twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, August 31, 2009

Ramadhan ini Mengajar Kita Tentang Sabar....


Ramadhan telah pun memasuki hari ke lima belas. Cepat sekali masa berlalu dan sudah melepasi separuh Ramadhan. Banyakkah ibadat yang telah dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita renung-renungkan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, manusia sibuk berlumba-lumba untuk melakukan sebanyak ibadah yang mungkin. Tidak terkecuali bagi Shiba, Edy, Zoew, Faz, Toni, Li, dan Leman. Mereka merasakan betapa ruginya jika bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dihabiskan begitu sahaja. Peluang ini digunakan mereka untuk mempertingkatkan ibadah dan amal Soleh yang selama ini jarang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Ini termasuklah Solat Sunat Tarawikh, Solat Sunat Witir, dan Solat Sunat Rawatib. Mereka juga sering berbuka puasa di surau dengan niat untuk mengimarahkan lagi surau di universiti mereka selain salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah yang Maha Esa.

Pada tepat hari ke lima belas Bulan Ramadhan, seluruh UJM4 telah dijemput untuk satu majlis berbuka puasa bersama Ayahanda mereka iaitu Encik Said di surau UJM4. Melihatkan juadah berbuka puasa pada hari itu, kelihatannya 15 ramadhan ini merupakan hari yang paling bermakna buat mereka kerana dapat berbuka puasa bersama Ayahanda tercinta.

"Eh Leman, kita makan apa hari ini?"tanya Edy.
"Hari ni makan sedap Edy, Nasi tomato dengan Ayam Kurma. Aku nampak ayahanda bawak masuk dalam dewan makan tadi."jawab Leman."Eh, dah pukul 7.16 ni. Dah nak berbuka dah ni. Tapi, Ayahanda tak sampai lagi ni."sambung Leman lagi.
"Ala Leman, biasalah tu. Orang dah ada keluarga, memangla macam tu."tambah Toni.

"Assalammualaikum semua. Apalah yang dibincangkan tu, entah-entah kutuk saya tak."tiba-tiba Encik Said muncul di depan pintu Dewan Makan.
"Eh, tak ada apalah Ayahanda. Saja, borak-borak pasal raya."belit Zoew.

Tiba-tiba, Azan Maghrib berkumandang menandakan sudah masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa.

"Anak-anak, ha tunggu apa lagi. Tapi sebelum tu, Abang Dan tolong imamkan bacaan Doa sebelum kita berbuka ni."pinta Encik Said.

Mereka pun makan dengan suasana yang sungguh harmoni. Bukan selalu mereka dapat berbuka puasa bersama Ayahanda mereka. Peluang ini tidak sesekali disia-siakan malah mereka begitu seronok dapat berbuka puasa bersama.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Sudah tiba masanya mereka menunaikan Solat Tarawikh secara Berjamaah selepas Solat Isyak sebentar tadi. Walaupun ia hanyalah sekadar ibadah Sunat, namun tidak tergambar betapa hati mereka terasa damai menghadap Tuhan sekalian alam terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.

****************************************************************

Esoknya, ketika kelas Pendidikan Islam sedang berjalan, kelihatan Edy, Shiba, Faz, dan Toni sedang tekun mendengar Kuliah dari Ustad Man.

"Bulan Ramadhan mengajar kita tentang sabar. Sabar dari segala bentuk ujian. Janganlah kita bermusuh sesama kita dan benci membenci sesama sendiri. Kita sepatutnya bersatu dan bersama dalam melakukan apa jua aktiviti. Sebab itulah kita dituntut untuk selalu ke surau atau masjid supaya kita dapat menjalin Ikatan Persaudaraan antara Ummat Islam. Jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian kepada orang lain."panjang lebar penerangan Ustad Man pada hari itu. Sesungguhnya tajuk Puasa amat dititikberatkan memandangkan betapa Bulan Ramadhan ini merupakan Bulan Keberkatan yang penuh dengan Nikmat dan Rahmat.

Selesai sahaja kelas Pendidikan Islam pada pagi itu, mereka merasakan betapa Bulan Ramadhan ini mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Ramadhan ini mengajar kita erti Sabar. Sabar, sabar, sabar. Perkataan yang tiba-tiba bermain di benak Zoew.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

1 comment:

wanita mutalib said...

wah adik nih..

buat akak tertanya2 sambungan nya

ihiks :)