twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, June 9, 2009

Penjenayah yang Bijak...


Seorang Ibu mengirim sepucuk surat kepada anaknye yang ditahan di Penjara Dunia kerana disyaki terlibat dalam penghasilan mercun yang boleh meletupkan seluruh dunia....

Bunyinye lebih kurang seperti ini,"Leman, ayah kau ni dah tua, sekarang ni dah musim tanam tebu, tapi kau dah kena tangkap. Macam mana ayah kau nak cangkul tanah sorang-sorang?".

Leman membalas surat tersebut seminggu kemudian,"Ibu, jangan cangkul kebun tu sebab saya tanam semua mercun yang saya buat kat situ.

Sayangnya, surat tu telah dibaca dahulu oleh pihak Penjara Dunia, dan mengarahkan 10 platun tentera mencangkul dan mengorek kebun hingga seharian dan pulang selepas itu.

Kemudian, ayah Leman mengirim surat berbunyi," Leman, lepas ayah dapat surat kau, tentera-tentera datang mencangkul kebun di rumah kita, tapi tiada hasil. Sekarang ni, ape yang ayah perlu buat?".

Leman membalas surat ayahnya,"Apa tunggu lagi, ayah tanam jela tebu-tebunya, kan kebunnya dah dicangkul? Bila jumpa tentera-tentera tu, ucap terima kasih kat diorang.

Pihak Penjara Dunia yang membaca surat itu, menangis dua hari dua malam....

No comments: