twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, July 7, 2011

Hijab Dunia ... Bahagian 1 ...

Sesekali Amir memandang screen computer yang berada dihadapannya. Terpandang olehnya wallpaper yang menghiasi desktop computer miliknya sejak setahun lalu. Raut gadis manis yang bergelar isteri dipandang dalam-dalam. Betapa wajah itu menenteramkan kalbu sendu yang sentiasa menyelubungi jiwa lelaki Amir. Seketika kemudian terdengar pintu rumah diketuk.

“Amir, Amir, buka pintu ni. Aku dah balik dah.” terdengar jerit pekik Wati di luar rumah.
“Sekejap sayang, abang datang buka pintu ni.” jerit Amir dari dalam.

Sejurus pintu dibuka, terpampang wajah bengis Wati.
“Aku ingat kau pekak, tak dengar aku ketuk pintu. Aku ni dah lah penat bekerja, kau pulak sedap lepak kat rumah kan. Ah, tak kuasa aku layan mamat ni.” keluh Wati sambil berlalu ke biliknya.

Tinggallah Amir terkebil-kebil seorang diri. Darjat seorang suami bagai dipijak-pijak bila dia diherdik sedemikian rupa. Namun, Istighfar dan Tasbih kepada Yang Esa sentiasa di bibir tatkala dia menghadapi situasi tersebut.
“Sayang, nak abang buatkan air tak?” Tanya Amir mempelawa Wati dengan niat menjernihkan keadaan.

“Erm, tak payahlah. Aku dah kenyang tadi makan kat luar. Dah, aku nak pergi tidur ni. Balik-balik penat dah kene melayan kau ni. Tak kuasa aku.” luah Wati penuh bisa. Lalu Wati merebahkan badannya ke katil tanpa mempedulikan perasaan Amir ketika itu. Dengan hampa Amir berlalu ke bilik bacaan dan kembali duduk di hadapan computer kesayangannya. Sekali lagi, wallpaper di desktop komputernya ditatap penuh syahdu. “Wati, ke mana menghilangnya senyum manja Wati pada abang dulu. Abang rindu sangat masa kita mula-mula kahwin dulu.” rintih hati kecil Amir diselangi bunyi cengkerik yang seolah-olah mengiringi kesedihan Amir.

“Abang, makanan dah siap ni. Turun makan dulu, nanti sambung buat kerja tu balik.” Jerit Wati memanggil suaminya.

“Ya, abang turun ni. Wah, macam sedap je. Asam pedas ikan pari, lauk kegemaran abang ni. Makan jangan tak makan.” telatah Amir sambil dilihat isterinya yang sibuk menuangkan air mangga ke dalam gelas.

“Makan pelan-pelanlah sayang, cepat-cepat nak pergi mana ni?” sapa Wati melihat Amir sedikit gelojoh menyantap makanan.
“Ala, sedap ni. Mana boleh tahan, Wati pun marilah duduk makan sekali. Tak seronoklah makan sorang-sorang.” balas Amir pula.

“Yelah, Wati makan jugaklah ni. Lepas ni kita tengok tv sama-sama, ok tak.” tambah Wati lagi. Kedua suami isteri ini tersenyum sambil menghabiskan makanan dihadapan mereka.

Air mata sendu tiba-tiba mengalir di pipi Amir tatkala terkenangkan kenangan itu. Di hati hanya Tuhan yang tahu betapa dia mendambakan kasih sayang seorang isteri di saat ini.
Kadang-kala Amir teringat akan kata-kata Ustaz di universiti dulu. “Sebagai seorang suami, kesabaran dan kemaafan harus diamalkan setiap detik, kerana itu adalah senjata bagi pemimpin rumahtangga.”
Namun, Amir tidak sanggup untuk menahan kesabaran dek sikap dan tingkah laku Wati yang tiba-tiba berubah hanya kerana salah faham semata-mata.

“Selamat pagi Sheila, boleh tak awak bawakkan saya laporan kewangan syarikat kita untuk tahun 2009. Saya nak buat checking sikit.” arah Amir kepada setiausahanya.
“Baik Encik Amir.” jawab Sheila dan kemudiannya bergegas mencari laporan yang diminta Amir. Setelah beberapa minit mencari die pun menjumpai laporan yang dimaksudkan. Lalu, dia bergegas ke bilik Amir.

“Ini dia Encik Amir, laporan yang Encik Amir nak tu.” Sheila menghulurkan laporan yang diminta sambil melemparkan senyuman.
“Oh, terima kasih Sheila. Awak boleh sambung buat kerja awak.” balas Amir pula.
“Erm, satu lagi Sheila. Kalau boleh esok dan seterusnya saya nak awak pakai pakaian yang elok sikit ya. Saya tak nak awak pakai pakaian yang macam ni bila datang ke pejabat.” tambah Amir lagi.

Sheila mula melirik melihat susuk tubuhnya sendiri dari atas hingga ke bawah. Blouse ketat yang mendedahkan sebahagian besar dadanya ditambah pula skirt pendek paras peha dilihat agak seksi bila dikenakan untuk ke pejabat. Namun itulah amalan Sheila yang langsung tidak memikirkan baik buruk teguran Amir tadi.
“Baiklah Encik Amir.” balas Sheila dan berlalu keluar dari bilik Amir.
Bagi Sheila, Amir merupakan majikan yang baik. Seorang yang tegas tetapi bertimbang rasa. Pernah juga dia terserempak Amir dan isterinya bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Terlihat keakraban dan keserasian bila melihat mereka berdua. Kadang-kala rakan sepejabat Sheila pernah berborak mengenai Amir. Kebanyakannya mengatakan Amir seorang suami yang sangat baik. Tuntutan dan tanggungjawab sebagai seorang suami tidak pernah diabaikan.

Sheila kemudian tersenyum sendiri. “Kalaulah Encik Amir tu aku punya, kan seronok. Dahlah handsome, kaya pulak tu. Aku mesti buat sesuatu.” angan Sheila sendirian.


Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Amir pun mula berkemas untuk pulang ke rumah. Dia tersenyum riang merasakan tidak sabar untuk berjumpa isteri kesayangan di rumah. Walaupun hanya beberapa jam berenggang, hati Amir terasa membuak-buak merindukan isterinya. Kunci kereta digenggam kemas dan dia bergegas turun ke tingkat bawah melalui tangga. Sampai sahaja di kereta, tiba-tiba sahaja Sheila menjerit memanggil namanya.

“Encik Amir, Encik Amir.” jerit Sheila sekuat hati.
“Eh, kenapa ni Sheila terjerit-jerit. Saya tak pekaklah.” sahut Amir.
“Encik Amir, boleh tak kalau saya nak tumpang Encik Amir. Kereta saya rosaklah.” kata Sheila.
“Erm, maaflah Sheila. Tempat duduk sebelah saya ni, Cuma isteri saya saja yang boleh duduk. Awak mintak tolong orang lain sajalah ya. Saya nampak Rozy baru nk balik tadi. Cuba awak Tanya dia.” balas Amir.
Baginya Wati merupakan amanah Tuhan yang harus dijaga kehormatan dan martabatnya sebagai seorang isteri. Amir tidak akan sekali-kali menduakan Wati walaupun dalam hal kecil seperti tumpang menumpang ini. Dia tidak mahu api fitnah membakar rumahtangganya.

“Ala Encik Amir, bolehlah. Tak kan saya nak jalan kaki. Kaki saya sakitlah Encik Amir.” rengek Sheila manja sambil membongkok mengurut-urut betis putihnya. Sheila mula memancing undi. Dia pasti Amir juga seorang lelaki yang mempunyai nafsu.

“Astaghfirullahalazim, tak boleh Sheila. Saya kena balik ni. Awak balik sendiri ya.” Amir terpaksa meninggalkan Sheila. Dia takut semua ini akan melarat. Dengan pantas, dia meluru masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta. Enjin kereta dihidupkan dan dengan pantas pedal minyak ditekan laju meninggalkan parking kereta.

“Erm, nampaknya susah juga nak pancing Amir ni. Takpe, aku akan guna cara lain pulak.” bebel Sheila sendirian sambil ligat memikirkan misinya untuk memikat Amir.



Bersambung .......

4 comments:

zaisz said...

wah sedihnyer hijab kasih ni...nyaris2 menitis air mata...ape sambungan die...xsabar nk tunggu

eima said...

ala sambung la plak ...

zaisz said...

mane Bahagian 2 ni....

outbound malang said...

semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..