twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, August 11, 2009

Balik Kampung Lagi.... Cuti awal...


Penularan wabak H1N1 menggemparkan UJM4. Tidak disangka universiti mereka turut terdedah kepada wabak merbahaya itu. Bukan untuk ditakuti, namun ia seakan-akan satu fenomena yang menimbulkan kegusaran dalam hati para pelajar UJM4. Lebih-lebih lagi Toni dan kawan-kawannya. Baru-baru ini, asrama mereka telah dijadikan markas sementara untuk menempatkan para pelajar yang disyaki mempunyai simptom H1N1 ini. Apa yang lebih menakutkan ialah apabila penempatan yang dijadikan markas sementara itu berada betul-betul di belakang rumah mereka. Pengerusi Asrama mereka Abang Dan sudah berkali-kali memohon pihak asrama supaya mempertimbangkan semula cadangan beliau supaya semua pelajar yang disyaki ditempatkan di satu tempat sahaja.

Selepas mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi Pertubuhan Pelajar-pelajar Genius Malaysia, Faz yang juga Yang Dipertua pertubuhan itu mengambil keputusan sebulat suara untuk membenarkan semua pelajar UJM4 untuk pulang ke kampung lebih awal daripada cuti yang sepatutnya memandangkan hanya itu sahaja jalan penyelesaian yang ada untuk membendung masalah yang sedang menular ini.

"Saya sebagai Yang Dipertua Majlis Tertinggi, membuat keputusan ini setelah meneliti segala implikasi dan diskrimanasi. Saya dengan tegas mengarahkan semua pelajar supaya pulang awal ke kampung masing-masing. Saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan semasa yang semakin meruncing. Saya sudah mencuba segala jalan penyelesaian yang ada. Hanya ini saja jalan yang kita ada. Pihak kami tidak mempunyai jalan lain selain bertindak menutup UJM4. Jadi, para pelajar akan diberi cuti selama sebulan bermula dari tarikh 2 Januari 2008 hingga 1 Februari 2008. Selain itu, pihak universiti akan memberikan kemudahan bas kepada sesiapa yang tidak dapat menempah tiket, terutamanya dari negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur."

Bagi Faz dan Li, ini merupakan berita baik yang perlu diberitahu kepada keluarga mereka di kampung. Lebih-lebih lagi pada pertengahan cuti itu nanti, akan bermulanya bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mewajibkan seluruh Umat Islam berpuasa. Sudah pastinya Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dengan kehadiran mereka di kampung.

"Assalamaualaikum mak, ni che dok beli tiket la ni. Ni mak nak kirim apa-apa ka? Kotla, mana tau mak ngidam makan tempe ka. Nanti che pi beli."tanya Faz kepada mak kesayangannya itu.

"Tak yah la hang susah-susah Faz. Tempe yang hang bawak balik sem lepas pun tak abih lagi. Mak bukan apa, tak nak la hang balik bawak beg berat-berat. Kesian kat hang."Mak Cik Senah menjawab. Dia tidak mahu menyusahkan anak kesayangannya itu.

"Tak palah mak. Che pi dulu na.... Assalammualaikum mak..."

Faz dan Li telah membeli tiket bas Mayang Seri dan akan bertolak pada jam 9 malam esok.

Sementara itu, Shiba yang belum membeli tiket bas mula merasakan kegelisahan yang melanda takut-takut kalau tiket untuk ke Bangi sudah habis. Terasa rindu tiba-tiba hatinya pada kampung halaman, pada bonda dan ayahanda serta keluarga tercinta di Bangi. Turut tak dilupakan ialah jiran sebelah rumahnya yang selalu diingati. Namun tak siapa tahu siapa gerangan gadis bertuah itu.

Bagi Edy pula, saat inilah yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke kampung memandangkan dia telah bercadang untuk membuka Bazar Ramadhan pada Ramadhan nanti. Dia bercadang untuk membuka gerai air. Ligat di kepalanya memikirkan air apa yang akan dijualnya nanti. Tembikai, soya, mata kucing, asam boi, tembikai susu, cincau, dan banyak lagi. Sesungguhnya Ramadhan ini akan lebih bermakna jika Lina turut sama-sama menolongnya di Bazar nanti.

Zoew pastinya akan pulang ke negeri asalnya, di Pahang. Tiket bas sudah dibeli dan rasanya tidak sabar untuk pulang ke kampung. Pada petang sebelum dia pulang, Zoew masih sempat untuk membeli DVD game PS2 yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Dari permainan aksi, lumba kereta, kamen raider, Gi Joe, semua dibelinya memandangkan adik-adiknya di rumah amat berharap agar dia dapat membeli permainan-permainan tersebut untuk mereka. Sesungguhnya Zoew merupakan abang yang baik dan mengambil berat akan adik-adiknya.

Bagi Toni, cuti kali ini sangat bermakna dan bererti kerana sebelum pulang dari kelas tadi, dia sempat berbual dengan Suraya. Walaupun berat hati Toni untuk berpisah dengan Suraya, namun dia tetap mengukir senyuman buat buah hatinya itu. Tiada langsung riak wajah sedih yang terpancar di wajah Toni.

"Eh, kenapa saya log in internet ni tak boleh pulak. Ermm, Su. Boleh tak awak tolong tengok-tengokkan komputer saya ni. Tak bleh log in la. Su... Cepatla. Saya nak buat assignment ni."pujuk Toni. Sesungguhnya dia sengaja berbuat begitu untuk bermanja dengan Suraya.

"Laa, apanya ni? Macam nilah."ligat jari jemari Suraya menekan papan kekunci sambil menerangkan kepada Toni bagaimana caranya untuk log in. "Haa, kan dah boleh tu. Awak ni kan, saja je tau. Padahal kan awak yang ajar saya macam mana nak log in hari tu. Mula la tu nak manja-manja dengan Su. Eeee, gatal betul."tambah Suraya lagi sambil mencebikkan bibirnya.

"Ala, yelah. Nak bermanja sikit pun tak boleh. Takpela, saya bermanja dengan Yaya lah macam ni."Toni mengugut.

"Ha, pergilah. Awak nak kene marah dengan Li. Tak kan awak tak tahu yang Yaya tu makwe Li. Nanti tak pasal-pasal awak kena penampar Siam dengan dia. Baru tau."ejek Suraya. Ada saja caranya untuk memperli Toni.

"Yelah, habis tu. Ada makwe pun saya nak bermanja pun tak boleh. Baik saya cari lain."Toni cuba menduga hati Suraya.

"Ermm, yelah. Saya silap. Dah, dah, sambuang buat kerja tu. Nanti Puan Pensyarah masuk nanti, tak siap pulak."....

-----------------------------------------------------

Keesokkannya, Faz, Edy, Li, Toni, Shiba, dan Zoew pun berangkat ke Terminal Bas untuk mendapatkan bas. Mereka pun bergerak ke bas masing-masing sambil bersalaman.......

(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kampung Kat Mana?")

2 comments:

si ratu kecil said...

yeaaaa balik kampung..lalala

wanita mutalib said...

ai!!

salam ramadhan dan salam kenal..

balik kampung..bestnyer mereka :)