twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, June 24, 2009

Balik kampung Part 2...


Setelah sebulan bercuti, Faz dan Li akhirnya perlu pulang ke Sungai Raja untuk menyambung pengajian dalam semester 5 pula. Mereka telah merancang dengan Leman untuk bersama-sama mendaftar di asrama pada jam 11 pagi.

Leman: Faz, aku dah bertolak dah ni. Dalam pukul 10 sampai la. Ko tunggu aku kat terminal bas. Cakap ngan Li sekali.

Faz: Ha yelah. Jangan kau takde plak.

Disaat sedang dalam perjalanan ke Sungai Raja, Faz dan Li sempat melihat pemandangan di luar tingkap terutama sekali ketika bas yang mereka naiki melalui SDAR iaitu sebuah sekolah yang amat terkenal kerana kehebatan pelajar-pelajarnya dalam pelbagai bidang.

Sedang bas Mayang Seri meluncur laju, tiba-tiba pemandu bas memberhentikan bas, dan dengan segera turun dari bas dalam keadaan yang sungguh cemas. Setelah diperhatikan, rupa-rupanya dia ke tandas. Tapi, kalau dikira-kira, dah masuk 8 kali pemandu ni berhenti sebab ke tandas. Patutla bas kejap ke kiri, kejap ke kanan. Rupenye....

Setengah jam kemudian, dia keluar dari tandas dan mula menghidupkan enjin bas tersebut. Tapi sayangnya hanya penghawa dingin yang berfungsi, tetapi tidak enjin bas berkenaan. Terpaksalah Faz dan Li serta penumpang yang lain menunggu sehingga bas itu dibaiki.

Faz: Eh, Li kita kan ada kelas hari ni. Pukul 2 petang. Sekarang ni dah pukul 9, aku rasa tak sempat kita nak pergi kelas ni.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang. Mereka sudah pun sampai di perkarangan asrama, setelah 3 jam perjalanan apabila bas siap dibaiki pada jam 1 petang. Sampai di rumah,

Leman: Eh, Faz, Li, korang ni kenape lambat sangat. Lame aku tunggu kat terminal bas. Korang tak ingat ke hari ni ada kelas. Sampai aku pun terponteng sekali.

Faz: Eh, yeke Leman. Alamak, sorila. Tiba-tiba Li datang sambil berlari dengan gaya Charlie Chaplinnya,

Li: Eh, Faz, kelas takde hari ni. Puan Multimedia takde. Cuti bersalin. Aku tanya Abang Dan tadi.

Faz: Eh, yeke. Leman, kau bohong aku. Eh, mana Leman. Dah lari dah rupanya dia. Memang dasar Tonisen betul la.

Moral: Kesian Faz dan Li, dahla bas rosak, tak pergi kelas, kene tipu pulak. Eh susahla macam ni.

Kesimpulan: Janganla suke menipu, kelak anda akan dilabel penipu oleh rakan2 sampai abis sem, tak pun sampai bile2...

5 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Pengajaran untuk JEPON...

si ratu kecil said...

mcm kenal je umah 2..haha

Epull D. Luffy said...

mestila kenal..
umah yg sentiase dikenang..
hahahaha

akuzow said...

Bagus2.. teruskan berkarya.. tp watak dalam citer tu, mcm kenal la...

Belley said...

memang lawa umah tu...
sape la yg terer sgt tangkap gamba umah tu...
hebat btul hasil tangkapan beliau...