual dengan Zulkefli. Edy pula lebih selesa duduk di sebelah Samad. Kebetulan, buah hati Amran iaitu Ziana duduk di hadapan Edy.

"Eh, Amran. Aku tengok awek kau ni senyap je. Kau gaduh dengan dia ke?"tiba-tiba Samad memulakan perbualan tanpa menghiraukan Puan Rosmah yang sedang sibuk mengajar di depan.

"Issh, kau ni Samad. Kau janganlah kacau si Amran tu. Dia tengah tension sebab motor dia hampir kene langgar dengan kereta tadi."sampuk Rizal.

"Ha? Biar betul Amran. Bukan tadi kau ada Kelas Bahasa Perancis ke?"tanya Samad lagi.

"Yelah Samad. Balik dari Kelas Bahasa Perancis tadi, terus aku pergi kat tempat biasa aku parking motor aku, kau tau kan yang dekat dengan CIMBANK tu. Lepas tu baru aku nak cucuk kunci kat motor aku, tiba-tiba ada kereta dari depan tengah reverse nak langgar motor aku. Aku apa lagi, jeritlah kat kereta tu. Macam mana ambik lesen kereta dia orang ni. Macam tu pun boleh tak nampak."panjang lebar cerita Amran.

"Ooo, macam tu. Patutla ketat semacam je muka kau. Aku ingat kau gaduh ngan Ziana tadi."sempat lagi Samad berseloroh.

Tiba-tiba, kedengaran ada pensel jatuh di hadapan Shiba. Edy turut menyedari hal itu kerana dia terperasan pensel Ziana yang jatuh di hadapan Shiba. Tanpa dipinta, Shiba dengan pantas mengambil pensel tersebut dan menyerahkan pensel tersebut kepada Ziana. Pada mulanya, Shiba tidak menyedari siapa gerangan yang duduk di belakangnya. Semasa ingin menyerahkan pensel itu kepada Ziana, Shiba berpaling ke belakang dan di saat pensel itu bertukar tangan Shiba sekali lagi memandang Ziana.

"Terima kasih."kata Ziana.

"Sama-sama."balas Shiba.

Amran yang ketika itu menyedari apa yang berlaku cuba untuk berlagak tenang. Tapi, Edy dapat menghidu cemburu yang tiba-tiba menyala dari mata Amran. Masakan tidak cemburu, di mata Amran, Ziana bagaikan bidadari syurga yang turun dari kayangan dan diciptakan untuknya. Perwatakan Ziana yang sopan, cara pakaian yang menutup aurat sudah cukup untuk membuktikan Zianalah gadis idaman yang menjadi buah hati Amran. Cuma Amran dah Ziana tidak pernah dilihat berdua kerana Ziana merupakan gadis yang tidak suka dengan cara begitu. Ziana lebih selesa jika mereka hanya berhubung melalui Yahoo Messenger sahaja. Hati lelaki mana yang tidak cemburu melihat buah hatinya dipandang sebegitu rupa. Tetapi, hakikatnya Shiba tidak pernah untuk mengambil kisah tentang insiden itu. Rupa-rupanya sebab mengapa dia berpaling buat kali kedua hanyalah kerana dia tidak menyangka Ziana duduk betul-betul di belakangnya. Tidak terlintas di benak Shiba untuk mengkhianati persahabatan yang terjalin antara dia dan kawan-kawan serumahnya memandangkan mereka bertuduh di bawah bumbung yang sama.

"Baiklah, saya harap awak semua faham dengan apa yang saya terangkan sebentar tadi. Edy! Apa yang awak sibukkan tu? Saya tengok awak ni asyik berbual saja. Apa masalah awak sebenarnya? Kalau awak tak faham, awak boleh bertanya pada saya. Bukan berborak kat belakang tu."Puan Rosmah tiba-tiba menegur Edy yang sedang menyerahkan Borang Kedatangan kepada Li.

Edy tidak menyangka hanya kerana menyerahkan borang tadi dia diherdik sebegitu rupa. Taufik yang ketika itu sedar dengan suasana tersebut ketawa menyindir Edy. Edy tidak menyangka sampai begitu sekali dia dibenci. Sedangkan selama ini dia tidak pernah untuk bermain-main di kelas Puan Rosmah kerana dia amat meminati subjek ini. Semua mata mula terarah kepada Edy. Dan yang paling menyedihkan, Yaya juga turut ketawa seolah-olah menyindir Edy.

"Yaya, sampai hati awak ketawakan saya. Di manakah rasa simpati yang dulu saya kagumi dalam diri awak. Bukankah kita kawan baik. Ya Allah, sesungguhnya Ramadhan ini banyak mengajar aku apa itu Sabar. Terlalu banyak ujian yang kau berikan kepadaku. Aku hanyalah Hamba yang lemah lagi hina yang amat-amat memerlukan bantuanmu Ya Allah. "desis hati Edy meratap.

Edy tetap bersabar dengan segala ujian yang diberikan kepadanya. Dia sedar siapalah dia untuk dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia hanyalah budak kampung yang dilahirkan dalam keluarga yang susah. Apatah lagi Edy bukanlah pelajar yang bijak. Dia seringkali tercicir jika pelajaran di dalam kelas sedang berjalan. Biarlah semua ini berlalu, hanya sabar yang disisipkan di hati Edy.

"Ok, kita ada masa lagi setengah jam. Saya nak awak semua bentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang untuk Assignment kedua ni. Saya nak sebelum kelas berakhir semua pelajar dah ada kumpulan. Lagi satu saya nak setiap kumpulan campur, ada lelaki dan ada perempuan."arah Puan Rosmah lagi.

Para pelajar di Dewan Kuliah Z mula bertempiaran mencari ahli yang dikehendaki. Setelah semuanya selesai, tinggallah Edy dan Shiba yang tidak mempunyai ahli kumpulan yang cukup.

"Eh, tak kan tak ada perempuan yang nak satu kumpulan dengan kita Edy?"tanya Shiba.

"Entahlah Shiba, mungkin sebab ada aku. Tu yang budak perempuan tak nak masuk kumpulan kau. Sorilah Shiba, disebabkan aku tak ada perempuan yang nak masuk kumpulan kau."jawab Edy sambil memandang pilu ke arah kumpulan-kumpulan yang sudah lengkap dengan ahli masing-masing.

"Eh, aku tak kisahlah Edy. Aku tak kisah pun. Nanti adalah tu perempuan yang nak masuk kumpulan kita."pujuk Shiba.

"Erm, Edy. Kumpulan awak ada kosong lagi tak?"tiba-tiba ada suara di belakang Edy.

"Eh, Syafiqah. Awak tak ada kumpulan lagi ke?"tanya Edy sejurus menoleh Syafiqah yang kelihatan ayu berbaju kurung hijau.

"Belum lagilah Edy. Tu yang saya nak masuk kumpulan awak tu. Ermm, tapi kalau awak tak sudi, takpelah. Saya cari kumpulan lain. Mungkin tak ada orang yang nak satu kumpulan dengan saya."rajuk Syafiqah tiba-tiba.

"Erm, yelah Syafiqah. Tu pun kalau awak tak kisah satu kumpulan dengan saya."pancing Edy.

"Ala, kenapa awak cakap macam tu. Saya lagi suka satu kumpulan dengan awak."tambah Syafiqah lagi.

"Er, kalau macam tu siapa lagi seorang yang nak jadi kumpulan kita ni?"tanya Edy lagi.

"Aisyah, tu dia ada kat sana tu."jawab Syafiqah sambil menuding ke arah gadis bertudung hijau di belakang Dewan Kuliah.

"Oo, yelah. Nanti saya bagitahu Shiba. Terima kasihlah Syafiqah sebab nak masuk kumpulan saya."tambah Edy penuh makna. Dia tidak menyangka Syafiqah begitu baik dan tidak pernah mementingkan diri sendiri.

"Sama-sama. Ni nombor phone saya. Nanti kalau awak nak buat meeting call lah saya. Ok."jawab Syafiqah sambil berlalu ke tempat duduknya.

"Eh, Edy. Apa yang kau bualkan dengan Syafiqah tadi? Ada apa-apa ke ni?"tegur Shiba tiba-tiba.

"Ish, kau ni. Mana ada. Dia nak masuk kumpualan kita lah Shiba dengan budak perempuan tudung hijau tu."jawab Edy.

"Haa, kan aku dah cakap. Mesti ada punya budak perempuan yang nak masuk kumpulan kita."tambah Shiba.

"Betullah kata kau Shiba. Sesungguhnya sabar itu pasti akan dibalas dengan rahmat dan nikmat."fikir Edy.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Tuesday, September 8, 2009

Kelas dah Start.. Part 7, Meniru dan 'Adik'nya...


Pagi itu seperti biasa, Faz, Shiba, Toni, Li, Zoew dan Edy bersama-sama menaiki bas ke Kampus UJM4 untuk menghadiri kelas Sistematik Analogi di Makmal Biologi. Menurut Encik Johan, kelas pada pagi ini akan membincangkan topik Carta Gantt. Masih melekat kata-kata Encik Johan dalam kepala Edy,

"Baiklah, minggu depan saya nak awak semua datang pada masa yang sepatutnya. Jangan saya dah sampai setengah jam, awak semua baru sampai. Lebih-lebih lagi kumpulan awak Edy. Awak dengan kawan-kawan awak selalu lambat ke makmal. Saya tak mahu tahu apa masalahnya. Apa yang saya nak, awak semua kena ada di makmal sebelum pukul 10."panjang lebar ceramah Encik Johan.

"Balik-balik nama aku jugak yang dia sebut. Nama orang lain dia tak nak sebut."ngomel Edy sendiri.

"Hoi Edy, dah sampai dah ni. Kau tak nak turun ke? Dah, cepat turun. Erm, terima kasih bang."tegur Shiba sambil turun dari bas dan mengucapkan terima kasih kepada Abang Driver Bas.

"Takdela Shiba, aku teringat apa yang Encik Johan cakap hari tu."tegur Edy sebaik sahaja turun dari bas.

"Ala Edy, takpela. Dah memang kita yang selalu lambat kan."sampuk Toni tiba-tiba.

"Aku kadang-kadang cemburu tengok Taufik. Dahlah markah Quis dia tinggi, assignment tak pernah lambat hantar. Aku rasa sebab tulah Lecturer semua suka kat dia kan."tambah Edy lagi.

Sebaik sahaja sampai di pintu Makmal, Faz pun memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam makmal. Ternyata ramai lagi pelajar yang belum sampai. Mereka pun duduk di tempat biasa yang menjadi port mereka.

Lima minit kemudian, makmal tersebut mulai penuh dengan pelajar-pelajar yang baru sampai. Tiba-tiba tersembul muka Taufik bersama dengan kawan baiknya Hapiji. Taufik pun duduk di belakang Shiba. Hapiji terpaksa duduk di bahagian depan kerana tiada tempat kosong di tempat lain.

Lama Taufik merenung komputernya. Rupa-rupanya komputer tersebut rosak. Dengan sepantas kilat, Taufik mengubah tempat duduk di sebelah Shiba. Shiba yang ketika itu sedang menyiapkan kerjanya terkejut ayam melihat Taufik tiba-tiba duduk di sebelahnya.

Sedang leka menyiapkan kerjanya, Shiba tersedar yang jawapan Taufik lebih kurang sama dengan jawapannya. Shiba mula berasa tidak sedap hati. Dia merasakan yang Taufik telah meniru jawapannya. Dengan kemahiran komputer yang tinggi serta kebijaksanaan yang ada dalam diri, Shiba bertungkus lumus menyiapkan kerjanya sepantas mungkin. Taufik pula terkial-kial membuat kerjanya. Setelah selesai semua kerja, Shiba dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Leman di perhentian bas.

"Eh Leman, kau tunggu siapa ni? Kau kan tak ada kelas hari ni."tegur Edy.

"Erm, aku ada kerja kat Library. Korang gerak dulula."jawab Leman.

Semenjak dua menjak ini, Leman sering dilihat memegang handsetnya. Menurut Li, Leman kini sudah berkenalan dengan seorang gadis. Yang peliknya, mereka tidak tahu gadis mana yang dimaksudkan. Cuma setiap kali melihat Leman berSMS, dia asti akan mengatakan,'aku tengah mesej ngan adik aku'.

"Eh Li, aku tengok Leman asyik mesej ngan adik dia je. Tak kan banyak sangat cerita yang nak dia cerita kat adik dia tu. Setahu aku, sebelum ni, jarang pulak aku tengok dia mesej dengan adik dia."tanya Edy melihat perbezaan kelakuan Leman.

"Ala Edy, tu bukan adik dia. Tu 'Adik' dia. Nama dia aku tak tau. Yang aku tahu 'Adik' dia tu suka wanra pink, yang lain aku tak tahu. Kau tanyalah sendiri dengan Leman."jawab Li.

"Erm, takpelah. Pandai-pandaila Leman tu. Dah besar dah kan."tambah Edy."Eh, Li. Aku tak nampak Zoew dengan Faz pun, mana dia pergi?"tanya Edy lagi.

"Entahlah, aku pun tak tahu. Dah lah, aku nak pergi bazar ni. Kau nak ikut tak? Kalau nak ikut, cepat sikit. Aku dah lambat dah ni. Nanti habis pulak karipap kat kedai mak cik hujung bazar tu."sambung Li lagi.

"Yelah, tunggu kejap. Aku nak ambik duit aku kejap."jawab Edy.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

Monday, August 31, 2009

Ramadhan ini Mengajar Kita Tentang Sabar....


Ramadhan telah pun memasuki hari ke lima belas. Cepat sekali masa berlalu dan sudah melepasi separuh Ramadhan. Banyakkah ibadat yang telah dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita renung-renungkan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, manusia sibuk berlumba-lumba untuk melakukan sebanyak ibadah yang mungkin. Tidak terkecuali bagi Shiba, Edy, Zoew, Faz, Toni, Li, dan Leman. Mereka merasakan betapa ruginya jika bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dihabiskan begitu sahaja. Peluang ini digunakan mereka untuk mempertingkatkan ibadah dan amal Soleh yang selama ini jarang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Ini termasuklah Solat Sunat Tarawikh, Solat Sunat Witir, dan Solat Sunat Rawatib. Mereka juga sering berbuka puasa di surau dengan niat untuk mengimarahkan lagi surau di universiti mereka selain salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah yang Maha Esa.

Pada tepat hari ke lima belas Bulan Ramadhan, seluruh UJM4 telah dijemput untuk satu majlis berbuka puasa bersama Ayahanda mereka iaitu Encik Said di surau UJM4. Melihatkan juadah berbuka puasa pada hari itu, kelihatannya 15 ramadhan ini merupakan hari yang paling bermakna buat mereka kerana dapat berbuka puasa bersama Ayahanda tercinta.

"Eh Leman, kita makan apa hari ini?"tanya Edy.
"Hari ni makan sedap Edy, Nasi tomato dengan Ayam Kurma. Aku nampak ayahanda bawak masuk dalam dewan makan tadi."jawab Leman."Eh, dah pukul 7.16 ni. Dah nak berbuka dah ni. Tapi, Ayahanda tak sampai lagi ni."sambung Leman lagi.
"Ala Leman, biasalah tu. Orang dah ada keluarga, memangla macam tu."tambah Toni.

"Assalammualaikum semua. Apalah yang dibincangkan tu, entah-entah kutuk saya tak."tiba-tiba Encik Said muncul di depan pintu Dewan Makan.
"Eh, tak ada apalah Ayahanda. Saja, borak-borak pasal raya."belit Zoew.

Tiba-tiba, Azan Maghrib berkumandang menandakan sudah masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa.

"Anak-anak, ha tunggu apa lagi. Tapi sebelum tu, Abang Dan tolong imamkan bacaan Doa sebelum kita berbuka ni."pinta Encik Said.

Mereka pun makan dengan suasana yang sungguh harmoni. Bukan selalu mereka dapat berbuka puasa bersama Ayahanda mereka. Peluang ini tidak sesekali disia-siakan malah mereka begitu seronok dapat berbuka puasa bersama.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Sudah tiba masanya mereka menunaikan Solat Tarawikh secara Berjamaah selepas Solat Isyak sebentar tadi. Walaupun ia hanyalah sekadar ibadah Sunat, namun tidak tergambar betapa hati mereka terasa damai menghadap Tuhan sekalian alam terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.

****************************************************************

Esoknya, ketika kelas Pendidikan Islam sedang berjalan, kelihatan Edy, Shiba, Faz, dan Toni sedang tekun mendengar Kuliah dari Ustad Man.

"Bulan Ramadhan mengajar kita tentang sabar. Sabar dari segala bentuk ujian. Janganlah kita bermusuh sesama kita dan benci membenci sesama sendiri. Kita sepatutnya bersatu dan bersama dalam melakukan apa jua aktiviti. Sebab itulah kita dituntut untuk selalu ke surau atau masjid supaya kita dapat menjalin Ikatan Persaudaraan antara Ummat Islam. Jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian kepada orang lain."panjang lebar penerangan Ustad Man pada hari itu. Sesungguhnya tajuk Puasa amat dititikberatkan memandangkan betapa Bulan Ramadhan ini merupakan Bulan Keberkatan yang penuh dengan Nikmat dan Rahmat.

Selesai sahaja kelas Pendidikan Islam pada pagi itu, mereka merasakan betapa Bulan Ramadhan ini mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Ramadhan ini mengajar kita erti Sabar. Sabar, sabar, sabar. Perkataan yang tiba-tiba bermain di benak Zoew.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")