twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, September 8, 2009

Kelas dah Start.. Part 7, Meniru dan 'Adik'nya...


Pagi itu seperti biasa, Faz, Shiba, Toni, Li, Zoew dan Edy bersama-sama menaiki bas ke Kampus UJM4 untuk menghadiri kelas Sistematik Analogi di Makmal Biologi. Menurut Encik Johan, kelas pada pagi ini akan membincangkan topik Carta Gantt. Masih melekat kata-kata Encik Johan dalam kepala Edy,

"Baiklah, minggu depan saya nak awak semua datang pada masa yang sepatutnya. Jangan saya dah sampai setengah jam, awak semua baru sampai. Lebih-lebih lagi kumpulan awak Edy. Awak dengan kawan-kawan awak selalu lambat ke makmal. Saya tak mahu tahu apa masalahnya. Apa yang saya nak, awak semua kena ada di makmal sebelum pukul 10."panjang lebar ceramah Encik Johan.

"Balik-balik nama aku jugak yang dia sebut. Nama orang lain dia tak nak sebut."ngomel Edy sendiri.

"Hoi Edy, dah sampai dah ni. Kau tak nak turun ke? Dah, cepat turun. Erm, terima kasih bang."tegur Shiba sambil turun dari bas dan mengucapkan terima kasih kepada Abang Driver Bas.

"Takdela Shiba, aku teringat apa yang Encik Johan cakap hari tu."tegur Edy sebaik sahaja turun dari bas.

"Ala Edy, takpela. Dah memang kita yang selalu lambat kan."sampuk Toni tiba-tiba.

"Aku kadang-kadang cemburu tengok Taufik. Dahlah markah Quis dia tinggi, assignment tak pernah lambat hantar. Aku rasa sebab tulah Lecturer semua suka kat dia kan."tambah Edy lagi.

Sebaik sahaja sampai di pintu Makmal, Faz pun memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam makmal. Ternyata ramai lagi pelajar yang belum sampai. Mereka pun duduk di tempat biasa yang menjadi port mereka.

Lima minit kemudian, makmal tersebut mulai penuh dengan pelajar-pelajar yang baru sampai. Tiba-tiba tersembul muka Taufik bersama dengan kawan baiknya Hapiji. Taufik pun duduk di belakang Shiba. Hapiji terpaksa duduk di bahagian depan kerana tiada tempat kosong di tempat lain.

Lama Taufik merenung komputernya. Rupa-rupanya komputer tersebut rosak. Dengan sepantas kilat, Taufik mengubah tempat duduk di sebelah Shiba. Shiba yang ketika itu sedang menyiapkan kerjanya terkejut ayam melihat Taufik tiba-tiba duduk di sebelahnya.

Sedang leka menyiapkan kerjanya, Shiba tersedar yang jawapan Taufik lebih kurang sama dengan jawapannya. Shiba mula berasa tidak sedap hati. Dia merasakan yang Taufik telah meniru jawapannya. Dengan kemahiran komputer yang tinggi serta kebijaksanaan yang ada dalam diri, Shiba bertungkus lumus menyiapkan kerjanya sepantas mungkin. Taufik pula terkial-kial membuat kerjanya. Setelah selesai semua kerja, Shiba dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Leman di perhentian bas.

"Eh Leman, kau tunggu siapa ni? Kau kan tak ada kelas hari ni."tegur Edy.

"Erm, aku ada kerja kat Library. Korang gerak dulula."jawab Leman.

Semenjak dua menjak ini, Leman sering dilihat memegang handsetnya. Menurut Li, Leman kini sudah berkenalan dengan seorang gadis. Yang peliknya, mereka tidak tahu gadis mana yang dimaksudkan. Cuma setiap kali melihat Leman berSMS, dia asti akan mengatakan,'aku tengah mesej ngan adik aku'.

"Eh Li, aku tengok Leman asyik mesej ngan adik dia je. Tak kan banyak sangat cerita yang nak dia cerita kat adik dia tu. Setahu aku, sebelum ni, jarang pulak aku tengok dia mesej dengan adik dia."tanya Edy melihat perbezaan kelakuan Leman.

"Ala Edy, tu bukan adik dia. Tu 'Adik' dia. Nama dia aku tak tau. Yang aku tahu 'Adik' dia tu suka wanra pink, yang lain aku tak tahu. Kau tanyalah sendiri dengan Leman."jawab Li.

"Erm, takpelah. Pandai-pandaila Leman tu. Dah besar dah kan."tambah Edy."Eh, Li. Aku tak nampak Zoew dengan Faz pun, mana dia pergi?"tanya Edy lagi.

"Entahlah, aku pun tak tahu. Dah lah, aku nak pergi bazar ni. Kau nak ikut tak? Kalau nak ikut, cepat sikit. Aku dah lambat dah ni. Nanti habis pulak karipap kat kedai mak cik hujung bazar tu."sambung Li lagi.

"Yelah, tunggu kejap. Aku nak ambik duit aku kejap."jawab Edy.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

1 comment:

Anonymous said...

Aku tak puas hati gler dgn Taufik tu...klu aku la...