twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, July 10, 2009

Kelas Cancel ... Part 3, Belajarlah...


Sudah seminggu semester baru sesi 2008/2009 bermula. Terlihat pelajar-pelajar baru sudah mula terbiasa dengan suasana universiti dan semakin bersemangat untuk belajar. Tetapi bagi pelajar-pelajar kanan, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap permulaan semester.

Begitu juga dengan Suraya. Walaupun sudah seminggu berlalu, dia masih tidak dapat melupakan kejadian yang menimpa dirinya tempoh hari. Bagi Suraya, tindakan Zoew amat tidak dijangka memandangkan dia amat mengagumi Zoew kerana kehebatan Zoew dalam pelbagai perkara terutamanya dalam pelajaran. Tapi, nasi sudah pun menjadi bubur. Hati yang luka sukar untuk diubati. Dia teringat kata-kata kawan baiknya, Zubaidah;

Zubaidah: Sabarlah Su, memang tak ada jodoh kau dengan si Zoew tu. Apa yang kau peningkan. Banyak lagi lelaki yang lagi baik dari Zoew tu. Sudahla. Jangan kau ikutkan sangat hati perempuan kau tu. Nanti kau juga yang merana.

Suraya: Aku bukan apa Zubed, tapi aku betul-betul tak sangka semua ni akan berlaku. Aku tak sangka Zoew macam tu.

Zubaidah: Sudahlah. Tak guna kau sedih-sedih macam ni. Sebagai kawan, aku nasihatkan kau, lupakanlah dia. Sekarang ni, tumpukan sepenuh perhatian kau pada pelajaran. Kesian aku tengok mak dengan ayah kau. Susah payah diorang bekerja nak menampung belanja kau kat sini.

Suraya: Thanks Zubed. Kau la kawan aku. Susah senang kau selalu dengan aku. Kalau kau tak ada, aku tak taula apa yang jadi.

Zubaidah: Ala, tak kisahla. Kita kan kawan dari tadika lagi. Tapi kalau kau tak keberatan makan malam nanti kau belanja. Ok tak? Haha. Gurau je.

Suraya: Laa, macam tu pulak. Takpela, kau punya pasal aku on je...

Begitulah nasihat Zubaidah kepada Suraya. Walaupun pedih, Zoew terpaksa dilupakan. Mengenangkan harapan mak dan ayahnya, Suraya bertekad. Pelajaran perlu diutamakan dan cita-cita yang melangit perlu diusahakan.

“Jangan risau mak, ayah. Su akan belajar baik-baik. Su tak kan sesekali kecewakan mak dan ayah. Desis hati Suraya.

Bersambung…..
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")

7 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

pergh...dah start fasa permasalahan dah ni...

akuzow said...

Jiwang, terlalu emosi, dialog panjang sgt, bahasa ok, karakter direka dgn baik, tp x rs yg suraya tu terlalu over sgt sampai nk emosional pasal pekara mcm tu?(komen membina:p )

Belley said...

sungguh aku x sanka sampai hati zoew wat camtu....
tapi takpe memandang toni masih ada, kalau toni x nak pak leman, si tua masih ada..

Belley said...

aiseh tertinggal je kat perkataan 'sangka' kat atas..
'memandang' pun kena ubah jadi 'memandangkan'
sorry ek...

Anonymous said...

this is romantic story..
keep it out..

Anonymous said...

x pe... bkn semua org mnat cter jiwang, tp peminat cter jiwang ramai kat luar sana, so, keep it up. Kita buat la cter ni utk peminat2 cter jiwabg. Aku rasa aku akan meng-release-kan satu cter pndek pasni. cter jiwang... amacam?

Anonymous said...

pergh...salah eja...jiwabg...patutnya jiwang...