Pak Seman: Leman, cepat sikit. Dah lambat ni.
Leman: Kejap, Ayah.
Pak Seman: Dah, naik basikal cepat.

Leman naik ke atas basikal. Kerana Pak Seman hanyalah seorang penggali kubur, jadi keluarga mereka hanya mampu untuk mempunyai sebuah basikal copper berwarna biru. Pak Seman pun mengayuh basikal, tanpa mengeluh kerana tanggungjawabnya sebagai seorang ayah amatlah besar kerana kini mereka hidup hanya berdua selepas ibu Leman Mak Senah telah pergi meninggalkan mereka berdua dek mengejar kesenangan bersama lelaki lain. Walaupun jarak dari rumah ke sekolah Leman sejauh 15km, namun jarak itu tidak sedikitpun mematahkan jiwa seorang ayah yang ingin melihat seorang anaknya berjaya. Tiba-tiba, lalu sebuah kereta Kancil 660 berwarna biru di sebelah mereka.
Leman: Ayah, tu kereta apa?
Pak Seman: Kereta kancil nak.
Leman: Kancil apa?
Pak Seman: Kancil 660 nak.
Leman : 660 apa?
Pak Seman: Warna biru nak.
Leman : Biru apa?
Pak Seman: Biru macam kancil tu nak.
Leman: Kancil apa?
Pak Seman: Kancil 660 nak.
Begitulah, Leman berulang kali menyoal Pak Seman dengan soalan yang sama hingga mereka sampai di sekolah dan demi tidak mahu mengecewakan Leman, Pak Seman tidak jemu menjawabnya. Alangkah beruntungnya Leman mempunyai ayah seperti Pak Seman.
Begitulah seterusnya, hari ke hari jika kereta Saga yang lalu, kereta Sagalah yang ditanya. Jika kereta kancil yang lalu, kereta kancillah yang ditanya. Betapa besarnya jasa Pak Seman, hingga kini Leman mampu memakai kereta BMW warna biru.
Moral: Ayah, abah, bapak.... panggilan yang berbeza tapi makna yang sama. Orang no 2 terpenting selepas mak, ibu, umi kite...
Selamat Hari Bapa.....
1 comment:
Eleh, ckp je ko rindu kat pak leman.. hahaha...
Post a Comment