twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, July 10, 2009

Kelas Cancel.. Part 4, Kawan...

Semua orang ingin berjaya. Tidak kira kecil atau besar, tua atau muda. Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak dapat lepas daripada melakukan kesilapan. Bagi Suraya, mungkin pengalaman pahit yang ditempuhi dulu akan dianggap sebagai panduan dan ujian yang disajikan untuk makhluk bergelar manusia. Sukar untuk ditelan dan payah untuk diluah segala kepedihan yang melanda. Bermula dengan itu, Suraya semakin bersemangat. Pelbagai anugerah akademik diperolehi sebagai bukti kebangkitan diri dan iltizamnya. Dari Anugerah Dekan ke Anugerah Timbalan Naib Canselor memperlihatkan betapa Suraya tidak lagi menoleh ke belakang dalam usahanya mengejar impian. Terima kasih kepada rakan karibnya, Zubaidah yang selama ini memberi galakkan dan dorongan kepada Suraya sehingga dia mampu untuk bersaing kembali dalam pelajaran.

Tapi, semua itu hanyalah sementara. Suraya tiba-tiba diserang demam panas melampau dan ini memberi kesan terhadap sistem dalaman badannya. Kini, dia tidak secergas dahulu. Tiada lagi gurau senda dan tiada lagi hilai tawa bersama teman-teman sekampus. Suraya tidak mampu berjalan dengan baik dan memerlukan orang lain untuk berjalan. Zubaidah lah yang menjadi teman, membantu Suraya berjalan.

Kathy: Eh, Zubed. Aku tengok kau asyik tolong si Suraya je. Aku bukan apa, kesian tengok kau ni. Disebabkan dia, kau kena pulak bersusah payah.

Zubaidah: Eh Kathy, tak baik kau cakap macam tu. Dulu masa kita susah, Su lah yang banyak tolong kita. Sekarang ni masa dia perlukan kita, tak kan kita nak biarkan dia susah payah sorang-sorang.

Kathy: Tu dulu Zubed. Sekarang ni, dia dah tak mapu buat apa-apa. Dia dah tak ada masa depan. Dah tak ada harapan dah.

Zubaidah: Tak Kathy. Bagi aku dialah kawan aku dunia akhirat. Selagi aku mampu, aku akan bantu apa yang terdaya. Mungkin hari ni dia susah, mana tau esok lusa aku pulak yang susah.

Kathy: Suka hati kaula Zubed.

Tanpa mereka sedari, Suraya terdengar perbualan mereka tadi. Air mata kesedihan mula bertakung di kelopak matanya. Tidak dapat digambarkan betapa dia rasa hidup ini tidak bererti lagi apabila teman-teman yang selama ini ketawa bersamanya hilang entah kemana. Mujurlah ada Zubaidah. Teman menangis yang menjadi peneman dan pendorong dalam hidupnya. Air mata yang kini menitis ke pipi dikesat dan kesedihan hatinya tiba-tiba dipendam melihatkan betapa besarnya keikhlasan Zubaidah terhadap dirinya yang serba menyusahkan.

Zubaidah: Eh Su, bila kau turun. Aku ingat kelas kau habis lambat lagi.

Suraya: Baru je habis. Erm, jomlah kita balik. Dah pukul berapa dah ni. Perut aku dah bunyi keroncong dah ni.

Zubaidah: Hehe. Kau ni Su, ada-ada je. Dari dulu asyik buat kelakar je. Erm Su, kau dengar ke apa yang aku dengan Kathy bualkan tadi?

Suraya: Aku dengar Zubed. Tapi aku faham, aku ni banyak menyusahkan korang. Yelah, sepatutnya aku tak boleh nak bebankan korang dengan masalah aku. Lagipun, Final Exam dah dekat. Aku tak nak la disebabkan aku, result korang tak ok.

Zubaidah: Jangan kau cakap macam tu Su. Walaupun sepayah mana pun aku, aku tetap kawan kau. Dan sebagai kawan, aku akan bantu apa yang aku mampu. Aku tak sanggup nak biarkan kau menanggung payah sendiri. Janganla kau risau pasal aku. Lagipun, kau yang banyak tolong aku dalam pelajaran. Tak kan sekali-kali aku akan biarkan kau tanggung semua ni sorang-sorang.

Suraya: Thanks Zubed.

Zubaidah: Tak ada hal punya.

Bersambung...
(Cerita ini adalah berasaskan sebuah Novel bertajuk "Kelas Kat Mane?")



No comments: