twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, September 13, 2009

Ujian Allah kepada Hambanya......


Selepas kelas Pengurusan Alam Sekitar, mereka berenam berpisah dengan Geng Kancil dan menuju ke masjid untuk menunaikan Solat Zohor. Kelihatannya jemaah pada hari itu agak ramai. Begitu meriahnya suasana di masjid dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang tekun beribadat. Ada yang membaca Al-Qur'an, ada yang berzikir dan tidak kurang juga ada pelajar-pelajar yang bersolat sunat. Terasa damai tatkala kaki melangkah masuk ke dalam Rumah Allah itu. Sesungguhnya tiada tempat yang lebih mendamaikan jiwa selain di masjid atau surau, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar kepada hamba yang mengimarahkan rumahNya. Lebih-lebih lagi ketika ini berada di bulan Ramadhan di mana bulan untuk ummat Islam melakukan ibadat sebanyak mungkin.

Mereka berenam terus berIktikaf di masjid hingga ke waktu Asar. Banyak sungguh Ibadat yang dilakukan sehinggakan mereka tidak menyedari sudah hampir masuknya waktu Asar. Mereka terpaksa berada di kampus hingga malam nanti untuk menghadiri Ujian Subjek Dota di bangunan F12 yang kedudukannya betul-betul bersebelahan dengan Dataran Kura-kura pada pukul 9 malam. Selesai sahaja Solat Asar, mereka berenam pun bergegas menuju ke Bilik Seminar F9 di Blok L untuk menghadiri Kelas Reka Cipta. Sampai sahaja di Bilik Seminar F9, Encik Zainol sudah pun tercegat di hadapan kelas sambil menunggu pelajar-pelajar masuk ke dalam kelas.

"Assalammualaikum. Semua pelajar dah masuk kelas? Baiklah, saya nak awak semua bentangkan proposal projek Reka Cipta awak."arah Encik Zainol.

Menurut Encik Zainol, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta suatu ciptaan yang baru dan kreatif yang boleh memudahkan kehidupan seharian manusia. Kumpulan demi kumpulan membentangkan proposal mereka. Tetapi malangnya tidak ada satu pun proposal yang diterima. Akhir sekali barulah Kumpulan Faz dan kawan-kawan membentangkan proposal mereka. Dengan berbekalkan kegeniusan Faz dan kecerdikan Li, mereka membentangkan proposal mengenai rekaan Tandas Bergerak. Mereka bernasib baik kerana Encik Zainol menerima proposal mereka memandangkan rekaan itu agak hebat jika nak dibandingkan dengan rekaan kumpulan-kumpulan yang lain.

Kelas Reka Cipta tamat pada pukul 6.30. Mereka tidak sempat untuk pulang ke Asrama memandangkan Bas tiada pada masa tersebut. Jadi, mereka berenam mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Masjid sementara menunggu 9 malam nanti. Suasana majlis berbuka puasa pada hari itu agak meriah dan diserikan lagi dengan juadah berbuka puasa yang enak. Hidangan pada hari itu adalah kari ayam.

Setelah azan Maghrib berkumandang, masing-masing terus berbuka puasa diselangi gelak ketawa dan kegembiraaan kerana dapat menyempurnakan puasa pada hari itu.

"Erm, Alhamdulillah. Sedap betul juadah hari ni kan Edy."sapa Zoew.

"Alhamdulillah. Berkat puasa yang telah disempurnakan, dan ditambah pulak dengan suasana masjid yang di penuhi dengan keberkatan dan keredhaan Allah, sekalipun kita hanya makan sebiji kurma, itu sudah mampu untuk mengenyangkan perut kita Zoew."jawab Edy panjang lebar.

Selesai Solat Maghrib, mereka bergegas menuju ke Bangunan F12 untuk menduduki Ujian Dota. Walaupun hari itu merupakan hari yang agak memenatkan, mereka redha dengan segala kepayahan kerana ia juga merupakan salah satu ujian yang Allah berikan kepada hambaNya.

Selesai sudah Ujian Dota, mereka pulang ke Asrama dengan menaiki Bas....


Syawal semakin hampir... saat Aidi Fitri diraikan....pasti kami akan merinduimu Ramadhan....

2 comments:

Belley said...

tandas bergerak....
hmm, blh guna remote..
tapi klau paip air x gerak
camna nak basuh..

chentaMAYA said...

hah~
gua rasa gua macam tao jerk keadaan neh~
ahaha~
lu pndai cipta cerita!
gua suka baca!
huhu~