twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, September 12, 2009

Kelas dah Start.. Part 8, Tragedi ...


Seperti biasanya, 6 sekawan iaitu Faz, Toni, Edy, Zoew, Li dan Shiba perlu menghadiri kelas Pengurusan Alam Sekitar di Dewan Kuliah Z. Tambahan pula, rakan serumah mereka iaitu Amran, Samad dan Rizal yang digelarkan Geng Kancil pun masuk ke kelas yang sama. Seperti selalunya, Puan Rosmah akan masuk ke Dewan Kuliah agak lambat memandangkan jarak yang agak jauh dari tempat meletak kereta ke Dewan Kuliah Z.

"Selamat pagi semua. Baiklah. Sebelum saya meneruskan pembelajaran kita pada hari ini, saya nak Edy dan Samad datang ke depan. Baiklah, erm awak berdua perlu bina satu projek yang berkaitan dengan pokok-pokok dan bagaimana pokok itu dapat diuruskan berdasarkan apa yang awak dah belajar setakat ini."panjang lebar arahan Poan Rosmah.

"Baiklah Puan."sambut Edy dan Samad serentak.

"Ok, Edy. Samad. Awak boleh duduk di tempat awak."arah Puan Rosmah.

"Terima kasih Puan."kata Edy.

"Baiklah, hari ini saya ingin menerangkan tentang bagaimana sesuatu projek itu dilaksanakan. Saya nak, awak semua sila beri perhatian. Taufik, saya tak nak tengok awak tidur atau main-main dalam kelas saya."tiba-tiba nama Taufik dibangkitkan.

Setelah setengah jam kelas berjalan, kelihatan perhatian para pelajar ketika itu semakin berkurangan. Shiba dilihat berbual-bual dengan Zulkefli. Edy pula lebih selesa duduk di sebelah Samad. Kebetulan, buah hati Amran iaitu Ziana duduk di hadapan Edy.

"Eh, Amran. Aku tengok awek kau ni senyap je. Kau gaduh dengan dia ke?"tiba-tiba Samad memulakan perbualan tanpa menghiraukan Puan Rosmah yang sedang sibuk mengajar di depan.

"Issh, kau ni Samad. Kau janganlah kacau si Amran tu. Dia tengah tension sebab motor dia hampir kene langgar dengan kereta tadi."sampuk Rizal.

"Ha? Biar betul Amran. Bukan tadi kau ada Kelas Bahasa Perancis ke?"tanya Samad lagi.

"Yelah Samad. Balik dari Kelas Bahasa Perancis tadi, terus aku pergi kat tempat biasa aku parking motor aku, kau tau kan yang dekat dengan CIMBANK tu. Lepas tu baru aku nak cucuk kunci kat motor aku, tiba-tiba ada kereta dari depan tengah reverse nak langgar motor aku. Aku apa lagi, jeritlah kat kereta tu. Macam mana ambik lesen kereta dia orang ni. Macam tu pun boleh tak nampak."panjang lebar cerita Amran.

"Ooo, macam tu. Patutla ketat semacam je muka kau. Aku ingat kau gaduh ngan Ziana tadi."sempat lagi Samad berseloroh.

Tiba-tiba, kedengaran ada pensel jatuh di hadapan Shiba. Edy turut menyedari hal itu kerana dia terperasan pensel Ziana yang jatuh di hadapan Shiba. Tanpa dipinta, Shiba dengan pantas mengambil pensel tersebut dan menyerahkan pensel tersebut kepada Ziana. Pada mulanya, Shiba tidak menyedari siapa gerangan yang duduk di belakangnya. Semasa ingin menyerahkan pensel itu kepada Ziana, Shiba berpaling ke belakang dan di saat pensel itu bertukar tangan Shiba sekali lagi memandang Ziana.

"Terima kasih."kata Ziana.

"Sama-sama."balas Shiba.

Amran yang ketika itu menyedari apa yang berlaku cuba untuk berlagak tenang. Tapi, Edy dapat menghidu cemburu yang tiba-tiba menyala dari mata Amran. Masakan tidak cemburu, di mata Amran, Ziana bagaikan bidadari syurga yang turun dari kayangan dan diciptakan untuknya. Perwatakan Ziana yang sopan, cara pakaian yang menutup aurat sudah cukup untuk membuktikan Zianalah gadis idaman yang menjadi buah hati Amran. Cuma Amran dah Ziana tidak pernah dilihat berdua kerana Ziana merupakan gadis yang tidak suka dengan cara begitu. Ziana lebih selesa jika mereka hanya berhubung melalui Yahoo Messenger sahaja. Hati lelaki mana yang tidak cemburu melihat buah hatinya dipandang sebegitu rupa. Tetapi, hakikatnya Shiba tidak pernah untuk mengambil kisah tentang insiden itu. Rupa-rupanya sebab mengapa dia berpaling buat kali kedua hanyalah kerana dia tidak menyangka Ziana duduk betul-betul di belakangnya. Tidak terlintas di benak Shiba untuk mengkhianati persahabatan yang terjalin antara dia dan kawan-kawan serumahnya memandangkan mereka bertuduh di bawah bumbung yang sama.

"Baiklah, saya harap awak semua faham dengan apa yang saya terangkan sebentar tadi. Edy! Apa yang awak sibukkan tu? Saya tengok awak ni asyik berbual saja. Apa masalah awak sebenarnya? Kalau awak tak faham, awak boleh bertanya pada saya. Bukan berborak kat belakang tu."Puan Rosmah tiba-tiba menegur Edy yang sedang menyerahkan Borang Kedatangan kepada Li.

Edy tidak menyangka hanya kerana menyerahkan borang tadi dia diherdik sebegitu rupa. Taufik yang ketika itu sedar dengan suasana tersebut ketawa menyindir Edy. Edy tidak menyangka sampai begitu sekali dia dibenci. Sedangkan selama ini dia tidak pernah untuk bermain-main di kelas Puan Rosmah kerana dia amat meminati subjek ini. Semua mata mula terarah kepada Edy. Dan yang paling menyedihkan, Yaya juga turut ketawa seolah-olah menyindir Edy.

"Yaya, sampai hati awak ketawakan saya. Di manakah rasa simpati yang dulu saya kagumi dalam diri awak. Bukankah kita kawan baik. Ya Allah, sesungguhnya Ramadhan ini banyak mengajar aku apa itu Sabar. Terlalu banyak ujian yang kau berikan kepadaku. Aku hanyalah Hamba yang lemah lagi hina yang amat-amat memerlukan bantuanmu Ya Allah. "desis hati Edy meratap.

Edy tetap bersabar dengan segala ujian yang diberikan kepadanya. Dia sedar siapalah dia untuk dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia hanyalah budak kampung yang dilahirkan dalam keluarga yang susah. Apatah lagi Edy bukanlah pelajar yang bijak. Dia seringkali tercicir jika pelajaran di dalam kelas sedang berjalan. Biarlah semua ini berlalu, hanya sabar yang disisipkan di hati Edy.

"Ok, kita ada masa lagi setengah jam. Saya nak awak semua bentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang untuk Assignment kedua ni. Saya nak sebelum kelas berakhir semua pelajar dah ada kumpulan. Lagi satu saya nak setiap kumpulan campur, ada lelaki dan ada perempuan."arah Puan Rosmah lagi.

Para pelajar di Dewan Kuliah Z mula bertempiaran mencari ahli yang dikehendaki. Setelah semuanya selesai, tinggallah Edy dan Shiba yang tidak mempunyai ahli kumpulan yang cukup.

"Eh, tak kan tak ada perempuan yang nak satu kumpulan dengan kita Edy?"tanya Shiba.

"Entahlah Shiba, mungkin sebab ada aku. Tu yang budak perempuan tak nak masuk kumpulan kau. Sorilah Shiba, disebabkan aku tak ada perempuan yang nak masuk kumpulan kau."jawab Edy sambil memandang pilu ke arah kumpulan-kumpulan yang sudah lengkap dengan ahli masing-masing.

"Eh, aku tak kisahlah Edy. Aku tak kisah pun. Nanti adalah tu perempuan yang nak masuk kumpulan kita."pujuk Shiba.

"Erm, Edy. Kumpulan awak ada kosong lagi tak?"tiba-tiba ada suara di belakang Edy.

"Eh, Syafiqah. Awak tak ada kumpulan lagi ke?"tanya Edy sejurus menoleh Syafiqah yang kelihatan ayu berbaju kurung hijau.

"Belum lagilah Edy. Tu yang saya nak masuk kumpulan awak tu. Ermm, tapi kalau awak tak sudi, takpelah. Saya cari kumpulan lain. Mungkin tak ada orang yang nak satu kumpulan dengan saya."rajuk Syafiqah tiba-tiba.

"Erm, yelah Syafiqah. Tu pun kalau awak tak kisah satu kumpulan dengan saya."pancing Edy.

"Ala, kenapa awak cakap macam tu. Saya lagi suka satu kumpulan dengan awak."tambah Syafiqah lagi.

"Er, kalau macam tu siapa lagi seorang yang nak jadi kumpulan kita ni?"tanya Edy lagi.

"Aisyah, tu dia ada kat sana tu."jawab Syafiqah sambil menuding ke arah gadis bertudung hijau di belakang Dewan Kuliah.

"Oo, yelah. Nanti saya bagitahu Shiba. Terima kasihlah Syafiqah sebab nak masuk kumpulan saya."tambah Edy penuh makna. Dia tidak menyangka Syafiqah begitu baik dan tidak pernah mementingkan diri sendiri.

"Sama-sama. Ni nombor phone saya. Nanti kalau awak nak buat meeting call lah saya. Ok."jawab Syafiqah sambil berlalu ke tempat duduknya.

"Eh, Edy. Apa yang kau bualkan dengan Syafiqah tadi? Ada apa-apa ke ni?"tegur Shiba tiba-tiba.

"Ish, kau ni. Mana ada. Dia nak masuk kumpualan kita lah Shiba dengan budak perempuan tudung hijau tu."jawab Edy.

"Haa, kan aku dah cakap. Mesti ada punya budak perempuan yang nak masuk kumpulan kita."tambah Shiba.

"Betullah kata kau Shiba. Sesungguhnya sabar itu pasti akan dibalas dengan rahmat dan nikmat."fikir Edy.

Bersambung....
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

1 comment:

chentaMAYA said...

kwn ko yg ade gf tuh ea?
dak JB?
hee!
pndai lah ko becerita!~