twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, June 17, 2009

Usia bukan penghalang...

Di suatu petang yang hening... dimana para pelajar kelas multimedia sedang asyik dengan kerja mereka, Leman(bukan nama sebenar) yang merupakan antara pelajar pintar sedang meneliti hasil kerjanya di skrin monitor.
Sebagai seorang pelajar yang dedikasi, bijak dan antara pelajar kanan yang sangat dihormati, Leman sering menjadi tajuk perbualan rakan sekampus. Apatah lagi, namanya seringkali disebut-sebut sebagai calon Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Tapi, terdapat beberapa orang pelajar pintar lain selalu memperlekehkan kehebatan Leman hanya kerana usianya yang agak lanjut berbanding rakan-rakannya yang lain.

Sedang asyik dengan kerjanya, tiba-tiba, Rizal(bukan nama sebenar) menyergah dari belakang,

Rizal: Hoi, orang tua. Engkau ni asyik buat kerja je. Kerja lain takde ke?

Leman :
Peh, kau sindir aku. Eh, Rizal. Sorang je ke?

Rizal : Eh, takla. Sepuluh orang ni. Tak nampak ke aku sorang je. Hai, makin tua makin pelik la kau ni.

Leman : La, aku gurau je. Tak kan itu pun nak marah.

Rizal : Eh, dahla. Kalau layan kau ni, keje ape pun tak jadi. Baik aku balik rumah main ping pong. Lagi best.



Di meja ping pong terlihat Rizal sedang bertarung sengit dengan rakan segurunya iaitu Kamal(bukan nama sebenar). Tiba-tiba datang Leman menegur,

Leman : Eh, Rizal jom lawan ping pong dgn aku.

Rizal : Ping pong? Dengan kau. Mampu ke? Nanti tak pasal-pasal patah riuk tulang belakang kau nanti. Kau tu, usia dah lanjut. Nanti kalau apa-apa jadi, aku tak nak tanggung.

Leman : Belum cuba try, mane nak tahu.

Rupa-rupanya, Leman begitu hebat dalam sukan ping pong. Tidak hairanlah dia pernah mewakili universiti dalam pertandingan MASUM tahun lalu. Cuma Rizal yang tidak tahu akan hal tersebut kerana dia ketika itu sedang mengikuti rombongan ke Tampoi. Kalah teruk Rizal dibuatnya. Hinggakan Rizal jatuh tersungkur dalam usahanya untuk menampan pukulan Leman. Ternyata kehebatan Leman tidak dapat disangkal lagi.

Dalam hati kecil Rizal,"Huh, hebat betul orang tua ni. Kalah teruk aku dibuatnya. Ish, macam mane ni? Takpa-takpa, esok ada lagi. Tak kan aku nak jatuhkan imej aku sabagai jaguh Kampung Pisang. Ish, itu tidak akan sekali-kali berlaku. Tidak.

Rizal : Eh, nak Maghrib la. Aku balik dulu la Leman, tak elok main ping pong maghrib mcm ni. Esok, kita main lagi. Tak sangka hebat jugak kau eak. Tapi, ok jugak, aku main-main je tadi. Ngan orang tua tak payah nak serius sangat. Oklah. Assalammu'alaikum.

Leman : Wa'alaikumsalam

Dalam hati kecil Leman,"Erm, yelah tu Rizal. Dah tersungkur, tu pun kau cakap main-main. Suka hati kaulah Rizal. Dia tak tahu, tua aku ni, hebat jugak...heh...

Moralnya di sini... hormatilah orang yang lebih tua dari kita. Janganlah biadap atau bersikap bongkak terhadap mereka. The end.

5 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Pergh...Blog ni dah jadikan jepon sbgai subject matter dah ni...

yUs_RoOkIe86 said...

peee...aku jdi bhan subject siot...he2..

Anonymous said...

jgn perasan...
ko ingat ko sorg je tua..
byk lagi...

Belley said...

tu pak leman...
bakal pm..

Anonymous said...

hahah pak leman@ "f" bkn nm sebenar
dgr kata pak leman dh nk kawin dua ay* ngan akil**ad
hahahah